Thursday, November 24, 2011

Sambal Ikan Bunga Kantan

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Malam ni nak kongsi resepi sambal ikan bunga kantan pulak. Resepi ni simple tapi sedap sangat. Gabungan sambal ikan bersama bunga kantan ni membuatkan masakan ni sungguh harum sekali. Lebih sedap lagi bila lalu kat tekak. Waduhhhhhh sedap betul, makan bersama nasi hangat2..takyah lauk lain daaaa.....asyik gitewwww. Resepi ni saya ambil dari Che Mat Gebu yg mmng pakar memasak tu. Kalau pening dan blurrrr tak tau nak masak apa, mmng wajib singgah blog DTS...kat sana mcam2 adaaaa. Terima kasih Mat Gebu berkongsi resepi yg best ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Kali ni akak guna ikan kerisi..mmng sedap sangat. Pada kawan2 yg nak merasa tu, apa lagiiiii..cubalah resepi ni...mmng sedap.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 4 ekor ikan kerisi, siang dan cuci bersih*
  • Sedikit serbuk kunyit*
  • Garam secukup rasa*
  • Serbuk lada hitam*(*disatukan dan perap 20 minit)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Hirisan bunga kantan untuk hiasan
  • 4 biji limau kasturi
  • minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 5 biji cili merah (Yatie guna 1 cwn cili kisar je)
  • 6 biji cili padi
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 4 biji bawang merah
  • 1/2 labu bwng besar (Yatie tambah)
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras
  • Secubit belacan
  • 1 camca besar udang kering, rendam dan toskan
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tadi digoreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan, letak dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga garing, guna api sederhana dan kacau selalu. Tambah garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali perahkan jus limau kasturi, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api....
  3. Curah sambal tadi atas ikan goreng dan hias dengan hirisan bunga kantan dan hidangkan segera...hmmm.

20 comments:

  1. huwaaa..nangis tgk sambal mlm2 begini..lapar balik.nak cari nasi lah..hehe

    ReplyDelete
  2. Wahhh umah ada ikan merah je ni sis.nak cuba esok.nyum3

    ReplyDelete
  3. Sama lah kiter.. lapor balk tgk sambal ikan bunga kantan Yatie :) Blm pernah msk lagi huhuhu

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum akak..
    mmg menyelerakan tgk sambal ikan bunga kantan tu akak.. suka sgt kat haruman bunga kantan tu.. sudah pasti sgt sedap kan akak..

    ReplyDelete
  5. sedapnya kak ikan kerisi..lama tak makan...huhuhu...

    ReplyDelete
  6. sedap ni yatie, ank2 pun tentu suka

    ReplyDelete
  7. Dah dpt bygkan rasanya. Mmg saya suke sambl ada bunga kntn. Klu sambl ni , lpas akk kukus ikan, pastu siram sambl ni pun sedap sangt.

    ReplyDelete
  8. Kak Yatie dear......

    Assalamualaykumwbh kak, adoyai, tergoda abissss dgn lauk akak nih....pening2...mcm mn nak g wat groceries ni....hujan lebat dari smlam...hu3!!! Tumpang mkn lah kat rumah akak, heheheee..;)

    ReplyDelete
  9. sedapnya....aromanya tentu sungguh menyelerakan!

    ReplyDelete
  10. menyelerakan ...........
    mesti sedap .........

    ReplyDelete
  11. @anymz
    meh kita makan sama2 kak..mmng sedap sambal mcm ni...

    ReplyDelete
  12. @Mama Hawa/Mama Nani
    cubalah mamahawa, yatie jamin mmng sedap punyerrr...mau bertambah2 nasi dan lauk..

    ReplyDelete
  13. @Diana @ Melley Mey
    wkmsalam, mmng harum je sambal bunga kantan ni..dah kenyang pun still nak tambah nasi dan lauk..sedap sangat..cubalah..

    ReplyDelete
  14. @quinnie
    mmng sedap ikan kerisi masak mcm ni...guna ikan lain pun boleh..

    ReplyDelete
  15. @EmbunRosaliza
    mmng sedap kak ikan masak mcm ni..semuanya suka..

    ReplyDelete
  16. @izahdaut
    ow guna ikan kukus pun sedap eehhhh, lenkali nak cuba pulaklah..suka bau bunga kantan tu...

    ReplyDelete
  17. @Ayu Safieza @ Humaira'
    wkmsalam wbt Ayu, tergoda ke..meh sini rasa sikit...kalau sedap esok bolehlah wat sendiri eehhh..

    ReplyDelete
  18. @Amie
    mmng harum dan sungguh sedap sambal ikan ni..cubalah..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails