Wednesday, January 30, 2013

Serabai Kuah Durian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pernah makan serabai kuah durian tak? Rasanya mesti pernahkan. Sebelum ni pernah makan tapi tak pernah buat sendiri. Rasanya sedap dan lembut cuma tak taulah kenapa namanya mcm tu. Anak2 saya pun pelik nama kuih ni, sampaikan Hamka takmo rasa dan makan kuih serabai ni sebab namanya yg pelik. Macam2lah di tanyanya..saya pun sampai tak tau nak jawab macamana lagi.

Sebenarnya banyak resepi serabai dan saya pun tak tau nak cuba resepi mana satu. Kali ni saya cuba resepi Kak Wan dulu. Syukur Alhamdulillah menjadi cantik. Saya suka tngk serabai yg bersarang tu. Terima kasih pada K.Wan kerana berkongsi resepi  mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Jom semak resepinya. Pada yg berkenan tu, bolehlah mencubanya.



Bahan-bahan:
  • 250 gm tepung beras
  • 150 gm nasi sejuk
  • 500 ml santan
  • 1 sudu kecil yis segera + 50 ml air suam ( larutkan), biarkan seketika
  • 1/2 sudu teh garan
Kuah Durian:
  • 600 ml santan
  • 100 gm isi durian
  • 80 gm gula pasir
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 helai daun pandan disimpul
  • 1 biji putih telur- dipukul sedikit
Cara-cara:
  1. Satukan semua bahan serabai didalam pengisar dan kisar hingga halus. Perapkan di tempat suam selama 2 jam atau lebih.
  2. Panaskan acuan serabai/ baulu yang diliser dengan minyak hingga minyak betul- betul panas. Tutup api dan tuang adunan serabai hingga 3/4 penuh.
  3. Kemudian masak dengan api perlahan sehingga masak.
  4. Kuah: Satukan semua bahan hingga mendidih. Masukkan putih telur dan masak hingga kuah sedikit pekat.
  5. Hidang serabai dengan kuahnya.
**Yatie tak ada acuan serabai, cuma guna kuali biasa je...masak satu2, mmng menjadi sarangnya tapi lambat sikitlah. Boleh juga guna pan non stick, lenserkan sedikit minyak, tuang adunan dan masak guna api sederhana je.

Tuesday, January 29, 2013

Roti2 Gebu dan Kari Ayam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kari ayam ni menu hari ahad lepas. Alang2 dah dpt roti macam2 masa kelas roti aritu saya pun masaklah kari ayam dan di makan bersama roti tu. Memang puas makan roti Mamazieza ni, sedap, lembut dan gebu. Terima kasih sekali lagi pada Mamazieza berkongsi ilmu meroti pada kami, dan terima kasih juga pada Mat Gebu sebab berkongsi resepi kari ayam yg mudah dan sedap. Kali ni cuba resepi Mat Gebu dan pernah buat sebelum ni diSINI. Macam biasalah, alang2 dah masak kari, saya tambahkan sekali kentang, tomato dan terung. Itulah lauk tengahari dan menu ini jugalah di makan bersama roti2 gebu ni. Jomlah layan gambar roti2 ni lagi...




BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 ekor ayam 
  • 4 biji kentang
  • 2 biji tomato
  • 1 batang terung
  • 3/4 senduk makan cili kisar (ikut pedas)
  • 2 1/2 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna jenama Baba's)
  • 1 keping asam gelugor
  • 1/2 inci lengkuas, dititik
  • 300 ml pati santan
  • 1 liter santan cair
  • Air panas secukupnya
  • 1 camca besar minyak sapi
  • 1/2 cawan minyak utk menumis
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 14 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia tua
  • Secubit belacan (optional)
  • 2 biji buah keras
  • 1/2 inci kunyit hidup
BAHAN TUMIS :-)
  • 2 pelepah daun kari, dilurut
  • 4 biji bawang merah, hiris halus
  • 2 ulas bawang putih, hiris halus
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dipotong kepada 12 - 14 bahagian (ikut besar ayam), buang kulit, cuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 2 setiap biji dan rendam. Bancuh rempah kari dengan bahan kisar halus, gaul rata2. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan minyak sapi. Tumis bahan tumis hingga harum, masukkan bahan kisar + rempah kari tadi dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga garing dan terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu.
  3. Masukkan ayam, gaul rata dan biar ayam kecut. Tuang santan cair, dan tambah sedikit air panas hingga ayam tenggelam. Masak hingga mendidih dan kecilkan api, masak hingga 3/4 empuk.
  4. Masukkan kentang (toskan), dan masak hingga kentang empuk (jika kering, tambah air panas). Tamah asam gelugor, santan pekat dan perasakan dengan garam secukup rasa dan secubit gula. Masak dengan api sederhana sambil dikacau. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau ketupat.

Monday, January 28, 2013

Kelas Roti Mamazieza mmg best

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak kongsikan pengalaman manis saya mengikuti kelas roti bersama Mamazieza pada 26.1.13. Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, memang berbaloi betul mengikuti kelas buat roti ni. Sekurang2nya kita tahu mcmana cara2 yg betul membuat roti. Kebanyakkan resepi lebih kurang sama je, tapi kita mestilah gunakan teknik yg betul supaya roti yg terhasil gebu dan sedap.Sebelum ni saya buat roti guna panduan di blog rakan2 je. Kali ni In Shaa Allah saya akan gunakan cara2 yg di ajarkan di kelas dngn sebaiknya. Terima kasih pada Mamazieza kerana berkongsi ilmu yg berguna pada kami semua. Izinkan Yatie kongsikan gambar2 yg sempat di ambil buat pengunjung blog Sinar Kehidupanku. Pada kawan2 yg nak menuntut ilmu meroti tu, bolehlah menghubungi Mamazieza ya.















Sunday, January 27, 2013

Anakanda Mohamad Talhah-When it is snow

Assalamualaikum.....Salam Sejahtera dan selamat berhujung minggu semua. Esok sambung cuti lagi sehari, tentu seronok berkumpul bersama keluarga tersayang. Bagi yg tak kemana2 tu, gunakanlah masa terluang dngn sebaiknya ya. Hari ni saja nak kongsikan bersama gambar kenangan indah anakanda Mohamad Talhah semasa musim salji di UK. Alahai seronoknya tngk gambar snow tu, tetiba teringat kenangan manis masa di US dulu. Masa snow kat US dulu saya belum pun ada blog, so takdelah gambar kenangan snow bersama keluarga di blog ni. Sebagai tanda kenangan di blog ni, jadilah gambar anakanda Talhah masa musim salju ni ya. Jomlah kita layan gambar2 yg sempat diambil ni. Bila tngk gambar2 ni jadi rindulah plk pada anakanda Talhah, moga anakanda sentiasa di bawah lindungan dan limpah rahmat Allah SWT. Aamiin..











Thursday, January 24, 2013

Kek Labu Manis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya nak kongsikan bersama resepi kek labu manis. Biasanya labu ni sedap di buat kuih bingka, kuih talam, puding ataupun di masak lemak. Kali ni saya cuba pula buat kek menggunakan labu. Rasanya sedap dan tetap moist je walau di biarkan seharian. Pada peminat labu tu, bolehlah cuba kek labu ni, mmng sedap sangat. Terima kasih pada Mat Gebu kerana berkongsi resepi mudah dan sedap ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Kawan2 juga boleh tngk di blog Amie juga, mmng gebu kek ni dan sangat sedap. Jom semak resepinya.




 BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 3 biji telur gred A
  • 1 cawan minyak jagung (nak sedap guna mentega cair)
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1/4 camca teh garam
  • 450 g labu, kupas kulit, kukus hingga lembut dan lecek halus
  • 2 1/2 cawan tepung gandum *
  • 1 camca teh soda bicarbinate*
  • 1/2 camca teh baking powder*
  • 1 1/2 camca besar susu tepung*(*digaul rata dan ayak)
 CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung sedikit tepung gandum dan ketuk keluar lebihan tepung. Panaskan oven pada suhu 160C (jika anda menggunakan tin bewarna hitam macam dalam gambar tu, kalau tin biasa panaskan pada suhu 175C).
  2. Dalam satu bekas, satukan telur, gula, garam, minyak(@mentega cair), labu manis lecek dan esen vanilla, kacau hingga semua rata dan sebati menggunakan whisk.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit ke dalam no 2. Kacau hingga semua sebati dan adunan tidah berbintil2. Tuang dalam tin yang telah disediakan tadi. Bakar selama 50 minit hingga 1 jam. Bergantung pada oven masing2.
  4. Bila kek masak (uji kek dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek telah masak) keluarkan dari oven dan biar kan sejuk 10 minit. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
  5. Boleh dihidangkan atau nak lagi sedap, simpan semalaman, kek akan menjadi lebih lembap dan lembut...Selamat mencuba untuk semua...

Tuesday, January 22, 2013

Donut Kentang Lagi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi sedap layan donut kentang yg sangat lembut ni, kena plk dngn teh O panas...perghhhhh mmng sedap betullah.  Ada yg terliur ke....alahai setakat donut je. Kalau ada yg terliur tu, pergilah dapur masing2 ya dan terus rebus kentang....bila dah sejuk kentang tu, lenyekkan dan bolehlah uli doh wat donut kentang ni. Sambil tngk tv tu, bolehlah menggentel tepung ni...mudah je kan. Pada yg berkerja tu, bolehlah buat malam ni sambil tngk tv....sok pagi bolehlah buat sarapan utk keluarga tersayang...

Terima kasih Ros berkongsi resepi donut kentang yg mudah dan sedap ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini sekali lagi ya. Donut kentang ni juga boleh lihat diSINI.




Bahan-Bahan
  • 500 gram tepung gandum
  • 200 gram kentang/ keledek yang telah direbus dan dilenyek
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit)
  • 200 ml air suam ~ Yatie uli doh guna tangan je, so masukkan air sikit2 ya 
  • 3 sudu besar marjerin/butter
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil yis
Caranya.
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
  2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..

Monday, January 21, 2013

Bawal Tumis Asam Lada Hitam

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bertemu kita di minggu baru dngn mood baru. Tuan rumah busy yg teramat sangat, jadi masak yg mudah2 je. Lama tak bersiaran kan, tapi takpelah, sekurang2nya ada juga peminat setia yg sudi berkunjung ke blog Sinar Kehidupanku. Terima kasih kawan2 semua, sokongan dari anda amat2 saya hargai. Resepi ikan ni mudah je, rasanya menu simple mcm inilah yg kerap saya masak masa baru berumahtangga dulu. Kebetulan suami suka masakan yg pedas2 masam, mmng kena betullah selera kami masa tu. Jadi pada adik2 di luar sana yg mahu bermesra2 dngn dapur tu, menu ini mmng sesuailah utk di cuba....mudah je, yg pasti ianya sedap sangat. Jomlah semak resepi mudah ni....



Bahan-Bahan
  • 4 ekor ikan bawal- sederhana besar- guna ikan lain pun boleh
  • 1 btng serai- di titik
  • Daun saderi/sup- dihiris halus
  • 1 sudu besar lada hitam-tumbuk, saya guna yg dah kisar kasar
  • 2 sudu besar asam jawa-bancuh bersama 1/2 cwn air
  • 2 sudu besar kicap jalen manis
  • Garam dan sedikit gula
  • Sedikit kunyit serbuk utk goreng ikan
  • Minyak secukupnya
  • 1 cawan air atau secukupnya
Bahan di hiris
  • 2 tangkai cili merah
  • 2 tangkai cili hijau
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
Cara-Cara
  1. Siang ikan, kelar permukaannya, cuci bersih dan toskan. Gaul ikan bawal bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga  masak. Angkat, toskan dan ketepikan dulu.
  2. Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali dan tumis bahan yg di hiris tadi, masukkan juga serai yg diketuk tadi. Tumis hingga naik bau.
  3. Setelah wangi, masukkan air asam jawa. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tambahkan sedikit air lagi jika perlu.(ikut selera masing2 ya nak kuah bnyk atau sikit)
  4. Masukkan ikan yg telah di goreng tadi dan gaul sebentar. Perasakan...sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan hidangkan.Taburkan bersama daun sup yg dihiris halus.
  5. Sedap di makan bersama nasi putih panas.

Wednesday, January 16, 2013

Kek Chiffon Durian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni sedap layan kek chiffon durian. Bagi peminat durian ni mmng suka apa2 yg berkaitan dngn durian. Pada yg tak suka tu, bolehlah tukar pada perisa kegemaran kawan2 ya. Kita buat dia, ikut jelah selera kita....takut bila dah buat takde sape pula nak makan, kan dah membazir tu. Resepi ni saya kopipes dari Amie, tngk kek chiffon Amie buat hati ni tak sabar nak mencubanya. Saya mmng suka segala macam kek chiffon berbanding kek yg menggunakan butter. Kek chiffon ni gebu dan lembut sangat, kalau makan tu tak cukup sepotong..mesti dan 2/3 potong baru puas. Maklumlah kek2 mcm ni mmng tak muak dan macam kapas je, sambil makan kek tu janganlah lupa secawan teh O panas ya...mmng asyik gitewwww. Pada peminat kek chiffon tu bolehlah mencuba resepi mudah ni, jom semak resepinya.




Bahan A:
  • 150 gram tepung gandum
  • 4 gram baking powder - (ayak tepung bersama baking powder & garam)
  • 100 gram gula kastor - boleh kurangkan jika tidak suka manis-Yatie letak 60gm je
  • 6 biji kuning telur - gred B (jika gred A gunakan 4 biji sahaja)
  • 40 gram minyak (jagung / canola / bunga matahari / zaitun dll)
  • 20ml susu segar
  • 1/2 sudu teh garam
Bahan B:
  • 6 biji putih telur
  • 100 gram gula kastor - boleh kurangkan jika tidak suka manis
  • 1 sudu teh krim tartar
Bahan C:
  • 200 gram isi durian yang dihancurkan / dihaluskan / dikisar
Cara:
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 175'-180'C.
  2. Pukul telur kuning bersama, gula kastor dan tepung (yang telah diayak) hingga sebati. (Boleh putar pada kelajuan minima selama 1 minit.) Kemudian masukkan minyak dan gaul seketika hingga minyak sebati.
  3. Gunakan bekas lain untuk memutar putih telur, gula kastor dan krim tartar. Putar pada kelajuan maksima dan pastikan bahan menjadi kental.
  4. Masukkan Bahan B yang telah diputar tadi sebanyak 1/3 bahagian dan gaul dengan Bahan A hingga sebati. Kemudian tambahkan lagi 2/3 bahagian selebihnya dan terus gaul hingga sekata.
  5. Jangan lupa masukkan dan gaul sebati Bahan C , isi durian yang telah dihancurkan ke dalam adunan tadi.
  6. Tin pembakar chiffon (chiffon cake mould) tidak perlu dilenser (ungreased) dengan minyak atau dialas dengan kertas. Tuangkan sahaja bahan adunan ke dalamnya.
  7. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 175' - 180'C selama 30-35 minit. (Tahap kepanasan sesebuah oven / ketuhar biasanya bergantung kepada jenis, penggunaan bahan api samasa gas atau elektrik)
  8. Untuk mengetahui isi kek telah masak atau sebaliknya, gunakan penyucuk (oleh kerana kek chiffon naik menggebu), eloklah gunakan penyucuk yang panjang seperti penyucuk lidi sate untuk memastikan keadaan sebenar kek. Jika lidi dalam keadaan bersih bermakna kek telah masak sepenuhnya. 
  9. Keluarkan kek dari oven dan telungkupkan tin pembakar chiffon (bersama isinya) sehingga sejuk.
    Gunakan spatula untuk menyisip bahagian tepi tin pembakar untuk memudahkan kek tanggal dengan sempurna.

Monday, January 14, 2013

Talam Sinar Pesona

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bertemu kita di minggu baru, moga semuanya baik2 saja. Hari ni saya nak kongsikan bersama resepi kuih talam yg sangat sedap. Macam biasalah, dah tuan rumah suka buat kuih2 mcm ni, jadi terciptalah idea utk buat kuih talam yg sedap dan mempesonakan bila di pandang. Bukan saja cantik di pandang tapi sedap bila di rasa. Rasa gabungan 3 perasa membuatkan kuih ini sungguh istimewa. Kalau kawan2 nak tau macamana rasanya tu, bolehlah mencubanya...mmng berbaloi...enak banget....ada rasa coklat, rasa pandan dan rasa labu..perghhhhh...mmng best...jomlah semak resepi mudah ni...kalau teringin tu, bolehlah cuba...                




Lapisan Tengah - Guna Loyang 10x10x2 @3
  • 1 cawan labu manis- yg sudah di parut/sagat halus
  • 1 1/2 cawan tepung beras*
  • 2 sudu besar rata tepung jagung*
  • 1 cawan santan pekat*
  • 2 cawan air*
  • 1/2 cawan gula castor*
  • 1/2 sudu kecil garam*
Cara- Caranya
  1. Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis  dan masak hingga naik wap, Sentiasalah di kacau guna whisk dan guna api sederhana je dlm 5 minit - tutup api.
  2. Masukkan labu yg di parut tadi dan kacau rata. Ketepikan dulu.
Lapisan Atas dan Bawah.
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar rata tepung jagung
  • 1 cawan gula halus
  • 3 biji telur
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • pewarna hijau dan perisa pandan
  • pewarna coklat dan coklat emulco
Cara- Caranya
  1. Bancuh semua bahan, kecuali perisa dan pewarna. Tapis semua bahan ke dlm periuk & masak hingga naik wap. Hendaklah sentiasa di kacau guna whisk dan guna api sederhana je dlm 5 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak. Satu bahagian letak pewarna hijau dan perisa pandan, manakala satu bahagian lagi letak pewarna coklat/ coklat emulco. Gaul sebati. Ketepikan.
Cara Melapis dan Memasak Kuih.
  1. Panaskan kukusan. Alaskan loyang dngn plastik dan sapu rata sekeliling loyang dngn sedikit minyak.
  2. Tuangkan adunan hijau dan kukus dlm 10 minit.
  3. Cakar2kan sedikit permukaannya dan tuangkan adunan tengah dan kukus selama 15 minit.
  4. Tuangkan pula adunan coklat dan kukus selama 20 minit.
  5. Setelah siap, angkat dan biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik. 
** Pastikan setiap lapisan tidak terdapat air di permukaannya. Sekiranya ada, sengetkan loyang dan buangkan airnya guna sudu/ kitchen towel, barulah tuang adunan seterusnya dan kukus spt masa yg di kehendaki. Ini bagi mengelakkan kuih lembik dan tak cantik setiap lapisan. Selamat Mencuba.

Friday, January 11, 2013

Sambal Siakap Ala2 Tiga Rasa

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu simple tapi laku sangat kat rumah ni. Biasa kalau masak tiga rasa kuahnya sikit je. Kali ni saya masak ikan bersambal ala2  tiga rasa. Kita buat dia....yg penting sedap dan kena dngn selera keluarga. Resepi ni utk 1 ekor ikan tapi saya masak 2 ekor, jadi kenalah gandakan rempahnya ya. Malam nnti takyah masak lagi, sekor utk siang dan sekor lagi utk malam...mudahkan. Maklumlah bila sekolah ni, terkejar2 je buat kerja..semuanya nak cepat...mana nak hantar anak, nak ambil lagi...so layan jelah menu2 ringkas ni. Jom semak resepi mudah ni..sambal siakap ala2 tiga rasa gitewwww...




 Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan siakap sederhana besar
  • 1 sudu besar sos ikan/nampla
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 keping nenas - dipotong dadu (saya guna dlm tin je)
  • 1 biji tomato- di potong dadu
  • 1/2 btng timun - dipotong dadu 
  • sedikit garam dan gula secukup rasa 
 Bahan Kisar

  • 3 ulas bawang putih
  • 1labu bwng besar
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 cawan cili kisar 
Cara-Cara
  1. Ikan di bersihkan, kelar2kan sikit, cuci dan toskan. Gaulkan dngn sedikit garam dan kunyit. Goreng garing. Angkat dan toskan, letak dlm pinggan yg sesuai.
  2. Tumiskan bahan2 kisar sehingga terbit minyak. Masukkan sos tomato, sos cili, sos ikan, sos tiram dan gaul rata.
  3.  Masukkan sedikit air. Masukkan nenas, tomato dan timun yg dipotong dadu. Gaul rata.
  4. Masukkan sedikit garam dan gula. Perasakan, sekiranya dah cukup masam manisnya bolehlah tutup api. Tuangkan kuah sambal tadi ke atas ikan siakap yg telah di goreng tadi.

Thursday, January 10, 2013

Kuih Dadar/ Gulung/Ketayap Inti Durian

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni buat kuih ketayap/dadar/gulung gara2 nak habiskan inti kelapa durian yg saya buat semalam. Masa tu buat dlm 2 biji kelapa, mmng sedang elok je utk kuih dadar ni pulak. Sejak2 ni sedap pulak makan menu berkaitan durian, maklumlah dah nak habis musim, nnti dah tak musim mencarilah pulak durian ni. Resepi ni mcm biasa je, boleh juga rujuk diSINI, kalau rajin tu bolehlah letak warna yg lain bagi ceria sikit. Kali ni nak cepat, buat warna hijau je...lagipun warna hijau je yg sangat laku kat rumah ni..jomlah semak resepi mudah ni, sambil taip ni sambil makan kuih gulung inti durian ni..perghhhh sedap betullah..



 Utk Inti Kelapa Durian

  • 1 biji kelapa- parut putih je
  • 1/2 cwn gula merah/gula melaka 
  • 3 sudu besar gula pasir(manis ikut suka)
  • 3 sudu besar lempuk durian- boleh guna isi durian juga
  • 2 helai daun pandan di simpul
  • sedikit air utk masak gula merah/melaka dan gula pasir- tapiskan

Cara-cara

  1. Satukan gula merah bersama sedikit air panas. Gaul rata dan tapiskan. Ketepikan dulu.
  2. Dalam kuali masukkan kelapa parut putih, gula pasir dan secubit garam. Gaul rata.
  3. Masukkan air gula merah/melaka tadi dan gaul rata. Masukkan daun pandan yg di simpul dan masukkan sekali lempuk/isi durian. 
  4. Guna api sederhana dan gaul rata sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan dan masak sehingga sedikit kering.
  5. Angkat dan keluakan daun pandan tadi. Sejukkan dan bolehlah di buat inti kuih.
Bahan-bahan.

  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil pewarna hijau 
  • 1 sudu kecil pes pandan
  • 2 cwn air
  • 1 cwn susu segar/santan
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • minyak utk oles pada kuali/non stick pan
 Cara-cara
  1. Gaul tepung,susu/santan,air,telur dan garam. Letak 1 sb minyak masak dan gaul sebati menggunakan whisk atau senang di blend terus.
  2. Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk dihidang.

Wednesday, January 9, 2013

Pulut Kukus Inti Kelapa Durian

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni layan pulut kukus inti kelapa durian mmng sedap. Sebenarnya buat inti ni malam tadi, petang ni barulah sempat mengukus pulutnya, jadi bolehlah menikmatinya petang2 ni. Kalau nak lagi sedap bungkus dlm daun pisang, tapi kat rumah ni takde stok daun pisang, so cetak jelah dngn bekas lompang supaya menarik sikit. Bila nak tambah tu, ambil jelah kat loyang...hahhhh kan senang. Oklah pada peminat pulut inti durian tu, bolehlah cuba menu ringkas ni. Walau ringkas tapi enak banget. Jom semak resepi sempoi ni....



 Bahan Pulut Kukus
  • 2 cawan beras pulut
  • 100 ml santan pekat
  • 300ml air
  • 1 sudu kecil garam
Cara Kukus Pulut
  1. Beras pulut di cuci bersih dan rendamkan dlm 3 jam. Setelah itu cuci lagi dan toskan.
  2. Masukkan pulut dlm loyang bersama santan pekat, air dan sedikit garam.
  3. Gaul rata dan kukus dlm 20 minit.
  4. Angkat dan gaulkan perlahan guna chopstik. Bila dan sebati semuanya kukus lagi dlm 10 minit. Angkat dan sejukkan. Bolehlah di makan bersama inti kelapa durian.
  5.  Kalau ada daun pisang bolehlah bungkus pulut bersama inti durian.
Utk Inti Kelapa Durian
  • 1 biji kelapa parut putih je
  • 1/2 cwn gula merah/gula melaka 
  • 3 sudu besar gula pasir(manis ikut suka)
  • 3 sudu besar lempuk durian- boleh guna isi durian juga
  • 2 helai daun pandan di simpul
  • sedikit air utk masak gula merah/melaka dan gula pasir- tapiskan

Cara-cara

  1. Satukan gula merah bersama sedikit air panas. Gaul rata dan tapiskan. Ketepikan dulu.
  2. Dalam kuali masukkan kelapa parut putih, gula pasir dan secubit garam. Gaul rata.
  3. Masukkan air gula merah/melaka tadi dan gaul rata. Masukkan daun pandan yg di simpul dan masukkan sekali lempuk/isi durian. 
  4. Guna api sederhana dan gaul rata sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan dan masak sehingga sedikit kering.
  5. Angkat dan keluakan daun pandan tadi. Sejukkan dan bolehlah di makan bersama dngn pulut kukus tadi. Boleh juga di buat inti kuih.

Sotong Masak Kicap Lada Hitam


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu kicap kegemaran Hamka lagi. Sebenarnya kami sekeluarga tak kisah pun masak apa, semuanya ok. Sejak2 ni je Hamka suka sangat menu yg berkaitan kicap....berselera betul dia makan. Sebelum ni, menu kicaplah dia tak suka sbb kelihatan gelap dan tak menarik katanya. Hahhhhhh.....sekarang baru tau Hamka, hitam bukan sebarang hitam tau....hitam tulah yg menawan dan memikat selera.

Resepi ni ringkas tapi sedap sangat, cuma saya tambahkan kicap pekat. Terima kasih K.Liza berkongsi resepi mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Terima kasih juga pada Kak Ummi sbb Yatie kopipes dari blog akak ni.


Bahan:-Bahan
  • 500 gm sotong sederhana besar 
  • 1 labu bawang besar (dipotong gelang)
  • 3 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar kicap pekat-Yatie tambah
  • 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 1 pokok daun bawang
  • 1 biji tomato - dibelah 6
  • Garam secukup rasa (optional, kerana sos lada hitam sudah masin)
Bahan Tumis:-
  • 3 ulas bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 tangkai cili merah - dihiris serong
  • 1 tangkai cili hijau- dihiris serong
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan bahan tumis hingga layu.
  2. Masukkan lada hitam, bawang besar dan sos lada hitam, kacau sebentar.
  3. Masukkan sotong dan biarkan masak sekejap sambil dibalik-balikkan.
  4. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Tutup api dan taburkan daun bawang. Siap untuk hidangan.

Monday, January 7, 2013

Durian Butter Cake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni menu durian lagi, selagi tak habis stok durian, selagi tulah menu berkaitan dngn durian je. Pada peminat durian tu, mmng sukalah apa2 yg berkaitan dngn durian, pada yg tidak tu..haishhhh dok diam2 jelah ya...tengok je..takyah komen2...he3..

Sebenarnya buat kek ni masa sabtu lepas. Biasalah bila cuti, barulah masak mcm2..lagipun bila ada tetamu dtng mengejut tu....adalah kek sebagai penyelamat..tak gitewww. Kek ni sedap mcm butter cake, cuma ada rasa durian..tu yg terasa lemak berkrim tu. Pada peminat durian tu, bolehlah cuba resepi kek ni...mmng sedap. Terima kasih AlongRoz berkongsi resepi yg best ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya.




Bahan-Bahan
  • 250 gm butter
  • 200 gm gula halus
  • 4 biji telur
  • 300 gm Isi durian*
  • 4 sudu besar Susu Segar* (* blend halus)
  • 240 gm tepung naik sendiri**
  • 1 sudu besar tepung jagung**
  • 1/4 sudu kecil garam** (** campurkan dan ayakkan)
Cara-Cara
  1. Pukul butter & gula sehingga gebu & putih.
  2. Masukkan telur satu persatu sambil di pukul lagi.
    Masukkan campuran tepung** sedikit demi sedikit selang seli dngn susu segar. 
  3. Gaul rata . Lenserkan loyang dngn butter.
  4. Tuang adunan dlm loyang dan bakar pd suhu 180C selama 40-45 minit sehingga masak.