Sunday, December 11, 2011

Nasi Tomato

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Inilah menu nasi tomato yg saya masak semalam sempena birthday Hamka. Bukan main selera lagi dia makan, siap hari ni pun suruh saya masak nasi dan lauk yg sama....sedap sangatlah tu. Lagipun Hamka mmng suka makan buah tomato, jadi sesuai sangatlah mamaNya masak nasi tomato kegemarannya. Kali ni saya gandingkan lauknya dngn ayam masak kandar..mmng ngam betullah. Terima kasih pada Mat Gebu kerana berkongsi resepi yg mudah dan sememangnya sedap. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya.Jom kita semak resepinya.



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit, toskan
  • 5 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1 1/2 camca besar minyak sapi
  • 2 camca besar minyak masak- saya tambah
  • 2 1/2 camca besar sos tomato
  • 1 kiub ayam "maggi"
  • Garam secukup rasa
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan
  • Kismis dan kacang peas untuk hiasan
  • Bawang goreng untuk hiasan
BAHAN TUMIS :-)
  • 1 kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 6 kuntum bunga cengkih- Yatie letak 2 je
  • 3 biji buah pelaga- Yatie letak 2 je
  • 1 biji bawang besar, dadu kecil
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 inci halia, diketuk
  • 2 helai daun pandan
  • 1 biji tomato masak ranum, buang biji dan cincang halus
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis, halia, bawang besar, bawang putih, 1 helai daun pandan dan tomato, masak hingga semua layu.
  2. Tambah sos tomato dan kacau rata.
  3. Masukkan beras, gaul rata dan goreng sekejap.
  4. Alih beras tadi ke dalam rice cooker, tuang air, susu, hancurkan kiub pati ayam (jika guna) dan tambah garam secukup rasa, kacau rata dan tanak nasi seperti biasa..
  5. Bila nasi masak, tabur kismis atasnya, bila nasi elok kering dan masak, gemburkan dengan chopstick.
  6. Hidangkan dengan menabur kacang pis, hirisan daun bawang dan bawang goreng...

6 comments:

  1. salam kak yatie..kak...tiba2 saya tersebut nasi tomato, tgk2 akak dah buat..hmmmm...

    ReplyDelete
  2. waaaa panjangnye nasi dia....hahahahha...lauknya pun nampak sedap....teringin nk buat jugak

    ReplyDelete
  3. Assalam kak,wah baguslah hamka kan,suka sayur2,tomato mmg bagus utk kulit,comey hamka.Hepi besday ya hamka,moga membesar mnjadi ank yg soleh n berjaya dunia n akhirat ya..Mesti sedap nasi tomato nih,sbb mama suap pakai tangan kan hamka,hehe..

    ReplyDelete
  4. Salam kak,berdendang meja makan akak hari ni, sedap betul nasi tomato tu..

    ReplyDelete
  5. salam yati....bestnya nasi tomato n laik dia tu...Liza dah siap bawa pinggan ni...ekekkeke

    ReplyDelete
  6. yatiee.. nak jugaaaa... rajin btol yatie ni masakk..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails