Monday, June 11, 2012

Daging Kicap Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni menu yg gelap/hitam lagi. Perasan tak n3 kali ni berderet je menu gelap2..he3..walau gelap2 tapi sedap di tekak dan menyelerakan sekali. Tengoklah tu kaswi durian gula merah, kek coklat mayonis..dan arini daging kicap sedap..he3.. Nak buat macamana, dah masak, kenalah kongsikan kat sini. Kalau tak jemu pulak tngk menu yg sama je kan. Oklah, daging kicap sedap ni mudah je masaknya. Macam masak kicap yg lain juga. Biasanya kalau menu sahur mesti saya masak kicap. Kalau lauk kicap mcm ni, makin di panaskan makin mesra gitewww..so bila makan tu makin sedaplah. Resepi mudah ni boleh buat rujukan anak bujang saya di perantauan. Bila sebut sesekali tu, jadi rindulah pulak. Tapi takpe, tak lama lagi pulang bercutilah anak bujang kesayangan. Jomlah tngk bahan2 mudah ni..


Bahan-Bahan.
  • 1 kg daging batang pinang
  • 4 biji kentang- kupas kulit dan potong berbaji
  • 1/2 cwn kicap pekat manis
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 tangkai lada hijau ( di belah 2, pastu belah tnghnya tapi jngn sampai putus)
  • 1 labu bwng besar- di mayang
  • 1/2 cwn minyak untuk menumis
  • garam dan gula( jika perlu)
  • Air secukupnya-jika perlu.
Bahan Tumis (di hiris)
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 15 biji cili padi- ptng kecik2
  • 1 btng kayu manis, 2 kntm bnga lawang, 2 biji buah pelaga
  • 2 btng serai- di ketuk
Bahan Hiasan(hiris dan taburkan atas daging)-Yatie terlupa letak...he3..
  • 2 tangkai daun sup
  • 2 tangkai daun bawang
Cara-Cara
  1. Potong daging kecil2 dan rebus hingga empuk. Sekiranya guna daging batang pinang tak perlu di rebus dahulu.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis/hiris sehingga wangi.
  3. Masukkan daging dan kentang yg telah di potong berbaji. Masukkan serbuk lada hitam.
  4. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sedikit air. Biarkan daging dan kentang empuk.
  5. Masukkan lada hijau yg di belah 2 tadi dan bawang yg di mayang. Gaul rata.
  6. Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan hidangkan....tabur bersama bahan hiasan.
  7. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

12 comments:

  1. sedapppnyerr.. lama tak masak daging kicap...

    ReplyDelete
  2. Daging masak kicap memang sedap..lauk kesukaan keluarga kite..

    ReplyDelete
  3. ayu peminat kicappppppp..

    tadi masak u jualan.. syukur habis..

    tapi, versi kak yatie lagi sedap.. siap ada kentang

    ReplyDelete
  4. Kak yati sedap.. Ita suka masak kicap mcm ni nasi bertambah2

    ReplyDelete
  5. salam k.yatie...
    sedap nie...sy pun suka masak cmnie....

    ReplyDelete
  6. Assalam Yatie cayang...adeh bz sikit 2 3 hari xdan nak BW, Yatie sihat? Sedapnya tengok masak2 kicap camni...pembuka selera kata org...nak2 kalau budak2 kan... Rajin2 masak ya Yatie...muaaahhh!

    ReplyDelete
  7. salam kak yatie...
    sekali-sekala sedap gak kalau daging msk cm ginikan........asyik kari,gulai je...jemu jugakkan.....

    ReplyDelete
  8. salam k. yatie... lieza dah buat resepi akak ni... sedap tau.. anak2 liza pun suka...terima kasih kak..

    ReplyDelete
  9. sedap!!! saya dah cuba..memang betul sedap cuma saya tak buat hiasan tu je.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails