Friday, November 4, 2011

Kek Lumut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha buat semua pengunjung blog Sinar Kehidupanku yg beragama islam walau di mana saja anda berada. Semoga kita sama2 dapat meraikan Hari Raya Korban serta menghayati peristiwa2 yg berlaku. Rasanya ramai kawan2 yg sudah bersiap sedia utk pulang kekampung halaman. Moga perjalanan yg di rancang berjalan dngn lancar dan selamat sampai ke destinasinya. Jangan lupa kunci dan mangga pintu rumah serta berhati2 semasa memandu di jalanraya.

Esok saya akan pulang ke kampung, jadi hari ni saya masih lagi berkesempatan utk mencuba kek yg mudah tetapi sedap sungguh rasanya. Kek ni sedap sangat, ianya padat tapi bukan bantat ya....ianya sungguh moist dan lembut je. Saya mmng suka kek yg mcm ni, dngn haruman pandan dan di gabungkan dngn rasa horlicks, membuatkan kek ini sungguh harum dan sedap sekali. Haiii tak tau nak cakap sedap yg macamana lagilah. Kalau kawan2 nak merasa tu, cubalah buat ya...mmng berbaloi.

Cuma kali ni kek lumut yg saya buat tak berapa nak hijau sebab kehabisan pewarna hijau. Selalunya mmng tak pernah putus bekalan warna hijau kat rumah ni sbb Hamka mmng suka kuih/kek yg ada warna hijau. Kali ni boleh kehabisanlah pulak....jadilah kek lumut yg tak berapa nak lumut...kira lumut mudalah ya...Pada kawan2 yg nak buat kek/kuih tu, pastikan dulu semua bahan2 lengkap ya. Jangan jadi mcm saya ni...bila dah adun kek, tetiba takde pewarna yg di kehendaki, nak buat mcmana masa tu...lebih2 lagi kek dah di adun, nasib baiklah ada gak walau sikit pewarna hijau tu...ada gak rupa lumut..kalau kaler lain...dah tak jadi lumut daaaa...

Sebenarnya dah lama nak cuba resepi kek lumut ni, tapi asyik tertangguh je sbb banyak sangat resepi yg berlainan walaupun rupanya sama. Kali ni saya cuba resepi dari Dayang Jack yg mmng pakar dlm membuat pelbagai jenis kek. Banyak juga kek dari DJ yg saya telah cuba resepinya, kebanyakkannya menjadi dan sememangnya sedap. Pada peminat kek yg masih tercari2 lagi resepi kek yg sedap2 tu, boleh singgah di blog DJ....kat sana macam2 adaaaaaa.... Terima kasih DJ berkongsi resepi yg best ni, izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.




Bahan-bahan ( loyang 7 " x 7 ")
  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 cawan horlicks
  • 3/4 cawan gula halus
  • 250 g mentega
  • 4 biji telur A
  • pewarna hijau secukupnya (dyg guna 1 sb pandan paste Cap Kopoe-Kopoe)
  • 4 sudu besar seri kaya
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
  3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
  4. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
  6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
  7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
  8. Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)

22 comments:

  1. Assalam Kak Yatie, menarinya tgk kek lumut akak ni...sure Hamka suka tu.

    selamat hariraya aidiladha juga buat akak sekeluarga:)

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Aidil Adha yatie..
    Semoga selamat sampai ke kampung halaman..
    sampaikan salam buat ayah dan bonda..

    Ita pun dah lama berangan nak buat kek ni.. nampak cantik kek Yatie ni di tambah warnanya yang seakan-akan warna lumut memang cantik! hijau lembut.. macam orang yg buatnya juga .. lembut aje..

    ReplyDelete
  3. kek dayang memang sedap2.. mlm ni pun rasa nk baking kek lapis bumi dayang .. tuk raya.. tgok kek lumut pun nmpk sedap..

    ReplyDelete
  4. assalam yatie, mmg sedap kek lumut ni.Rcp DJ yg tidak mengecewakan

    ReplyDelete
  5. Salam,
    kaler hijau lumutmu itu sungguh menawanlah Yatie. i likeeee! kat rmh DJ kan kalau xde stok pes hijau atau kaler pewarna hijau tu mau je pengsan gamaknya...cam sehati sejiwa sedondon gitu kan yatie...hehe

    Apa2pun, tahniahlah ye krn akhirnya dpt merealisaikan impian yatie utk buat kek ni. Memang sedapnya tak dpt nk diungkapkan dgn kata2...mekasih byk2 ye yatie.
    Selamat Hari Raya Aidil Adha...dan salam sayang selalu dr teman bloggermu ini...mmmuahhh!

    ReplyDelete
  6. O ya, jgn lupe beli Majalah Al Muslimah keluaran bulan November ni ye. ...mmmuahh!

    ReplyDelete
  7. Aiseh mudah je resepinyer. Leh la dicuba kek kak dayang. Ni . Tq kak yatie shanteekkk

    ReplyDelete
  8. Selamat hari raya aidil adha..kek lumut tu nampak sedap.

    ReplyDelete
  9. saya suka kek ni..dulu asik beli je dari kwn dari miri..tq yatie (kak?)...

    ReplyDelete
  10. Assalam yatie, sedapnya kita tengok kek yatie ni..kalau yatie cakap sedap mesti sedap nikan..
    lembut aje kita tengok..boleh masuk list juga ni...

    ReplyDelete
  11. selamat hari raya - kek lumut ni memang sangat sedap...dah pernah buat - lupa pulak resepi dari mana (ada tulis tuan punya resepi tu)...kali ini nak buat resepi ini - (esok boleh buat ni!!!)- tk kongsi resepi

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum kak Yatie..Cantik jer kek akak ni..hijau pun lembut jer..Nanti Tun nak try jugak ler..hihihi..

    Selamat hari raya Aidil Adha buat akak sekeluarga.. :D

    ReplyDelete
  13. hehe kira ok le tu Kak.. kang kalau hijau pekat macam lumut, tak lalu nak makan plak asyik dok teringat lumut je eheheee

    Selamat Hari Raya, Kak Yatie..

    ReplyDelete
  14. selamat hari raya aidiladha buat kak yati sekeluarga...:)

    bestnya kek..saya kalau kek ada horlicks ni memang lambat skit kalau nak buat sebab kat rumah jarang beli horlicks..tapi saya suka...hehhehe

    ReplyDelete
  15. Salam Aidil Adha K.An, boleh saya bertanya untuk kek ini horlick tu dijadikan air atau serbuk horlick? Terima Kaseh...

    ReplyDelete
  16. sdap nampak... salam aidiladha......... :)

    ReplyDelete
  17. Salam Aidil Adha..
    tq..nice kek lumut..nak cubalah..

    ReplyDelete
  18. salam kak yati.. lawa la kek ni kak.. tentu sedap dan moist je nampak.. kena cuba gak ni

    ReplyDelete
  19. Memang sedap sgt kek ni..tapi..ngantuks nak mgukusnya sampai 2 1/2 jam...zzzz...sib baik x bocor periuk sbb airnya kering...hehehe...

    ReplyDelete
  20. nk tanya...tak guna baking powder ker atau soda bicabonate ker?

    ReplyDelete
  21. nampak sedap betul kek ni.. tapi nak mengukusnya 2 jam lebih.. huhuhu.. nak kene cube ni!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails