Tuesday, January 5, 2010

Upside down Pineapple cake.

Hari ini sejuk sangat. Rasa nak makan macam2 tapi rasa malas tu datang pulak. Maklumlah kepenatan menyiapkan blog sendiri buat pertama kali katakan. Esok anak2 dah start sekolah setelah 3 minggu bercuti sempena Xmas. Tugas saya pun dah bermula hantar Dina pergi sekolah. Hai sejuk tu......yang malas nak keluar rumah. Tapi tak apalah demi anak2 tu saya sanggup lakukan apa saja.





Resepi asal dari Mat Gebu. Minta izin ya Cik Mat. Kek ini memang sedap.

BAHAN-BAHANNYA

2 tin nenas berkaleng dalam tin (seperti gambar dibawah), ditoskan
Ceri merah secukupnya
250 g mentega
5 biji telur gred A, asing kuning dan putih
135 g gula halus
135 g tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak 3 kali)
1 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA

1. Gris springform pan berukuran 9 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas minyak dengan sedikit mentega juga. Susun gegelang nenas dalam tin seperti dalam gambar, sumbat dengan ceri merah pada setiap lubang nenas tadi (1 biji ceri, belah 2). Ketepikan.

2. Putar mentega dengan sebahagian gula halus dan esen vanilla hingga putih, masukkan telur kuning satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gebu. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata dan ketepikan.

3. Dalam mixing bowl yg bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan baki gula dan terus memutar hingga kembang dan kental. Gaul putih telur tadi ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan kaedah kaup balik. Kacau rata.

4. Tuang dalam tin tadi dan ratakan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 50 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sebelum dihidangkan. Kek ni memang sedikit turun bila masak.

5. Setelah kek sejuk, terbalikkan biar permukaan nenas kat atas. Sebab tu nama dia Upside down.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails