Wednesday, April 17, 2013

Ikan Siakap Goreng Lada Hitam

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu yg ringkas tapi sedap sangat. Biasanya asyik masak masam manis je ikan siakap ni, kali ni saya masak siakap goreng lada hitam. Kalau masak mcm ni mmng sedap hingga menjilat jari. Resepi asal menggunakan ayam spt diSINI, tapi saya dah gantikan pada ikan pula. Suami dan anak2 cukup berselera menikmatinya. Kalau kwn2 binggung nak masak apa dngn ikan siakap tu, bolehlah cuba resepi ni...mmng sedap. Jom semak resepi mudah ni.




Bahan-Bahan

  • 1 ekor ikan siakap sederhana besar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam
  • minyak masak secukupnya
  • 1 sudu besar lada hitam-kisar kasar
  • 1 tangkai cili merah*
  • 1 tangkai cili hijau*(*potong serong)
  • Daun sup secukupnya-hiris halus
  • 1/2 btng lobak merah-potong ikut suka
  • 1 biji tomato- belah 4
  • 1 labu bawang besar-potong bulat
Bahan Hiris
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia-hiris btng mancis
Bahan Sos
  • 3 sudu besar kicap jalen manis
  • 3 sudu besar sos lada hitam
  • 1/2 cawan air+1 sudu kecil tepung jagung (bancuh bersama)
Cara Menyediakannya.
  1. Ikan di bersihkan, cuci dan toskan. Kelarkan permukaannya.
  2. Lumurkan ikan bersama serbuk kunyit dan garam.
  3. Goreng sehingga masak. Angkat, toskan dan ketepikan dulu.
  4. Panaskan minyak, tumiskan bahan2 hiris sehingga sedikit layu. Masukkan bahan2 sos dan gaul rata.
  5. Masukkan lada hitam kasar, cili hijau, cili merah. Masukkan ikan yg di goreng tadi. Gaul rata.
  6. Masukkan bawang besar yg di potong bulat dan tomato. Gaul rata. Tambahkan sedikit gula dan garam jika perlu. Perasakan, sekiranya dah ok...matikan api dan bolehlah di angkat dan hidangkan.
  7. Taburkan dngn hirisan daun sup. Sedap di makan bersama nasi putih panas.

9 comments:

  1. Salam..sdp tu lauk ikan siakap masak lada hitam..biasa asyik manu masam manis, kukus, 3 rasa je...boleh le cuba resepi ni pulak....:-)

    ReplyDelete
  2. sedapnya lauk akak. saya lama dah tak makan ikan siakap neh.huwaaaa

    ReplyDelete
  3. Wow! Wero merico ney kok enak temen rasaney yo Tie.... lekas2 arek nggolek sego panas!

    ReplyDelete
  4. mas suka masak siakap gini...sedappppp

    ReplyDelete
  5. kalu masak guna lada hitag ct suka sgt

    ReplyDelete
  6. Kat umah ni ade siakap.....mancing...tapi tak ade org nak masak kan.....sape yg sudi.....tolong lah

    ReplyDelete
  7. wah x pernah try lagi siakap lada hitam ni..boleh try nanti..yq for sharing..(^-^)

    http://iburianaonlineshop.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails