Sunday, July 8, 2012

Asam Tumis Batang Keladi.....sedap woooooo..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni saya masak sayur kampung je.Kalau sayur2 macam ni mmng kegemaran saya dan suami, makan penuh selera sambil senyum2 manja gitewww...he3..bukannya apa, sedap sangat pada kita orang menu mcm ni. Kebetulan pagi tadi pergi pasar tani, rambang mata di buatnya. Saya belilah batang keladi, nangka muda, pisang muda, pucuk ubi, pucuk paku, pucuk labu dan pucuk keledek. Waduhhhhh gembira sungguh hati ni sbb jumpa sayur2 kampung mcm ni.

Bila dah sampai rumah tu binggunglah pulak sbb tak tau nak masak yg mana satu...semuanya sedap pada saya. Bila fikir punya fikir, saya pun masaklah asam tumis batang keladi, ikan kerisi goreng dan makan bersama ikan masin. Kalau nak tau, hari ni lah saya makan paling banyak sebab sedap sangat....ni pun bila tngk gambar kat bawah ni, dah terliur lagi....kejap lagi sambung baliklah meratah batang keladi ni...he3..buruknya makan, macam tak pernah jumpa je kan..Jomlah tngk resepi mudah..dlm hati ni dah verangannn je nak masak nangka muda plk esok..he3..


Bahan Bahan
  • 2 ikat batang keladi dan buahnya
  • 1/2 cwn air asam jawa
  • 3 tangkai daun kesum
  • garam dan sedikit gula
  • minyak utk menumis
  • Air secukupnya
Bahan Di kisar
  • 1/2 cwn ikan bilis, cuci dan toskan
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • sedikit belacan
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 tangkai cili merah
  • sedikit belacan
  • 1/2 inci kunyit hidup
Cara- Caranya.
  1. Batang keladi dan buahnya di siang, bersihkan, cuci dan toskan. Rebus hingga empuk. Toskan airnya bila nak masak nanti.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan air asam jawa dan masukkan pula batang keladi dan buahnya yg di rebus tadi.
  4. Masukkan air secukupnya, bergantung nak masak pekat atau cair. Biarkan hingga mendidih.
  5. Masukkan daun kesum, garam dan gula.
  6. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa bolehlah matikan api dan hidangkan.

11 comments:

  1. Yatie, saya yang tengok ni pun turut sama meleleh. Huhuhu nak kena beli juga ni.

    ReplyDelete
  2. Aslmkum kak yatie.
    Mmg sedap msk asam tumis ni. Sue paling suka part batang dia tu. Kuahnya hirup mcm tu ja x pa. Huuuu. . Blik kg hari tu x sempat msk ni. Wlpun dah plan nak msk ni.

    ReplyDelete
  3. salam kak yati..alhaiii rasanya dh lam plk x mkn sayur keladi..hirup2 juah tue sedapnya;p

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Cukuplah buat bekalan seminggu sayur-sayur kampung tu...
    Boleh dibilang dengan jari entaha berapa kali dapat makan sayur batang keladi... kepingin!

    ReplyDelete
  6. Aduh kak...sedapnya sayur keladi...lama x makannya nie....

    ReplyDelete
  7. hi.. nice entry! im already follow ur blog.. feel free to visit n follow my blog back. thanks :)

    ReplyDelete
  8. sedapnye sayur kampung mcm ni... dulu2 mak saya selalu buat msk asam tumis batang keladi macam ni...

    ReplyDelete
  9. tq kak yatie...saya dah cuba kek coklat lapis cream cheese tuuu... syedap

    ReplyDelete
  10. dah lama saya tak makan asam keladi

    ReplyDelete
  11. kak yatie..boleh x bg petua mcm mn nak hilangkan gatal2 keladi tu? plissssss...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails