Friday, August 12, 2011

Apam Salju


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni terasa letih dan mengantuk je. Kalau di layan ngantuk ni....hai tak jadi nak buat apa2...dapur pun tak berasap. Maklumlah smlm ada majlis berbuka puasa di tempat kerja suami, hari ni pun ada juga...jadi saya pun cutilah masak2. Bila malam barulah sambung masak utk juadah bersahur pula. Walau berbuka di luar, tapi saya ada juga menyediakan kuih utk di bawa bersama. Kuih ni mudah je, kuih apam beras/ apam salju/apam tukaz/ apam nasi. Rupa dan rasa kuih ni sama je cuma nama je berlainan...yg penting rasanya sedap. Saya juga buat bingka roti jagung dan resepinya boleh di lihat di SINI.



Bahan-bahannya.
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

13 comments:

  1. kalau lah kita dekat, ayu minta kak yatie buatkan 10 jenis kuih muih tau..

    sure2 laku.. cepat ajer habis.. nampak menyelerakan

    ReplyDelete
  2. jika diikutkan hati mati hehe mau tido je ni..dah lama tak buat apam..belum ada mood lagi ni..selamat berpuasa dan berbuka ya.

    ReplyDelete
  3. apam ni kegemaran mak lina :) nampak menarik

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum akak...
    cantiknya warna2 dia.. sukanyaaa tgk... nama nya pun cantik apam salju... x perna lg buat sebenarnya... nampak sedaaapp

    ReplyDelete
  5. lama dah mas tak mengapam..
    sedappnya tengok apam tu..
    cantik warna warni..

    ReplyDelete
  6. Sedapnya...yati leh tempah? hehehe

    ReplyDelete
  7. lawa lah kala oren gan ijauuu ..
    hijau tu anak bongsu yatie la punyaaa tuuuuu
    kala kesukaan dia.. tapi yg oren tu mak long ilah punya tauuu kala kesukaan mak long..

    ReplyDelete
  8. salam k.yatie...mata dah ngatuk sgt ni...singgah juga umah akak coz lama x dtg sini...comei2 apam akak...

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum kak Yatie, pekaba? salam Ramadhan..comel kuih akak tu...tapi Fie tak pernah buat lagi kuih apam ni..nanti kalau ada masa nak cuba buat..thanks kongsi resepi kat sini..

    ReplyDelete
  10. kak yatie lawanya apam tu ada warna warni.. hihiihi nanti iboleh try resepi ni

    ReplyDelete
  11. Sedapnya apam tu Yati...peberet anak2 Liza tu, tiap kali nak buat mst kena tanya nak kaler aper..

    ReplyDelete
  12. resepi yg simple dan sdp...sy dah buat!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails