Wednesday, November 28, 2012

Durian Crepes With Custard Filling

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Waduhhhhh sana sini tayang durian crepes, mmng terliur betullah. Musim durian ni mmng sesuai sangatlah menu yg di kongsikan rakan2 blog masakan berkaitan dngn durian. Bagi peminat durian mmng sukalah apa2 yg berkaitan durian, bagi yg tidak tu....jngnlah mencebik muka tanda tak suka ya. Lebih baik kita diam dari bercakap yg tak sepatutnya, maklumlah ini kan makanan..rezeki tu, jngn di komen lebih2 ya....

Oklah, sebenarnya lama dah teringin nak buat dan merasa durian crepes ni. Masa durian ada, non dairy whip cream nya yg takde. Puas cari kat pasaraya, mmng tak jumpa2, hinggalah hari ni jumpa dan beli di kedai bakery. Bila dah beli tu, hai tak sabar2 nak cuba buat. Dalam kepala dok binggung pula nak guna resepi yg mana satu, hinggalah saya buat arini guna resepi KakWan yg mmng pakar dlm masakan dan hiasan. Tak sangka bila pertama kali buat je menjadi dan rasanya...wallahhhhhh mmng sedap betullah. Lebih sedap lagi di makan sejuk.

Resepi juga ada di blog Izah yg mmng pakar membuat Durian crepes ni, dah ambil tempahan yg tak putus2 lagi. Terima kasih Izah melayan akak di talipon, walau sibuk Izah sempat berkongsi resepi dan petua membuat durian crepes ni. Moga bertambah2 murah rezeki...

Resepi ni juga ada di blog Ita Masam Manis. Kalau singgah blog Ita ni, mmng buat kita tak kelip2 mata dngn gambar masakan beliau. Kalau boleh nak ngappp je menu yg disediakan, mmng terliur dibuatnya. Terima kasih juga buat Ita berkongsi resepi durian crepes ni. Izinkan Yatie kongsikan cara2 buat crepes di sini ya.





Bahan-bahan- Adunan Crepes
  • 30 gm tepung Hong Kong/tpng gandum-Yatie guna 4 sudu besar rata
  • 30 gm tepung kastard- Yatie guna 4 sudu besar rata
  • 20 gm tepung jagung- Yatie guna 2 sudu besar rata
  • 20 gm tepung ubi- Yatie guna 2 sudu besar rata
  • 20 gm tepung kentang/ tepung sagu/ tpng hoon kwee - Yatie guna 2 sudu besar rata
  • 3 biji telur
  • 1/4 sudu teh garam
  • 250 ml susu cair- suhu bilik
  • 1 sudu besar mentega cair/minyak masak
  • Pewarna kuning- optional
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan adunan dadar, kacau rata dan tapis. Rehatkan selama 20 minit. Adunan yang agak cair hasilkan dadar yang tipis.
  2. Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, sapukan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu.
  3. Ambil satu senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali ke kiri dan kanan hingga mendapat dadar yang nipis. Masak hingga atasnya mengering. Tidak perlu diterbalikkan.
  4. Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis.
  5. Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
  6. Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh ditindih satu persatu
Inti Kastard Durian
  • 250 ml susu cair
  • 1 1/2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 biji kuning telur
  • 150 gm isi durian
  • Non-dairy whip cream -secukupnya
Cara-cara
  1. Satuan semua bahan kastard, kisar sebentar hingga isi durian hancur. Kemudian tapis ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan hingga menjadi kental. Sejukkan dulu.
  2. Simpan dalam peti sejuk sebelum diisi kedalam dadar/ crepe bersama whip cream.
Ambil 1 cwn/ 250ml non dairy whip cream dan pukul hingga kental.
Kemudian campurkan ke dlm krim kastard durian kita tadi.
Kaup balik hingga adunan sebati. Jika adunan berketul, masukkan dlm mixer dan pukul sekejap je anggaran ia sebati dan kental.
Masukkan dlm bekas dan simpan dlm petiais sementara menyediakan crepe.

Cara Penyediaan
  • Kepingan crepe ~ secukupnya
  • Krim Kastard ~ secukupnya
  • Isi durian ~ secukupnya
  1. Letakkan sekeping crepe
  2. Letakkan krim kastard di atasnya
  3. Kemudian letakkan isi durian
  4. Tutup kembali denga krim kastard
  5. Lipat seperti kita melipat sampul surat/ kuih lepat.
  6. Buat sehingga habis Simpan dalam peti ais dan sangat sedap di makan dingin

28 comments:

  1. salam kak Yatie...kalau Akak post awal entry ni, tentu saya dah copy foto durian crepe ni...InsyaAllah esok saya akan merasa durian crepe ni. Dah pesan Kat rakan sekerja.

    ReplyDelete
  2. sana sini ada entri pasal crepe ni. hehe

    ReplyDelete
  3. oh mak aihh kak yatie dah wat..teruja plak zila tgk eh..

    ReplyDelete
  4. Cantiknya rupa Dc yatie ni,akak belum pernah makan lagi.Bak seketul akak rasa.

    ReplyDelete
  5. Saya pun guna resepi k.wan..tapi kulit crepes tertebal lak..huhu..kena cuba lg pasni..:)

    ReplyDelete
  6. meleleh air liuq pegagi gini tgk kak yati punye DC. Sib baik dah dapat makan hb belikan. Belum sempat nak cuba lagi. Tp mmg teringin nak cuba. Nak tau cara membuatnya..

    ReplyDelete
  7. saya buat guna resepi yg guna satu tepung dan 500ml santan tu je..tp igt dah nipis dah crepe bila melipat rasa cam tebal jugak..kak yatie guna pan berapa cm ye?mungkin pan saya agak kecil kot..nampak besar crepe akak buat neh.

    ReplyDelete
  8. Assallamualaikum kak Yatie..

    hehehe...nilah yg akak dok kunyah2 dan menikmati kesedapannya depan lappy malam tadi yer..
    Naz tak terbuat2 lg durian crepe ni. Org dok buat sana sini, Naz cuci2 mata je... Resepi lak dah macam2 yg keluar. pakai 1, 2,3,4, 5, 6 jenis tepung..macam2 ada.. Minta akak nyer dululah.. Ada lagi tak?

    ReplyDelete
  9. Salam..emmm menggoda dan terguda..Bilalah turn saya pulak...Kak Yatie,minta tolong hembuskan sikit angin kerajianan kat saya untuk mendadar ni...

    ReplyDelete
  10. Salam Yatie. Wahh dah merebak ke sini crepe durian ni ye. Cantik yatie buat crepe tu, licin je.

    ReplyDelete
  11. Asslmkum Kak Yatie..
    Huuuu..Doyan Crepe. Bau ja sampai sini kak. Sana sini DC..Nampaknya kena buat juga ni. (^_^)

    ReplyDelete
  12. Salam kak Atie..Crepe durian mmg popular sgt sekrg ni..insyallah ada kesempatan nnt nk cuba juga..

    ReplyDelete
  13. skrg mmg trend Durian Crepe. Tp KC dulu2 dah makan. Masa tu Sweet Chat ada jual, kiosk2 depan GSC 1U ada jual. Pastu KC beli kat Petit Delica, dia jual online kat FB. Skrg musim durian, durian tgh murah. Mmg patut buat sendiri. Tp Kc malas. hihi.

    ReplyDelete
  14. Assalam yatie cayang...buatkan tuk akak eh...xmo durian, nak custard jek...cantik crepes Yatie tu...kemas jek... adeeii sabauu jek la tengok.. :)

    ReplyDelete
  15. wuhuuuu tengok gambar kekuningan tu,
    slurrrrppppp....

    ReplyDelete
  16. Wah warna durian crepe akak sungguh menyerlah.. Tentu anak2 akak suka..
    Ramai yang buat entri pasal DC... Hari tu sempat juga menjamah DC, tapi Nur beli dari rakan.

    ReplyDelete
  17. wow..

    mmg tgh hangat crepe..

    ayu nak boh blueberry pasti lg sedap

    ReplyDelete
  18. Assalam yatie, walaweh..ramai juga yang dahmencuba buat dc ni..rata2 ramai juga dah cuba makan dan buat,,kita ni masih tak terpanggil lagi nak buat sebab tak makan durian bila dimasak atau dibuat kuih..cuma makan durian fresh aje..hehe..kalau letak inti lain mungkin juga kot..cantik Dc Yatie ni... ..Congratslah juga sebab dah cuba..:)

    ReplyDelete
  19. Salam kak yatie.. mana lagi sedap, wat filling kastad atau filling durian fresh yer kak?

    ReplyDelete
  20. Nampak cantik crepenya.

    ReplyDelete
  21. camne nk kenal whipping cream yg btul2 mnjadi cream dan whipping cream yg bila diputar makin cair plak jd nyer....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails