Saturday, December 31, 2011

Puding Belang Dan Selamat tahun Baru 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Tinggal beberapa minit lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2012. Di kesempatan ini saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 buat kawan2 semua. Moga tahun baru nanti memberikan kita seribu erti, moga kita sentiasa berusaha dan sentiasa memperbaiki diri kearah kebaikan. Jadikan pengalaman suka duka di tahun 2011 sebagai kenangan indah yg tak mungkin luput dari ingatan. Terlalu banyak kenangan di tahun 2011, biarlah ianya terus berlalu...moga 2012 memberi sinar baru buat kita semua. Maaf andai selama saya berblogging ada membuat kesilapan yg sengaja ataupun tidak di sengajakan. Kita hanya manusia biasa mmng tak terlepas dari membuat kesilapan.
Terima kasih pada pengunjung setia blog Sinar Kehidupanku. Kunjungan anda semua amat2 saya hargai. Terima kasih juga pada teman2 blogger masakan yg sudi berkongsi resepi dan petua selama ini. Moga perkongsian ilmu yg ikhlas ini mendapat keberkatan dariNya.

Inilah n3 terakhir 2011. Puding ni mmng sedap dan pernah juga buat di SINI. Kali ni saya tukar pada perisa oren dan letak warna hijau yg mmng sinonim dngn anak bongsu saya Hamka. Terima kasih pada K.Jun kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya.




Bahan-bahan
  • 10gm serbuk agar2
  • 200gm gula
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu besar butter
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 2 biji telur
  • sedikit pewarna kuning dan hijau
Cara-cara
  1. Masak agar2 dengan air dan gula hingga hancur.
  2. Telur dipukul, masukkan tepung jagung dan susu cair. pukul sebati. tuangkan kedalam agar2 tadi.
  3. Masukkan butter. mendidih, tutup api. bahagi kepada dua.
  4. Satu bghn dicampur pewarna kuning dan satu lagi warna hijau.
  5. Tuang sesenduk warna kuning, sejukkan sekejap, tuang pula warna hijau dibahagian tengah sedikit..ulang hingga habis.
  6. Sejukkan dan hidangkan.

Friday, December 30, 2011

Ayam Masak Merah Madu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak menu ayam lagi. Saya tertarik dngn resepi yg ringkas tetapi menyelerakan ni. Bila dah siap masak kami sekeluarga pun menjamu seleralah lauk ayam ni, mmng ternyata sedaplah. Tak sia2 saya mencuba resepi baru ni. Kawan2 boleh juga tngk di blog Mat Gebu dan resepi asal Lelayong ya. Terima kasih penyumbang resepi, izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 500 gm ayam, potong ikut suka, gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam
  • 3 camca besar cili kisar*
  • 6 ulas bawang merah*
  • 1/2 labu bwng besar*
  • sedikit halia*
  • 2 ulas bawang putih*(*kisar halus)
  • 2 camca besar cili sos
  • 3 camca besar madu
  • 1 camca teh serbuk lada hitam
  • 2 biji cili merah, hiris serong
  • 1 biji bawang besar, hiris bulat (resipi asal tak letak)
  • 1 biji buah tomato-ptng dadu (Yatie tambah)
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • minyak masak secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam digoreng hingga kuning keemasan, angkat, toskan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali yang sama.
  2. Tumis bahan kisar dan cili kisar hingga terbit minyak, masukkan sos cili dan madu dan sedikit air, biar mendidih.
  3. Masukkan ayam, serbuk lada hitam, hirisan bawang dan hirisan cili, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Angkat dan hidangkan.

Thursday, December 29, 2011

Double Chocolate Banana Muffin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni kita layan muffin coklat pisang ya. Buat muffin ni mudah je, tapi kadang2 tu tak cantik membumbun mcm yg Izah buat. Pagi tadi teuja betul melihat pakar muffin membuat muffin yg sungguh gebu. Kebetulan bahan2 semuanya ada, saya pun teruslah memulakan projek membuat muffin yg cantik mcm Izah tu. Syukur alhamdulillah, menjadi gebu dan sememangnya lembut dan sedap sangat. Terima kasih pada penyumbang resepi asal dan juga pada Izah yg mewar2kan resepi muffin yg sangat sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Petang ni dah ada menu minum petang sambil makan sambil tngk last episode cerita TENTANG DHIA pkl 7mlm di tv3. Masa ni takleh di ganggu ya sbb nak tengok betul2 takut hilang konsentrasi..hehehehe..layannnnnnn..




Bahan-Bahan
  • 1 1/2 cwn tepung gandum*
  • 1 cwn gula halus- Yatie guna 1/2 cwn je
  • 1/4 cwn serbuk koko*
  • 1 sk baking soda*
  • 1/2 sk garam
  • 1/4 sk baking powder*(* di ayak bersama)

  • 1 1/3 cwn pisang lecek
  • 1/3 cwn minyak sayur
  • 1 biji telur
  • 1 cwn coklat chips

Cara-Caranya
  1. Di dalam mangkuk yang besar, satukan semua 6 bahan-bahan pertama.
  2. Di dalam mangkuk kecil yang lain, satukan pisang lecek, minyak dan telur. Gaul sebati kemudian masukkan ke dalam bahan kering tadi.
  3. Sebatikan tapi jangan overmix. Masukkan coklat chip. Gaul rata. Cedukkan adunan ke dalam cawan muffin 3/4 penuh.
  4. Bakar pada suhu 180 C selama 20-25 minit. Sedia untuk di hidang.

Wednesday, December 28, 2011

Asam Pedas Ayam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu asam pedas ni mmng wajib setiap minggu buat keluarga saya. Kalau takde lauk asam pedas rasanya tak lengkap hari2 ku. Inilah lauk kegemaranku...tak kisahlah tukar pada ayam, ikan, daging ataupun sayur batang keladi....mmng sedap betul di masak asam pedas. Banyak versi asam pedas ni, dah bermacam2 juga saya cuba....saje je nak rasa kelainannya. Kali ni masak asam pedas yg ringkas je, tapi membuatkan kami sekeluarga makan bertambah2. Jomlah semak resepi yg mudah ni. Resepi ni utk rujukan anak2 saya di masa akan datang...kalau tak dpt tepon mamaNya nak tanya resepi, bolehlah tengok kat blog mamaNya je resepi yg di kehendaki...mudahkan, resepi di hujung jari je..cuma membezakannya nak dngn tak nak je....


Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam- di potong, cuci dan toskan
  • 1 cekak daun kesom
  • 2 btng serai- di ketuk
  • 1 cawan jus asam jawa (4 sb asam jawa, bancuh dngn air)
  • 4 cwn air atau secukupnya
  • Garam dan sedikit gula
  • minyak utk menumis
Bahan Kisar
  • 11/2 cawan cili kisar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan, dibakar
  • 1/2 sudu kecil lada hitam biji
Cara-Cara
  1. Ayam di potong ikut suka, cuci bersih dan toskan. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masukan air dlm 1 cwn dan biarkan mendidih.
  3. Bila mendidih, masukkan ayam dan jus asam jawa, gaul rata dan biar mendidih.
  4. Masukkan daun kesum. Tambahkan air dlm 3 cawan lagi. Kepekatan dan kecairan kuah ikut selera masing2 ya.
  5. Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  6. Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

Tuesday, December 27, 2011

Donut Kentang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak bersiaran, terasa sunyilah pulak blog Sinar Kehidupanku ini. Terima kasih pada kawan2 yg sudi singgah, maaflah ya asyik menu laksa je. Sejak 2-3 hari ni saya sibuk sikit, jadi tak berkesempatan nak update blog.
Kali ni saya kongsikan bersama resepi donat kentang yg saya buat petang tadi. Donat kentang ni lembut je, bila dah sejuk pun tetap lembut. Kalau kawan2 rajin tu, bolehlah salut dngn coklat masakan ya...saya lebih suka makan dngn gula halus je.
Terima kasih pada Ros Jintan Manis kerana berkongsi resepi yg best ni. Kali ni saya C&P dari K.Nor lagi. Sebenarnya K.Nor tukar pada keledek, saya pula masih gunakan resepi asal iaitu kentang. Kalau ada stok keledek nanti, bolehlah cuba pula donat keledek ya. Jom kita semak resepinya...kalau ada bahan2nya tu, bolehlah buat utk sarapan esok pagi.



Bahan-Bahan
  • 500 gram tepung gandum
  • 200 gram kentang/ keledek yang telah direbus dan dilenyek
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit)
  • 200 ml air suam ~ Yatie uli doh guna tangan je, so masukkan air sikit2 ya
  • 3 sudu besar marjerin/butter
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil yis
Caranya.
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
  2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..

Friday, December 23, 2011

Laksa Terengganu/Laksa Kelantan/Laksa Kuah Putih

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak ringkas je sebab tekak ni teringin sangat nak makan laksa lemak putih. Kalau tak masak nasi, siaplah Hamka bising sbb tak jumpa nasi hari ni. Tak padan kecik...nak juga makan nasi walau dah makan laksa.Sebelum ni pernah buat namanya Laksa Kelantan. Bila dibelek2 resepinya lebih kurang sama je dngn Laksa Terengganu dan Laksa Lemak Putih....yg penting kuahnya lemak putih dan semestinya sedap di gandingkan dngn sambal belacan. Kalau makan laksa ni tak cukup semangkuk, maunya bertambah dan bermangkuk2 lagi...hehehehe..buruk betul makannnnnnn....

Pada orang2 Kelantan dan Terengganu, jangan marah ya kalau kuah lemak yg saya buat ni tak sama. Pada saya bahan2 yg ada ni sudah cukup membuatkan tekak ni berselera sangat. Suami saya makan bertambah2 tadi...siap cakap lagi, kalau makan kat kedai ni, taklah kuahnya sepekat yg mama/saya buat..pastu takkan nak tambah dan mintak semangkuk lagi pada tuan kedai tu...hehehehe...malu sehhh.
Kejap lagi nak ulang2 makan lagilah..bila citer ni, dah laporrr semulalah. Jomlah kita semak resepinya. Kawan2 boleh juga semak resepi K.Nor dan Kak NoorMasri.




Bahan Untuk Kuah
  • 8 ekor @ 800g ikan selayang/ ikan kembung
  • 2 sudu kecil lada hitam
  • 1/2 in halia
  • 1 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • sedikit belacan*
  • sedikit daun kesum* Yatie tambah sbb suka bau daun kesum meresap kat kuahnya
  • 1 1/2 biji kepala parut diambil santannya
  • 2 keping asam gelugur
  • sedikit garam dan gula
Cara Membuat Kuah:
  1. Ikan kembung dibersihkan kemudian direbus hingga masak.
  2. Toskan kemudian ambil isi ikan ditumbuk hingga lumat. Yatie blend je.
  3. Tumbuk/Blend bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam hingga lumat.
  4. Masukkan semua bahan tumbuk/blend serta santan dalam periuk, masukkan asam gelugur dan garam secukup rasa.
  5. Jerang di atas api hingga mendidih dan sebati.
  6. Kepekatan kuah ikut selera masing2 ya.
Bahan Untuk Ulam:(Bergantung pada stok kat rumah masing2 ya)
  • Daun kesum secukupnya dimayang halus
  • Kacang panjang secukupnya dimayang
  • Kobis diracik halus
  • Timun dimayang
  • Daun Kemangi/Selasih- di hiris halus
  • Bunga Kantan- dihiris halus
  • Taugeh - buang ekor
  • 4 biji limau kasturi-belah 2
Sambal Belacan:
  • 4 tangkai cili merah
  • 4 biji cili padi merah
  • sedikit belacan-di bakar dulu
  • sedikit gula
  • 2 biji limau kasturi
Caranya= Belacan di bakar sebentar, tumbuk cili merah, cili padi, belacan bersama sedikit gula. Setelah lumat perahkan jus limau kasturi. Gaul sebati dan bolehlah di hidangkan bersama laksa tadi.

**Yatie guna 1 kg mee laksa basah, di celur sebentar dan toskan ya. Boleh juga guna laksam atau laksa kering. Cara penyediaanya, masukkan sedikit laksa yg telah di celur ke dlm mangkuk. Letakkan ulam2an yg di gemari dan cedukkan kuah lemak putih keatasnya. Letak sedikit sambal belacan dan belahan limau kasturi. Siap dan sedia utk di nikmati.

Tahniah Semuanya-PMR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bertemu kita di hari jumaat yg penuh keberkatan ini. Moga hari yg bahagia ni terus mengiringi hari2 yg mendatang. Syukur Alhamdulillah atas nikmat, rezeki dan anugerah yg Allah kurniakan. Semalam adalah hari yg amat indah dan bahagia bagi saya dan juga para ibubapa yg anak2nya sama2 berjaya dngn cemerlang dlm PMR. Tahniah diucapkan pada anak2 yg berjaya mendapat 8A, 9A dan yg lulus dngn cemerlang. Inilah hasil usaha dan kerja keras anak2 selama ini. Tanpa usaha yg gigih dari anak2 semua, tunjuk ajar guru2 dan ibubapa serta kerjasama dari rakan2 tak mungkin anak2 semua berjaya dngn cemerlang.

Saya juga merupakan ibu yg berdebar2 menanti keputusan PMR semalam. Maklumlah baru balik Msia dan banyak yg perlu dipelajari buat anak saya Seri Izati Mohamad Khata utk menghadapi peperiksaan PMR. Seri terpaksa mengulangkaji pelajaran bagi form 1 and form 2 . Saya sebagai ibu sentiasa pantau selain guru2 yg sentiasa mendidik dan tanpa jemu memberi dorongan dan semangat buat anak saya. Syukur Alhamdulillah walaupun berat, susah dan perlukan pengorbanan dan kesabaran yg banyak kini Seri berjaya membuktikan kemampuannya. Tahniah anakku..moga dengan kejayaan ini membuatkan Seri serta anak2 yg lain sentiasa bersyukur dan sentiasa berusaha bersungguh2 utk mengecapi kejayaan demi kejayaan dlm pelajaran dan apa jua bidang yg diceburi. Janganlah berpuashati dngn apa yg di kecapi saat ini, bangga diri dan lupa diri. Jadikan kejayaan ini utk terus bersemangat dlm menghadapi peperiksaan yg lebih besar iaitu SPM. Moga saat itu anak2 semua berjaya dngn lebih cemerlang lagi dan membanggakan keluarga.

Pada yg kurang cemerlang, janganlah bersedih. Mungkin bukan rezeki anda semua saat ini. Berusahalah tanpa jemu, moga kejayaan menanti anak2 semua di masa akan datang. Sentiasalah bersyukur sebab Allah beri peringatan awal agar perbaiki kesilapan diri sendiri dan usahalah tanpa jemu, taat perintah Allah, hormati ibu bapa, guru2 yg mendidik dan hormati sesama rakan. InsyaAllah anda semua pasti berjaya.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan Tahniah buat anak2 cemerlang PMR dan ibubapa yg hebat serta guru2 yg berdedikasi.

Wednesday, December 21, 2011

Sambal Ayam Bunga Kantan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Inilah resepi Sambal Ayam Bunga Kantan. Resepi asal menggunakan ikan...mmng sedap. Kali ni saya tukar pada ayam...wallaahhhhh weyyyy mmng sedap sangat. Bau harum bunga kantan tu menusuk kalbu....lebih sedap lagi dapat menikmati keenakkan sambal ayam bunga kantan ni...mmng betul2 sedaplah. Berapa kali nak cakap sedaplah....mmng betul2 sedaplah...hehehe..Resepi sekali lagi dari Mat Gebu, terima kasih sekali lagi Che Mat. Maaflah sebab akak tukar ikan pada ayam..kedua2nya mmng sedaplah Che Mat. Kalau tak caya...cubalah sendiri..Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 ekor ayam- potong 12,cuci bersih dan toskan*
  • Sedikit serbuk kunyit*
  • Garam secukup rasa*
  • Sedikit serbuk lada hitam*(*disatukan dan perap 20 minit)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Hirisan bunga kantan untuk hiasan
  • 4 biji limau kasturi- ambil jusnya
  • minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 5 biji cili merah (Yatie guna 1 cwn cili kisar je)
  • 6 biji cili padi
  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 4 biji bawang merah
  • 1 labu bwng besar (Yatie tambah)
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras
  • Secubit belacan
  • 2 camca besar udang kering, rendam dan toskan
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam tadi digoreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan, Ketepikan dulu.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga garing, guna api sederhana dan kacau selalu.
  3. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan ayam yg telah di goreng tadi dan gaul sebati. Akhir sekali perahkan jus limau kasturi, kacau dan masak sekejap.
  4. Rasa dan jika ok boleh matikan api....Sedap di makan bersama nasi kegemaran anda.

Nasi Jagung Serai

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ni saya masak awal sikit sbb anak2 teringin nak makan nasi jagung. Bila siap masak je....hai tak sabar2 nak merasa nasi jagung ni. Hamka lah orng pertama merasa nasi ni, di cekutnya satu2 jagung tu...padahal sebelum masak nasi, saya dah beri dia semangkuk jagung manis ni. Biasalah bila nampak jagung yg sembunyi di balik nasi tu...buat dia lagi teruja...selak sana nampak jagung..selak sini nampak jagung...last2 dia kumpulkan je jagung kat tepi pinggan...pastu dia ngappp je terus jagung tu. Adoyaiiii Hamka ni..ada saje yg di buatnya..tak tahan gelak di buatnya.

Oklah resepi kali ni saya C&P dari Mat Gebu lagi. Sebelum ni pernah juga masak nasi jagung di SINI. Memang sedap betul nasi ni, harum je bila di masak. Kali ni saya makan bersama Ayam Masak Sambal Bunga Kantan. Biasanya makan bersama ayam masak merah, kali ni saje je tukar selera tapi masih berkaitan dngn ayam masak sambal.....sedap dan harum betul bau bunga kantan tu. Pada kawan2 yg nak merasa tu bolehlah mencubanya ya. Terima kasih Che Mat coz berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 4 cawan beras basmathi, rendam 30 minit dan toskan
  • 4 cawan air rebusan ayam (atau 4 cawan air biasa + 1 kiub pati ayam "maggi")
  • 1 cawan air dari dalam tin jagung
  • 1 cawan susu cair
  • 3/4 cawan jagung manis dalam tin
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 camca besar minyak sapi
  • 1 inci halia, hiris
  • 1 biji bawang besar, dadu kecil
  • 2 ulas bawang putih, cincang
  • Garam secukup rasa
  • Hirisan daun sup, untuk hiasan
  • Bawang goreng untuk hiasan
BAHAN TUMIS :-)
  • 1 kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkeh
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis, bawang besar, bawang putih, serai dan halia hingga harum.
  2. Tambah beras tadi dan goreng 1 minit. Matikan api dan alih beras tadi ke dalam rice cooker.
  3. Masukkan jagung, daun pandan, air rebusan ayam + air dari tin jagung dan susu, kacau rata dan masukkan garam secukup rasa.
  4. Tanak nasi seperti biasa hingga betul2 masak.
  5. Gemburkan dengan chop stick dan tabur hirisan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan

Tuesday, December 20, 2011

Talam Pandan Kacang Merah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak bersiaran dan lama tak main masak2. Maklumlah tuan rumah bercuti, so tak masak2lah...main order2 je. Sesekali rehat ni best gak...tapi biasalah dah selalu dok kat dapur, bila tak masak ni rasa janggal je. Sampaikan semalam bila sampai rumah je Hamka cakap pada saya, hari ni mama mesti masak tau...tak bestlah asyik makan masakkan orang je (maksud dia beli kat kedailah tu....) Hai klakor betullah Hamka ni, baru sesekali mamaNya cuti masak2, dah rindu bebenor masakan mamaNya. Bila sampai rumah dah petang, penat lagi..saya pun singgah kedai beli lauk dah siap je...Hamka siap cakap lagi..Mama, mama mesti masak nasi sendiri tau..Hamka nak makan nasi yg mama masak, pastu nak mama suapkan lagi guna tangan...makcik kat kedai tu senyum je bila dengar Hamka cakap macam ni....saya pun dok senyum dan tak tau nak kata apa daaaa.

Dalam hati rasa syukur yg amat sangat sbb Hamka yg kecil ni tau menilai hasil sentuhan air tangan ibunya. Tak kisahlah walau kita masak ringkas2 mcmana pun..anak2 dan keluarga amat2 menghargai masakan kita. So, mamaNya kena rajin dan bertambah2 rajinlah kat dapur lepas ni. Kalau teringin sangat nak beli lauk dah siap tu, tak boleh ajak Hamka...siaplah dia sound mamaNya..serbasalah di buatnya nak beli ke tidak. Hai klakorlah pulak..

Ok, kali ni saya nak kongsikan bersama kuih Talam Pandan Kacang Merah yg saya buat minggu lepas. Dari dibiarkan blog ni sepi je, baik saya kongsikan sesuatu. Sebenarnya lama dah nak masukkan resepinya kat blog ni, tapi busy sangat. Hari ni saya kongsikan resepinya buat peminat2 kuih talam. Kuih ni sedap, lembut dan lemak manis. Kalau kawan2 nak merasa tu, bolehlah mencubanya.



BAHAN UTK LAPISAN BAWAH (loyang 10x10x2@3inci

  • 1 1/2 cwn kacang merah*- yg telah direbus empuk
  • 1 cwn air*(* di kisar bersama)
  • 1 1/2 cwn tepung beras
  • 2 cwn santan sederhana pekat
  • 2 sudu besar Tepung Hoen Kwee (putih)/tpng jagung
  • 1 cwn gula halus
  • sedikit garam
  • sedikit pewarna merah
CARANYA
  1. Kisar kacang merah yg telah di rebus bersama 1 cwn air. Biarkan ketepi.
  2. Dalam bekas lain masukkan tepung beras, tpng hoen kwee/tpng jagung, gula, garam bersama santan. Bancuh semua bahan dan tapis.
  3. Masukkan kacang merah yg di kisar tadi dan gaul sebati. Masak hingga naik wap dlm 10 minit guna api sederhana saja- tutup api.
  4. Panaskan pengukus. Alaskan loyang dngn plastik dan sapu minyak di kelilingnya.
  5. Tuangkan adunan tadi dan kukus selama 25 minit.
  6. Sementara itu, buat utk adunan lapisan atas.
BAHAN UTK LAPISAN ATAS
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cwn gula halus
  • 2 biji telur
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 cwn air (kisar bersama 3 helai daun pandan dan tapiskan)
  • secubit garam
  • pewarna hijau
CARANYA
  1. Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk & masak hingga naik wap dlm 10 minit guna api sederhana je.
  2. Tuangkan adunan ke atas lapisan kacang merah tadi.
  3. Sebelum tuang adunan, pastikan tiada air bertakung di permukaan kuih. Sekiranya ada, sengetkan loyang dan guna tisu dapur utk mengelap air.Selepas tu, cakar2 sikit guna garpu barulah tuangkan adunan warna hijau.
  4. Kukus lagi selama 25 minit guna api sederhana saja.
  5. Setelah siap, buka penutup kukus dan biarkan 5 minit dngn api yg belum di tutup. Ini bagi mengeringkan permukaan kuih.
  6. Setelah siap, angkat loyang kuih dan biarkan betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.

Friday, December 16, 2011

Chocolate Rice Orange Muffins

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Selamat bercuti di ucapkan pada kawan2 yg masih lagi bercuti. Bagi saya macam biasa je...sabtu dan ahad barulah boleh pergi makan angin sbb hari2 biasa suami bertugas seperti biasa, jadi tak bolehlah cuti lama2. Esok saya akan ke KL selama 2 hari, jadi blog ni pun sunyi tanpa tuannya. Terima kasih jelah di ucapkan pada yg sudi singgah. Kunjungan kawan2 semua amat2 saya hargai. Ok hari ni saya buat muffin lagi buat bekalan anak2 esok. Kalau time free sikit ni, ada je anak2 suruh buatkan itu dan ini. Diaorang ni tngh syok tlng buat dan makan muffin. Saya pun layan jelah...janji laku.

Kali ni saya buat muffin perisa oren pulak...mmng sedap dan harum je. Rasa teruja melihat kegebuan muffin yg Kak Ummi buat, jadi saya pun buatlah utk anak2. Terima kasih pada Kak Liza kerana berkongsi resepi yg mudah ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini ya.



Bahan A:-
  • 2 cawan tepung gandum *
  • 1 sk. baking powder *
  • 1/2 sk soda bikarbonat * -(bahan * diayak 2x)
  • 1 cawan gula perang- Yatie kurangkan sikit
  • 2 sb. chocolate rice
  • hiasan - choc chips (jika suka)
Bahan B:-
  • 1/2 cawan butter cair
  • 1 cawan jus oren (akak substitute dgn 1 cawan fresh milk + 3 sb. jus oren)
  • 1 biji telor (dipukul sikit)
  • 1 sk. oren paste
Cara-Cara:-
  1. Panaskan oven pada suhu 180C selama 15 minit (api atas bawah)
  2. Masukkan semua bahan A dalam mangkuk dan gaulkan rata.
  3. Curahkan bahan B yang telah disatukan dan kacau rata. (jangan kacau lama sgt, setakat bercampur elok dah)
  4. Masukan kertas muffin dalam acuan muffin (akak guna muffin cups)
  5. Sudukan adunan dalam kertas muffin hampir penuh, hias dengan choc chips. (akak gunakan muffin cups dan sudukan separuh dari cup tu jek, baru elok, takpun nnt meletuss..hehe)
  6. Bakar selama 20 minit / hingga masak kekuningan.
  7. Sejukkan atas redai.

Thursday, December 15, 2011

Apple Streusel Muffins

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang semalam sempat juga saya buatkan muffin utk anak2 minum petang. Sejak2 ni anak2 suka plk makan cupcakes dan muffin. Rupa parasnya yg comel agaknya membuatkan anak2 suka dan mudah utk memakannya. Kali ni saya buat muffin apple yg ada crumbs kat atasnya. Bila makan tu, sedap betul bila tergigit apple yg di potong kecil, lebih sedap lagi bila rasa garing crumbs kat atas muffin tu. Nasib baik satu family suka perisa kayu manis, kalau tak...tak lakulah muffin ni. Lagipun masa kitaorang kat US dulu, mmng omputih ni suka makanan yg ada cinnamon powder kat atas muffin ataupun keknya. Saya dah terbiasa, mmng tak jadi masaalah lah...pada yg tak suka tu..tak payahlah letak ya. Gabungan apple dngn cinnamon powder ni mmng best dan harum je bila kita masak muffin ni. Itu yg buatkan tak sabar2 utk merasanya. Jom semak resepinya. Saya C&P dari SINI.





Ingredients
  • 2 cups all-purpose flour
  • 1 cup sugar
  • 3 teaspoons baking powder
  • 1 1/4 teaspoons ground cinnamon
  • 1/2 teaspoon baking soda
  • 1/2 teaspoon salt
  • 2 eggs
  • 1 cup sour cream
  • 1/4 cup butter or margarine, melted
  • 1 1/2 cups chopped, peeled tart apples
TOPPING:
  • 1/4 cup sugar
  • 3 tablespoons all-purpose flour
  • 1/4 teaspoon ground cinnamon
  • 2 tablespoons cold butter or margarine
Directions
  1. In a large bowl, combine dry ingredients.
  2. In another bowl, beat the eggs, sour cream and butter.
  3. Stir into dry ingredients just until moistened. Fold in apples.
  4. Fill greased or paper-lined muffin cusp two-thirds full.
  5. For topping, combine sugar, flour and cinnamon.
  6. Cut in butter until mixture resembles coarse crumbs.
  7. Sprinkle a rounded teaspoonful over each muffin. Bake at 400 degrees F for 18-20 minutes or until a toothpick comes out clean.
  8. Cool for 5 minutes before removing from pans to wire racks. Serve warm.
**Yatie guna oven 180C selama 25 minit (api atas bawah)

Wednesday, December 14, 2011

Ayam Masak Halia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya tak berapa sihat, pening kepala dan hidung tersumbat..hai selsemalah ni. Bila dah makan ubat, kepala pun senoneng dan mata mulalah mengantuk. Hari ni masak gak, tapi masak yg ringkas2 je. Kalau masak ringkas mcm ni mudah je..yg penting dpt sediakan menu tengahari utk keluarga tersayang. Oklah jom semak resepi terus...tak larat nak ngadap lappy lama2 ni. Resepi ni dari Kak Liza, terima kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya.


Bahan- Bahan
  • 500 gm ayam [potong kecil dan basuh bersih]
  • 3 s/b sos tiram ]
  • 1/2 cawan air ] bancuh
  • 1 s/k tepung jagung ]
  • 1 s/k serbuk lada hitam
  • 1 pokok daun bawang [potong pendek]
  • 1 biji buah tomato [belah 4]
  • 1/2 btng carrot- ptng kecil
  • minyak
  • garam dan sedikit gula
Bahan Hiris
  • 5 cm halia
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili merah
  • 4 tangkai cili padi merah- Yatie tambah
Cara-Caranya
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
  2. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan sikit air dan tutup.
  3. Masakkan ayam sehingga lembut. Masukkan carrot dan gaul sebati.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan sos tiram. Biarkan sehingga pekat.
  5. Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata.
  6. Hidangkan.

Tuesday, December 13, 2011

Upside Down Pineapple Cake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni tayang kek lagi. Sebenarnya kek ni pun saya buat masa birthday Hamka atas permintaan suami. Suami saya suka kek nenas ni. Sebelum ni pernah buat di SINI dan di SINI. Kali ni buat lagi tapi saya tambah karamel style kek omputih. Biasanya kalau upside down pineapple cake mmng ada karamelnya, tapi kek akan kelihatan perang di sekeliling nenas tu. Kalau tak letak keknya cantik je dan bersih warna nenas dan ceri tu. Kali ni saya buat letak karamel tapi tetap menjadi dan sangat sedap. Resepi ni dari Che Mat Gebu lagi. Terima kasih Che Mat kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya.

Masa dah terbalikkan kek ni, klakarlah keknya di kerjakan Hamka. Sementara menunggu sejuk, Hamka asyik tenung je kek ni. Bila saya sedar...gegelang nenas di atas permukaan kek tu dah hilang 2 keping....uwaaaaa. Saya pun tanya mana dan siapa yg ambil. Hamka dngn senyum simpulnya mengakuuuu..dia yg kejekannnn sbb kecur dan geram sangat kat nenas dan ceri tu..hah3...cacat sudahhhh kek mamaaaaaa..adoyaiiii...cepat2 ambil gambar dan bagilah Hamka merasa kek yg di geramkan sangat tuuuuu...mmng sedap kek ni....kalau tak percaya, anda cubalah sendiri....




BAHAN-BAHANNYA
  • 2 tin nenas berkaleng/gegelang dalam tin-ditoskan
  • Ceri merah secukupnya
  • 250 gm mentega
  • 5 biji telur gred A, asing kuning dan putih
  • 135 gm gula halus
  • 135 gm tepung gandum*
  • 2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak 3 kali)
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1/4 cwn jus nenas dlm tin- saya tambah
Bhn utk karamel
  • 2 camca besar butter di cairkan
  • 1/4 cwn gula perang/brown sugar
CARA MEMBUATNYA
  1. Gris springform pan berukuran 9 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas minyak dengan sedikit mentega juga.
  2. Tuang butter yg di cairkan ke dlm loyang dan tabur rata brown sugar.
  3. Susun gegelang nenas dalam tin, sumbat dengan ceri merah pada setiap lubang nenas tadi (1 biji ceri, belah 2). Ketepikan.
  4. Putar mentega dengan sebahagian gula halus dan esen vanilla hingga putih, masukkan telur kuning satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gebu. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata dan ketepikan.
  5. Dalam mixing bowl yg bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan baki gula dan terus memutar hingga kembang dan kental. Gaul putih telur tadi ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan kaedah kaup balik. Kacau rata.
  6. Tuang dalam tin tadi dan ratakan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 50 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sebelum dihidangkan. Kek ni memang sedikit turun bila masak.
  7. Setelah kek sejuk, terbalikkan biar permukaan nenas kat atas. Sebab tu nama dia Upside down.

Monday, December 12, 2011

Red Velvet Cupcakes

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Ini pula kek birthday Hamka. Biasalah mamaNya tak pandai mendeco kek, kek simple2 mcm ni jadilah buat hiburkan hati anak2. Kali ni Hamka cuma nak cupcake, bertambah mudahlah kerja mamaNya. Terima kasih Hamka sbb tak menyusahkan mama, nak kek simple mimple jek..janji ada buah strawberry katanya. Resepi red velvet kali ni mmng best, sedap dan lembut je. Terima kasih pada Rima yg sudi berkongsi resepi, juga buat K.Nor, Ita dan ramai lagi kawan2 yg telah mencubanya. Kek ni utk 1 adunan mmng sikit je, saya buat 2 adunan biar dpt lebih sikit. Toppingnya pula saya guna yg ringkas je. Jom semak resepinya dan lihatlah RVCC yg simple ni ....





Ingredients
  • 1 1/4 cup sifted flour
  • 1/2 tsp baking powder
  • 1/2 tsp salt
  • 1 tbsp cocoa powder - i used berry callebaut
  • 1 tbsp red colouring - I used 1 1/2 tsp wilton red paste(no taste)
  • 1/4 cup soft unsalted butter - 57g
  • 3/4 cup sugar
  • 1 egg
  • 1/2 tsp vanilla extract
  • 1/2 cup buttermilk - I used 1/2 cup whole milk plus 1/2 tbsp vinegar/lemon
  • 1/2 tsp vinegar - i used heinz distilled white vinegar 5%
  • 1/2 tsp baking soda
Method
  1. Preheat oven to 175 degrees Celsius.
  2. In one container, sieve flour, baking powder and salt. Set aside.
  3. In a small container, combine cocoa powder and red coloring and stir well until form a paste (I added a little water).
  4. Using a stand mixer, beat butter with sugar until light and fluffy. Add the egg, beat until blended. Add the vanilla extract and cocoa powder mixture, beat until well blended.
  5. Add in sifted flour and buttermilk alternately. Beginning and ending with flour. (F-M-F-M-F)
  6. In a small bowl, combine vinegar and baking soda and add it to ur batter. Stir well with a spatula. Pour into a 6" baking pan and bake it for 50mins or until cooked.
  7. Let cool on wire rack.
  8. Once cool, slice cake into two and spread cream cheese filling.. top it with the rest of ur cream cheese too... chill for a few hrs..
Cream cheese frosting
  • 125g cream cheese
  • 50g unsalted butter
  • 110g powdered sugar - i reduced it to 80g
  • 1 cup fresh cream, whipped until stiff - i used double cream
Cream Cheese frosting:
  1. Beat cream cheese with butter until soft.
  2. Turn mixer to low speed, add powdered sugar a little at a time. Whisk until well blended.
  3. Add whipped cream, stir through with a spatula.
**Cupcakes di atas Yatie buat 2 adunan, dpt dlm 25 biji cupcakes. Untuk Cream Cheese Topping kat atas cupcakes tu, Yatie guna bahan2 yg mudah seperti dibawah. Gaul semuanya hingga lembut, pastu terus sapu atas cupcakes. Kalau nak lagi menarik letaklah apa2 pewarna dan hias ikut kreativiti masing2 ya.

CREAM CHEESE TOPPING:
  • 250gm cream cheese
  • 2 sudu besar butter
  • 1/3 cwn gula icing, diayak
  • 1 sudu kecil jus lemon
*Cara2nya= Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu. Sapu atas kek yg telah sejuk tadi. Hias ikut kreativiti masing2.

Ayam Masak Kandar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Ini pula resepi ayam masak kandar yg saya masak utk di gandingkan bersama Nasi Tomato semalam. Biasanya ayam masak merahlah yg menjadi gandingan mantap bersama nasi tomato. Kali ni kita sukar selera pula pada Ayam Masak Kandar...mmng sedap betullah. Suami dan anak2 makan bertambah2 sbb rasanya yg sedap hingga menjilat jari. Terima kasih pada Nieza kerana berkongsi resepi ayam yg best ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Hamka siap tanya, kali ni resepi dari mana pula mama? Klakarlah Hamka ni...dah tau dia bila mamaNya masak lain sikit je...mesti hasil tngk kat blog. Dia dah tau dah kerja mamaNya...hai anak..anak....Jom kita semak resepinya.
Pada kawan2 yg mencari resepi ayam tu, bolehlah cuba resepi ni..saya rekomen mmng berbaloi dan pastinya anda akan masak lagi dan lagi dan lagi...sedap betullah..




Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam dipotong kecil
  • 1/2 cawan kicap pekat
  • 1 s/k gula merah
  • 2 s/b kerisik
  • 3 keping asam keping ataupun boleh gunakan sedikit air asam jawa jika suka
  • 3 s/b rempah kari ayam
  • 2 s/b sos tomato
  • 3 s/b sos cili
  • 2 sudu mkn sos tiram
  • 2 s/b plain yogurt
  • 2 biji ubi kentang dipotong 4
  • 1 biji buah tomato dipotong 4
  • 1 kiub ayam
  • garam secukup rasa
Bahan Kisar
  • 15 tangkai cili kering- Yatie guna 1/2 cwn cili kisar
  • 3 labu bawang merah besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 s/kjintan manis
    1 s/k jintan putih
Bahan Tumis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 inci kulit kayu manisMinyak masak..saya campurkan dengan mentega sikit
  • 1 ulas bwng putih- hiris
  • 2 ulas bwng merah hiris
Cara-cara masak:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis serta bawang merah dan semua bahan yang dimesin tadi.....masukkan rempah dan cili merah yg dimesin halus...dan masakkan hingga masak dan pecah minyak.
  2. Masukkan ayam dan ubi kentang. Biarkan sehingga ayam dan ubi lembut. Jika kuah kering tambahkan sedikit air.
  3. Bila sudah lembut masukkan kicap dan kerisik, sos tiram,sos tomato,sos cili dan plain yogurt.
  4. Masukkan lebihan bawang yg diblender tadi untuk pekatkan kuah....dan masakkan sehingga pekat dan naik minyak.Masukkan kiub ayam dan perisakan garamnya.
  5. Masukkan buat tomato yg dipotong tadi dan tutupkan api...siap dihidang.

Sunday, December 11, 2011

Nasi Tomato

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Inilah menu nasi tomato yg saya masak semalam sempena birthday Hamka. Bukan main selera lagi dia makan, siap hari ni pun suruh saya masak nasi dan lauk yg sama....sedap sangatlah tu. Lagipun Hamka mmng suka makan buah tomato, jadi sesuai sangatlah mamaNya masak nasi tomato kegemarannya. Kali ni saya gandingkan lauknya dngn ayam masak kandar..mmng ngam betullah. Terima kasih pada Mat Gebu kerana berkongsi resepi yg mudah dan sememangnya sedap. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya.Jom kita semak resepinya.



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit, toskan
  • 5 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1 1/2 camca besar minyak sapi
  • 2 camca besar minyak masak- saya tambah
  • 2 1/2 camca besar sos tomato
  • 1 kiub ayam "maggi"
  • Garam secukup rasa
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan
  • Kismis dan kacang peas untuk hiasan
  • Bawang goreng untuk hiasan
BAHAN TUMIS :-)
  • 1 kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 6 kuntum bunga cengkih- Yatie letak 2 je
  • 3 biji buah pelaga- Yatie letak 2 je
  • 1 biji bawang besar, dadu kecil
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 inci halia, diketuk
  • 2 helai daun pandan
  • 1 biji tomato masak ranum, buang biji dan cincang halus
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis, halia, bawang besar, bawang putih, 1 helai daun pandan dan tomato, masak hingga semua layu.
  2. Tambah sos tomato dan kacau rata.
  3. Masukkan beras, gaul rata dan goreng sekejap.
  4. Alih beras tadi ke dalam rice cooker, tuang air, susu, hancurkan kiub pati ayam (jika guna) dan tambah garam secukup rasa, kacau rata dan tanak nasi seperti biasa..
  5. Bila nasi masak, tabur kismis atasnya, bila nasi elok kering dan masak, gemburkan dengan chopstick.
  6. Hidangkan dengan menabur kacang pis, hirisan daun bawang dan bawang goreng...

Saturday, December 10, 2011

Happy Birthday Mohamad Hamka


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Harap kawan2 semua sihat dan sentiasa ceria di samping insan2 tersayang. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran yg ke 6 buat anak bongsu kesayangan saya Mohamad Hamka bin Mohd Khata. Mama doakan moga anakanda Hamka di panjangkan usia, di murahkan rezeki, menjadi anak yg soleh, di berikan kesihatan yg baik, menjadi anak yg sentiasa membanggakan dan membahagiakan mama dan abah serta sentiasa dlm limpah rahmat Allah swt.Aminn..

Bulan disember ni ada 2 orang sambut birthday dlm keluarga saya. Minggu lepas 3.12.11 merupakan birthday saya, manakala hari ni 10.12.11 merupakan birthday Hamka. Hari ni barulah mamaNya rajin sikit masak macam2. Biasanya bila hari ulangtahun kelahiran anak2, kita sebagai ibu..mestilah meraikannya spt baca doa selamat panjang umur dan adalah jamuan makan2. Jamuan makan2 ni pun bagi kaum keluarga sendiri je...bila jemput ramai2 nanti pening kepala pulak nak beri hadiah kat Hamka...hehehehehe.

Hamka ni walau dah 6 tahun tapi masih gemar dngn permainan. Hampir setiap minggu tu ada je permainan baru untuknya. Kalau kita kata dah besar dan tak belikan...siaplah dia membebel kata kita lokek...anak bongsu ni mmng manjenya lain sikit. Kadang2 kita sendiri tak mampu menolak permintaannya...tak kisahlah asalkan dia bahagia dan sentiasa mendengar dan ikut nasihat kita. Setakat ni Hamka ok alhamdulillah..tapi bab2 mainan mmng tak ok..mesti nak jugak......ekekekeke..

Oklah, malam tadi dah pergi makan pizza hut atas permintaan Hamka, hari ni mama masak nasi tomato dan ayam masak kandar....kejap lagi nak buat kek pulak atas permintaan Hamka. MamaNya tak kisah wat kek apa2 je..tapi bab mendeco ni mmng out....tak kisahlah, Hamka pun dah tak sabar nak tolong kat dapur tu...jom layannnn...kalau elok keknya, esok jelah saya n3..
Meh tngk gambar2 Hamka masa kecik2 dulu..



Friday, December 9, 2011

Gulai Ikan Nasi Dagang

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Inilah resepi gulai ikan Aya@tongkol yg di makan bersama nasi dagang tadi. Terima kasih pada K.Nor kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni...terima kasih juga atas pemberian rempah gulai yg istimewa tu. Pada kawan2 yg nak mencuba tu bolehlah cuba resepi gulai ni ataupun boleh juga lihat di SINI.


Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan aya@tongkol- Yatie guna 3 ekor ikan tongkol sederhana besar
  • 3 kpg asam keping
  • sedikit garam
  • air secukupnya
Caranya
  1. Bersihkan ikan aya dan potong.
  2. Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keping, garam dan air.
  3. Air hendaklah melebihi paras ikan.
  4. Masak dgn api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4.
  5. Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.
Bahan2 kuah:
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 7 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 1 inci lengkuas *
  • 1 inci kunyit hidup * ( * diblend )
  • 3 sudu besar rempah gulai nasi dagang ~ boleh guna rempah cap bunga ros kalau tak ada rempah khas utk gulai nasi dagang
  • 1 sudu besar rempah kari ikan adabi- Yatie tambah
  • 2/3 cawan santan fresh/pekat
  • 4 cawan air
  • air asam jawa
  • sedikit belacan ~ optional
  • 2 sudu besar gula nisan/gula melaka
  • garam
  • 10 biji cili padi- takyah belah
  • minyak utk menumis
Bahan penumis:
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
Cara Menyediakannya
  1. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis.
  2. Biarkan hingga wangi dan masukkan cili mesin.
  3. Goreng hingga cili menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
  4. Masak hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.
  5. Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
  6. Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih.
  7. Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
  8. Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan/gula melaka, garam dan gula.
  9. Masak hingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yg dah dimasak tadi.
  10. Renih lagi kuah hingga kepekatan yg disukai.
  11. Sekiranya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak.
  12. Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap dan baru lah dipadamkan api.
* ikan aya lebih sedap direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam2 tu meresap ke dalam isi ikan.
** kalau ada belimbing buluh, boleh lah diletak dlm gulai ni. nanti rasa gulai lagi sedap :)


Nasi Dagang Mudah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak nasi dagang yg mudah seakan2 nasi lemaklah pulak. Sebenarnya lama dah nak masak gulai ikan tongkol menggunakan rempah cap bunga rose, asyik tertangguh je. Bila fikir2 nak wat nasi dagang betul2 kena rendam beras lama sangat, sedangkan dah tengahari..nanti anak2 dah kelaparanlah pulak. Saya pun masak gulai ikan dan makanlah bersama nasi dagang yg mudah ni. Rempah gulai ikan tu dikirimkan oleh kakak tersayang yg dok di Terengganu tu..baik sungguh akak sorang ni...siap di poskan lagi..gembira dan terharu di buatnya. Terima kasih akak, dngn adanya rempah gulai cap rose inilah gulai ikan yg Yatie buat ni sungguh istimewa dan sungguh sedap. Jom kita semak resepinya..



Bahan Untuk Nasi Dagang Mudah

  • 4 cawan beras Siam wangi (cuci dan rendam 1 jam)
  • 5 cawan santan
  • 2 inci halia, di hiris
  • 3 ulas bawang merah- di hiris
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 2 sudu kecil halba- cuci dulu
  • 1 sudu kecil garam
Cara- Caranya

1.Toskan beras yang telah direndam tadi.
2. Dalam rice cooker, masukkan beras tadi, santan dan semua bahan2 untuk nasi dagang.
3. Gaul sedikit beras dgn bahan tadi dan masak seperti biasa.
4. Bila nasi masak, gaul perlahan dgn chop stick. Cukup sekadar membalikkan nasi 2 - 3 kali saja. 5. Biarkan ia tanak seketika dan bolehlah di makan bersama gulai ikan.

Wednesday, December 7, 2011

Mee Sup Daging

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak mee sup daging yg sangat sedap. Biasanya guna mee hoon je, kali ni tukar pada mee kuning pula. Kalau makan2 kat luar, mee sup daging/ayamlah menjadi kegemaran anak2. Biasanya menu inilah yg paling senang dan gerenti habis. Kalau order yg macam2 alamat mmng tak habis. Ini juga menu berbuka kami hari ni. Mcam biasalah Hamka tukang rasmikan. Kali ni tak boleh elak lagi...terpaksalah suap guna sudu dan garpu. Siap tanya kat mamaNya, mama tak masak nasi ke arini??? Kenapa makan mee...padahal dah semangkuk dia makan masih tanya nasi lagi..tekak melayulah katakan..wajib nasi gak. Saya pun tanyalah kenapa tanya nasi gak? Hamka pun jawab...nak mama suap guna tangan juga..kalau makan mee tak boleh suap guna tangan mama...hai..klakor je Hamka. Sedap sangat agaknya air tangan mamaNya. Kalau kakaknya suap, tak pulak dia minta itu dan ini..saje je tawwwww nak manja2 lebih sikit.

Oklah jom kita semak resepi yg ringkas ni. Kalau ada kawan2 yg nak mencuba tu bolehlah mencubanya. Mudah dan pastinya sedap.


Bahan-Bahan
  • 500 gm daging
  • 2 btng serai- di titik
  • 1/2 inci lengkuas- di hiris
  • 3 sudu besar rempah sup adabi
  • 2 sudu besar rempah kurma adabi
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam/lada putih
  • minyak utk menumis
  • 5 cawan air atau secukupnya
  • garam dan sedikit gula
Bahan Kisar
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci halia
Bahan Tumis
  • 1 btng kayu manis, 1 kntm bunga lawang, 2 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang merah di mayang
  • 2 ulas bawang putih di hiris
Cara Memasak.
  1. Rebus daging hingga empuk dan toskan. Jangan di buang air rebusan. Sekiranya guna daging batang pinang tak perlu rebus dulu ya.
  2. Panaskan periuk dan masukkan 1/2 cwn minyak masak. Tumiskan bahan2 tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan2 kisar, kacau sebati dan masukkan serai dan lengkuas.
  3. Masukkan rempah sup dan rempah kurma yg di bancuh dngn sedikit air. Masukkan pula serbuk lada hitam. Tumis lagi sehingga terbit minyak.
  4. Masukkan daging yg telah di rebus dan masukkan sekali air rebusan daging.
  5. Masak hingga mendidih. Masukkan garam dan sedikit gula. Perasakan.
  6. Sekiranya dah cukup rasa, tutup api dan bolehlah di hidangkan bersama mee yg telah di celur.
Bahan2 Penyediaan Mee Sup
  • 1 bungkus mee kuning
  • 1 mangkuk taugeh- buang ekor, cuci, celur dan toskan
  • daun sup, daun bawang-cuci, toskan dan dihiris halus
  • bawang goreng.
Cara Penyediaannya.
  1. Masukkan mee yg telah di celur ke dlm mangkuk. Masukkan taugeh dan tuangkan kuah sup.
  2. Taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng. Siap dan boleh di makan bersama sambal kicap.
Sambal Kicap
  • 10 tangkai cili padi merah
  • 15 tangkai cili padi hijau
  • 3 ulas bwng putih-bakar sebentar
  • 1/2 cwn kicap manis jalen atau secukupnya
  • 1 sudu kecil minyak masak- supaya biji cili hancur
  • 2 biji limau kasturi-ambil jusnya.
Caranya
  1. Kisar cili padi merah dan cili padi hijau, minyak, bwng putih bersama kicap jalen tadi.
  2. Tuangkan dlm mangkuk dan campurkan jus limau kasturi tadi. Gaul sebati.
  3. Boleh di makan bersama mee sup daging tadi.

Tuesday, December 6, 2011

Ayam Sambal Hutan

Assalamualaikum dan Selamat petang semua. Selamat berpuasa sunat hari asyura bagi kawan2 yg berpuasa dan semoga amalan kita di terimaNYA. Tentu waktu ini ramai ibu2 sedang sibuk di dapur menyediakan juadah berbuka puasa. Bagi saya hari ni masak ringkas2 je. Masak tengahari macam biasa sbb anak yg bongsu je tak puasa so dia mintak makan tengahari. Bila nak berbuka puasa nanti barulah panaskan balik. Hari ni saya masak ayam sambal hutan resepi dari Ayu Singapore. Sebelum ni nampak juga K.Nor masak ayam sambal hutan ni. Jangan ditanya ya kenapa menu ni di namakan ayam sambal hutan sbb saya pun takleh memberikan jawapannya.

Bila tumis perencahnya tadi mmng harum je..rasanya mesti seakan2 ayam masak ungkep sbb bau ketumbar dan jintan tu harum betul. Hamka dah tak sabar2 nak makan sebab bau masakan yg sedap katanya. Bila dah siap, cepat2lah di suruhnya saya suapkan dia makan. Siap cakap suap guna tangan lagi jangan suap guna sudu. Hai...klakor di buatnya, dahlah suruh suapkan sbb takmo makan sendiri..dah tu suruh kita guna tangan pula. Hamka kata kalau mama suap guna tangan lagi sedappppp...alhamdulillah..tak kisahlah mungkin lagi berkat rezeki tu.

Sebenarnya takmo citer panjang arini, tapi syok pulak bila dah mula menaip. Oklah jom kita semak resepinya. Terima kasih pada penyumbang resepi. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya.


Bahan2:-
  • 1 ekor ayam dibuang kulit dan lemak, dipotong ikut suka
  • 2cm lengkuas, dititik
  • 2 batang serai, dititik
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Bahan kisar:-
  • 2 sudu makan penuh ketumbar biji
  • 2 sudu teh penuh jintan halus
  • 15 biji lada kering
  • 12 biji bawang merah
  • 8 biji bawang puith
  • 2cm kunyit hidup
Cara:-
  1. Gaul ayam yang telah dicuci bersih(Ayu cuci dgn air asam) dengan bahan kisar.
  2. Panaskan 1 senduk lauk minyak dan tumis serai & lengkuas hingga wangi.
  3. Masukkan ayam dan gaul rata. Kemudian masukkan sedikit air dan kacau sehingga rata.
  4. Masak hingga ayam empuk dan kuahnya menjadi pekat.
  5. Taburkan gula dan garam secukup rasa.
  6. Enak disajikan dengan nasi atau roti.

Monday, December 5, 2011

Talam Permata Keledek

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Semalam saya buat kuih talam kegemaran saya sempena hari ulangtahun kelahiran. Anak2 pun pelik, kenapa mamanya tak buat kek, buat kuih talam pula. Dah mmng mamaNya peminat kuih mcm ni, nak buat mcmana kan...buat jelah janji hati senang. Lagipun minggu depan dah harijadi anak bongsu saya Hamka, masa tu jelah mamaNya buat kek yg special sikit. Kalau kek2 ni anak2 je yg suka makan, kalau mcm kita yg dah berumur sikit ni tak berapa gemar sangat makan kek.....heheheheh..iyeye jekkkkk..
Kalau depan mata bedal gak....hah3....

Ok kuih talam ni saya buat petang semalam. Saya mmng minat tul buat kuih2 talam mcm ni. Pada peminat kuih2 talam mcm saya ni, bolehlah mencubanya...mmng sedap kuih ni..tak rugi mencubanya. Kalau yg tak minat kuih mcm ni, cuci mata jelah ya. Jom kita semak resepinya.



BAHAN UTK LAPISAN TENGAH (loyang 10x10x2@3inci
  • 2 cawan keledek oren yg telah di dadu (rebus & toskan)
  • 1 1/2 cwn tepung beras*
  • 1 cwn santan pekat*
  • 2 cwn air*
  • 2 sudu besar Tepung Hoen Kwee (putih)*
  • 1 cwn gula halus*
  • sedikit garam*
CARANYA
  1. Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis & masak hingga naik wap - tutup api.
  2. Masukkan keledek (yg telah direbus tadi) dan kacau rata. Biarkan sebentar.
BAHAN UTK LAPISAN ATAS DAN BAWAH
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cwn gula halus
  • 2 biji telur
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 cwn air
  • secubit garam
  • pewarna merah dan hijau
CARANYA
  1. Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk & masak hingga naik wap.
  2. Bahagi pada 2 bahagian dan warnakan, satu bahagian hijau dan satu lagi merah. Ketepikan.
CARA MELAPIS KUIH
  1. Sapukan sekeliling loyang dngn sedikit minyak masak dan alaskan plastik.
  2. Panaskan pengukus kuih. Tuang adunan warna merah ke loyang dan kukus selama 10 minit.
  3. Masukkan pula adunan lapisan tengah yg mengandungi keledek oren tadi dan kukus selama 20 minit. Sebelum tuang lapisan hijau pastikan tiada air bertakung di permukaan.
  4. Sekiranya ada, sengetkan loyang dan guna tisu dapur utk mengelap air. Selepas tu cakar2 sikit permukaan kuih guna garpu barulah tuangkan warna hijau.
  5. Kukus lagi selama 25 minit guna api sederhana.
  6. Setelah siap, buka penutup kukus dan biarkan 5 minit dngn api yg belum di tutup. Ini bagi mengeringkan permukaan kuih.
  7. Setelah siap, angkat loyang kuih dan biarkan betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.

Sunday, December 4, 2011

Kek Green Carpet

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Terima kasih sekali lagi pada kawan2 yg sudi ucap selamat harijadi sempena ulangtahun kelahiran saya semalam. Saya merasa gembira dan terharu di atas ucapan, ingatan dan doa dari kalian semua. Terima kasih juga pada Mat Gebu, Lydia Miza dan Ayu Citarasa Rinduan kerana membuat n3 khas ucap selamat pada saya. Budi baik anda semua amat2 saya hargai. Ramai yg tanya tentu ada jamuan istimewa, kek ataupun hadiah istimewa. Sebenarnya pada saya, hari2 yg saya lalui adalah hari2 yg sangat istimewa. Tak semestinya hari istimewa ni kita nak hadiah atau sesuatu tu di sambut istimewa. Ikut kemampuan, kehendak dan keselesaan masing2lah ya. Kalau nak sambut tu tak kisah, asalkan kita tak menyusahkan orang2 yg tertentu...

Sebenarnya Kek Green Carpet ni saya buat utk minum petang. Kek ni simple tapi sedap seakan2 rasa Kek Lumut. Kalau kek yg di campur serbuk horlicks mmng harum dan sedap rasanya. Saya mmng suka kek yg macam ni. Terima kasih pada DayangJack kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Jom semak resepinya..



Bahan-bahan : Loyang 7 inci (kek ni saiz kecil je)
  • 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
  • 5 biji telur A
  • 225 gm mentega
  • 3/4 cawan gula halus
  • 4 sudu besar tepung biskut marie (kira2 5 keping biskut marie, dikisar/ditumbuk halus)
  • 3 sudu besar horlicks
  • 1 1/2 sk pandan paste/pandan emulco
  • 1/4 cawan susu pekat manis
Cara-cara :
  1. Panaskan pengukus. Sediakan loyang kek. Lengserkan dgn mentega dan lapik dgn baking paper (gris dgn mentega dan taburkan sedikit tepung).
  2. Satukan tepung dengan horlick dan tepung biskut marie. Ayakkan sekali dan gaulkan rata2. Ketepikan.
  3. Sediakan mixer. Pukul mentega dan gula hingga betul2 kembang, putih dan gebu. (pastikan gula hancur betul2). Gunakan kelajuan maksimum.
  4. Masukkan telur satu demi satu hingga habis. Gunakan kelajuan minima shj.
  5. Masukkan susu pekat dan kacau lagi.
  6. Masukkan tepung tadi sambil dikacau perlahan.
  7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dgn pes pandan dan satu lagi dibiarkan kosong (x perlu letak warna, nanti ia jadi warna kuning selepas dikukus).
  8. Kemudian tuangkan adunan td di dlm loyang secara berselang seli atau berlapis (ikutlah kreativiti sendiri).
  9. Kukuslah selama 1 jam 20 minit.(tutup loyang dngn aluminium foil yg di sapu sedikit butter)
  10. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.