Sunday, October 27, 2013

Udang Goreng Lada Hitam

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu yg ringkas di hari minggu tapi amat menyelerakan. Biasanya udang di masak sambal, masam manis, gulai nenas ataupun tumis bersama sayur je. Kali ni saja mahukan kelainan bila udang di masak lada hitam. Resepi asal guna ayam dan boleh juga di gantikan pd ikan. Memandangkan kuah dan rasanya yg sedap, saya pun gunakan udang sebagai bahan utamanya. Maklumlah sendiri masak....sendiri makanlah, mmng sedap. Pada kwn2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya.



Bahan-Bahan
  • 1 kg udang sederhana besar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam
  • minyak masak secukupnya
  • 1 sudu besar lada hitam-kisar kasar
  • 1 tangkai cili merah*
  • 1 tangkai cili hijau*(*potong serong)
  • Daun sup secukupnya-hiris halus
  • 1/2 btng lobak merah-potong ikut suka
  • 1 biji tomato- belah 4
  • 1 labu bawang besar-potong bulat
Bahan Hiris
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
Bahan Sos
  • 3 sudu besar kicap jalen manis
  • 3 sudu besar sos lada hitam
  • 1/2 cawan air+1 sudu kecil tepung jagung (bancuh bersama)
Cara Menyediakannya.
  1. Udang gunting muncungnya, di bersihkan, cuci dan toskan. 
  2. Lumurkan udang bersama serbuk kunyit dan garam.
  3. Goreng sehingga masak. Angkat, toskan dan ketepikan dulu.
  4. Panaskan minyak, tumiskan bahan2 hiris sehingga sedikit layu. Masukkan bahan2 sos dan gaul rata.
  5. Masukkan lada hitam kasar, cili hijau, cili merah. Masukkan udang yg di goreng tadi. Gaul rata.
  6. Masukkan bawang besar yg di potong bulat dan tomato. Gaul rata. Tambahkan sedikit gula dan garam jika perlu. Perasakan, sekiranya dah ok...matikan api dan bolehlah di angkat dan hidangkan.
  7. Taburkan dngn hirisan daun sup. Sedap di makan bersama nasi putih panas.

2 comments:

  1. Assalamualaikum...yarie nampak sedap dan menyelerakan tkasih kongsi resepi nti bole saya cuba..kalau udang ni mmg kesukaan anak2...=)

    ReplyDelete
  2. assalam yatie..mesti sedap ni kan..acik ambil resepi ye yatie..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails