Bahan A:
- 150 gram tepung gandum
- 4 gram baking powder - (ayak tepung bersama baking powder & garam)
- 100 gram gula kastor - boleh kurangkan jika tidak suka manis-Yatie letak 60gm je
- 6 biji kuning telur - gred B (jika gred A gunakan 4 biji sahaja)
- 40 gram minyak (jagung / canola / bunga matahari / zaitun dll)
- 20ml susu segar
- 1/2 sudu teh garam
- 6 biji putih telur
- 100 gram gula kastor - boleh kurangkan jika tidak suka manis
- 1 sudu teh krim tartar
- 200 gram isi durian yang dihancurkan / dihaluskan / dikisar
- Panaskan ketuhar pada suhu 175'-180'C.
- Pukul telur kuning bersama, gula kastor dan tepung (yang telah diayak) hingga sebati. (Boleh putar pada kelajuan minima selama 1 minit.) Kemudian masukkan minyak dan gaul seketika hingga minyak sebati.
- Gunakan bekas lain untuk memutar putih telur, gula kastor dan krim tartar. Putar pada kelajuan maksima dan pastikan bahan menjadi kental.
- Masukkan Bahan B yang telah diputar tadi sebanyak 1/3 bahagian dan gaul dengan Bahan A hingga sebati. Kemudian tambahkan lagi 2/3 bahagian selebihnya dan terus gaul hingga sekata.
- Jangan lupa masukkan dan gaul sebati Bahan C , isi durian yang telah dihancurkan ke dalam adunan tadi.
- Tin pembakar chiffon (chiffon cake mould) tidak perlu dilenser (ungreased) dengan minyak atau dialas dengan kertas. Tuangkan sahaja bahan adunan ke dalamnya.
- Bakar di dalam ketuhar bersuhu 175' - 180'C selama 30-35 minit. (Tahap kepanasan sesebuah oven / ketuhar biasanya bergantung kepada jenis, penggunaan bahan api samasa gas atau elektrik)
- Untuk mengetahui isi kek telah masak atau sebaliknya, gunakan penyucuk (oleh kerana kek chiffon naik menggebu), eloklah gunakan penyucuk yang panjang seperti penyucuk lidi sate untuk memastikan keadaan sebenar kek. Jika lidi dalam keadaan bersih bermakna kek telah masak sepenuhnya.
- Keluarkan kek dari oven dan telungkupkan tin pembakar chiffon (bersama isinya) sehingga sejuk.
Gunakan spatula untuk menyisip bahagian tepi tin pembakar untuk memudahkan kek tanggal dengan sempurna.
Gebunyaaa... nak secubit!
ReplyDeleteWah! terasa durian nya di tekak ni kak yatie... saya ni peminat durian.. boleh lah saya kopipes pulak resepi ni :D
ReplyDeletegebunya kek cipon...
ReplyDeleteAs'salam Yatie
ReplyDeletechiffon cake memang suka selamanya..nampak lembut aje. Tapi tang durian tu emm.. hihihi
Wallla Tie... kalau tak hingat dunia memang setengah loyang kumakan kek ni, tapi terpaksalah ingat orang belakang (anak-anak) he he heh... ngam tu kalau makan mesti sedia teh O panas! Terima kasih sudi cuba resepi tu!
ReplyDeletemesti semerbak bau durian,owh, sedapnyerrr...
ReplyDeletemmmmm kak!!.. bau sifon duren sampei ke sini..njaluk sitik..
ReplyDeletesedapnye..sy pon suke kek cipon..gebusssss masuk mulut...doyan belen mengrepe ade lg seulas dua dlm fridge.lehla cube nnti klo qajen..hehe..tq k yati
ReplyDeleteAskmum Yatie
ReplyDeletekek chiffon itu nampak lembut sekali.....dg perasa durian pasti sedap buat minum ptg dg secawan teh panas...
salam ziarah kak yatie
ReplyDeletebelum pernah makan lagi kek ni...
Bestnye..ct beli kek chifon durian kat klcc je..sbb ct je yg mkn!!! Kalu dkat umah bleh mintak sepinggan..hahaha tamak kan
ReplyDelete