Thursday, May 30, 2013

Siakap Masam Manis - Mudah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu ikan siakap masam manis kali ni saya masak paling mudah. Kebetulan anak bujang kat UK tanya, mcmana nak masak masam manis. Saya pun cakaplah, janji ada rasa pedas sikit dan masam manisnya...dah kira menjadilah tu. Jadi saya pun nak kongsikanlah juga resepi mudah tu kat sini. Pada anak2 dan adik2 di luar sana, bolehlah cuba resepi mudah ni...mmng mudah dan semestinya sedap. Jom semak resepinya.


Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan siakap sederhana
  • 1/2 cwn sos tomato
  • 1/2 cwn sos cili
  • 1/2 cwn air
  • 1 biji tomato-dipotong dadu
  • 2 keping gegelang nenas dlm tin-potong kecil
  • Garam, serbuk kunyit,gula
  • sedikit daun sup-utk tabur atas ikan
  • minyak masak secukupnya
Bahan Hiris
  • 10 biji cili padi merah
  • 1 labu bwng besar
  • 3 ulas bwng putih
  • sedikit halia
Cara Memasak
  1. Ikan di bersihkan, kelarkan permukaan ikan, cuci dan toskan.
  2. Gaulkan ikan bersama serbuk kunyit dan garam. Gorengkan sehingga masak/garing sedikit. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan dulu.
  3. Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali, tumiskan bahan2 hiris sehingga naik bau.
  4. Masukkan sos tomato, sos cili dan sedikit air. Biarkan  mendidih sambil di gaul rata.
  5. Masukkan nenas dan tomato yg di potong kecil. Masukkan garam, gula dan gaul rata.
  6. Setelah siap dan cukup rata, matikan api dan bolehlah di curahkan kuah keatas ikan siakap dan tabur dngn daun sup yg di potong kecil.

14 comments:

  1. salam kak yatie..

    makan siakap masam manis ni memang menambah la nasik..sedap dan kegemaran tu..

    ReplyDelete
  2. salam yatie, adusss siakap tu sampai melimpah ruah kat dlm pinggan tu buat akak terliur lah bila lah nak dpt siakap ni dok sibuk manjang

    ReplyDelete
  3. salam k.yatie...
    dah la lapar..tengok siakap ni..adoiiiiiiii...

    ReplyDelete
  4. lapar lapar lapar...siakap masam manis 1! hehehe

    ReplyDelete
  5. Assallamualaikum kak Yatie..

    Di rumah nadz kan kak, kalau ikan siakap ni mmg masak masam manis atau tiga rasa je.. Tak pun masak lemak cili api. Kalau dikukus, ermmm..jawabnya tak makanlah anak2 Nadz tu. Dia org lg suka ikan ni digoreng dan buat sweet sour atau tiga rasa.. Sedap kan..nyumm..

    ReplyDelete
  6. Pandai anak bujangnya masak di sana ye Tie... ibunya ada blog masakan, senanglah dia masak bila2 masa boleh tegok resepi masakan kegemarannya.
    Lama aku orak mangan iwak siakap Tie... enak temen!

    ReplyDelete
  7. Sedap nyer kak..Macam senang plak..dulu ingat susah..bru kawen nak try banyak resepi baru yang saya tak pernah buat..thanks for sharing..

    ReplyDelete
  8. Kak mintak izin nak copy resepi ea..

    ReplyDelete
  9. Mekasih share resepi. Dah try & mmg mabeleesss

    ReplyDelete
  10. kak,mtk share resepi yer.tq.br nk start masak.nampak sdp

    ReplyDelete
  11. kak,mtk izin shareresepi yer.tq

    ReplyDelete
  12. Kak minta salin resepi ye

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails