Wednesday, October 19, 2011

Kari Ayam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni masak lauk kari ayam je. Bila musin hujan ni mmng sesuai sangatlah masak kari, tak kiralah guna ayam, ikan ataupun daging...mmng sedap sangat. Lebih sedap lagi di makan bersama roti putih, tu pun kalau malaslah. Kalau ada kerajinan bolehlah menebar roti canai ke atau pergi menjala ke...eehhh silap, wat roti jala ke...tak pun buat roti arab ke....roti puri pun boleh gak....ahaaaa lempeng pekak pun lagi sodappppp. Uishhhh....terus terliur di buatnya. Bila dah ada kuah kari ni, siaplah petang ni dah berangan nak buat macam2 utk layan tekak ni. Kita tunggu jelahhhhh yaaa.....

Ok kali ni saya masak ikut resepi Mat Gebu. Selalau masak kari main campak2 je, sodapppp gak. Hari ni saje je nak buat kelainan....sedap dan harum pulak bila di tambah sedikit minyak sapi masa menumis. Kalau tak caya..bolehlah cuba. Terima kasih Che Mat kerana berkongsi resepi yg mudah ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya....biar anak akak M.Talhah cuba resepi dari Che Mat pula. Buat pengetahuan Mat, anak akak teruja nak masak mcm2 seperti yg Mat masak tu. Entah2 nak jadi mcm Mat Gebu gak tak...pandai masak macam2....terima kasih sekali lagi. Jom kita semak resepinya...



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 ekor ayam pencen (kalau nak sedap guna ayam kampung, Yatie guna ayam bandar je..)
  • 4 biji kentang
  • 3/4 senduk makan cili kisar (ikut pedas)
  • 2 1/2 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna jenama Baba's)
  • 1 keping asam gelugor
  • 1/2 inci lengkuas, dititik
  • 300 ml pati santan
  • 1 liter santan cair
  • Air panas secukupnya
  • 1/2 camca besar minyak sapi
  • 1/2 cawan minyak utk menumis
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 14 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia tua
  • Secubit belacan (optional)
  • 2 biji buah keras
  • 1/2 inci kunyit hidup
BAHAN TUMIS :-)
  • 2 pelepah daun kari, dilurut
  • 4 biji bawang merah, hiris halus
  • 2 ulas bawang putih, hiris halus
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dipotong kepada 12 - 14 bahagian (ikut besar ayam), buang kulit, cuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 2 setiap biji dan rendam. Bancuh rempah kari dengan bahan kisar halus, gaul rata2. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan minyak sapi. Tumis bahan tumis hingga harum, masukkan bahan kisar + rempah kari tadi dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga garing dan terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu.
  3. Masukkan ayam, gaul rata dan biar ayam kecut. Tuang santan cair, dan tambah sedikit air panas hingga ayam tenggelam. Masak hingga mendidih dan kecilkan api, masak hingga 3/4 empuk.
  4. Masukkan kentang (toskan), dan masak hingga kentang empuk (jika kering, tambah air panas). Tamah asam gelugor, santan pekat dan perasakan dengan garam secukup rasa dan secubit gula. Masak dengan api sederhana sambil dikacau. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau ketupat.

15 comments:

  1. salam kenal k.yatie..
    yna suka lah tengok kari ni pekat likat jer..

    ReplyDelete
  2. hehe kalau kari ayam insyllh kaloi past kekek

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..kari ayam pun sedap...

    ReplyDelete
  4. kak yatie, memang menyelerakan tul kari akak ni ishhh mau bertambah nasi kalau nieza ngadap kari ni..hehe

    bertuah akak tgk anak bujang semakin pandai memasak tu...baru ler maknya happy selalu kan..:)

    ReplyDelete
  5. salam kak yatie...esok kita buat lempeng pekak yea, makan sama kuah kari..amacam?

    ReplyDelete
  6. Baru sempat singgah memalam ni....he he...betul ckp mat gebu tu...buat lempeng ...cecah ngan kari ni...mesti sedapppp...tak pun cecah roti je pun boleh kan...:D

    ReplyDelete
  7. @aNaYaNa
    terima kasih Yana, mmng sedap sesekali makan lauk kari ayam...bila teringin tu,bolehlah cuba..

    ReplyDelete
  8. @nurkaloi
    pasti kekek apa tu, akak tak fahamlah..sowwyyyy..

    ReplyDelete
  9. @Salina@IbuAqil
    mekaceh..kalau teringin tu, bolehlah cuba resepi ni..sedap taw..

    ReplyDelete
  10. @fieza
    sesekali lauk kari ayam mmng sedapkan..

    ReplyDelete
  11. @Nieza
    syukur alhamdulilah anak bujang akak makin rajin cuba pelbagai masakan..dok merantau ni mmng kena bedikari...mmng sedap kari ayam ni..

    ReplyDelete
  12. @Mat Gebu
    wkmsalam, boleh je Che Mat..akak mmng dah plan nak wat lempeng pekak tu....sedapkan lawan dngn kuah kari ni...

    ReplyDelete
  13. @cik cek
    mmng sedapkan makan dngn lempeng..kalau malas cicah je dngn roti putih..layannnnnn...

    ReplyDelete
  14. lengkuas tu.. letek masa bila?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails