Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pertama sekali saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada kaum keluarga, pengunjung2 setia blog Sinar Kehidupanku, rakan2 di FB juga rakan2 di alam nyata kerana ucapan tahniah yg tak putus2 sempena kejayaan anak saya Seri Irdina dlm UPSR 2012. Syukur Alhamdulillah rezeki berpihak kepada kami. Moga kejayaan setiasa mengiringi kami sekeluarga di masa2 akan datang. Tahniah juga pada anak2 yg berjaya di luar sana. Sesungguhnya kejayaan ini takkan di capai tanpa usaha yg gigih dari anak2, keperihatinan dari ibu bapa dan guru juga di iringi dngn doa dan tawakkal.
Sebenarnya kek ni saya buat malam semalam. Dalam menanti penuh debar, saya bersungguh2 menyiapkan kek utk Dina. Sebenarnya sejak ulangtahun kelahirannya lagi pada
25.8.2012, nak buat kek ni, tapi tak sempat sbb masa tu kami bercuti ke Kedah. Balik dari Kedah masih beraya sana sini, makinlah malas nak buat. Sampailah Dina nak ambil UPSR pada 11,12 dan 13 sept. Masa tu hati lagilah..tak boleh di ganggu, nak buat apa serba tak kena. Hanya mampu pantau Dina belajar dan sentiasa berdoa utk kesejahteraannya masa menghadapi exam. Dalam hati sentiasa berbisik utk buatkan kek permintaannya juga.
Bila cuti persekolahan bermula, sekali lagi anak2 bersuara utk makan kek yg mamaNya buat. Waduhhhh..sekali lagi kena fikir balik pasal kek. Saya ni bukannya takmo buat, cuma tangan ni tak berseni utk deco2 kek, tu yg tak terbuat2 tu...dah tu kek pelangi yg dimintanya. Sehinggalah malam semalam, saya tiba2 bersemangat utk menyiapkan sebiji kek permintaan anak2. Kek yg diminta adalah RAINBOW CAKE. Sana sini mama cari resepi yg mudah dan cuba sedaya upaya deco yg simple mimple je. Last sekali siap tulis 5A dngn confident lagi. Dalam hati berbisik, mudah2an anak saya Seri Irdina berjaya dlm UPSR.
Bila pagi semalam, hati berdebar balik nak tunggu keputusan. Bila tngk kek pelangi ni kat petiais, jadi semangat dan yakinlah pulak. Saya pun melangkah pergi kesekolah dngn hati yg tenang dan terima segala ketentuannya. Syukur Alhamdulillah, apa yg dihajatkan dimakbulkan Allah SWT. Syukur padamu Ya Allah.
Begitulah kisah terhasilnya Rainbow Cake yg tak seberapa ni tapi cukup menghiburkan kami sekeluarga. Bila dah potong kek ni.....WOW...itulah perkataan pertama dari anak2 sbb ceria seindah pelangi kek ni. Ungkapan terima kasih pada mamaNya berulang2 kali tanda kegembiraan dan penuh kesyukuran.
Jomlah semak resepi mudah tetapi mengambil masa yg lama sikit utk penyediaannya. Maklumlah, kena bakar 3 kali guna 2 loyang yg sama. Dah sejuk keknya, barulah deco2 kek bersama anak2. Bila dah siap dan di rasa....alangkan nikmat dan sedapnya. Kalau nak rasa tu, kenalah cuba..
Saya guna resepi di blog
Juwita, dan menurut Ita resepi ni diambil dari blog
Azlita dan menurut resepi asal di perolehi dari
Whisk Kid. Terima kasih pada penyumbang resepi...mmng sedap kek ni.
Bahan-bahan
- 3 cwn tepung gandum
- 4 sdk baking powder
- 1/2 sdk garam
- 1 cwn butter ~ suhu bilik
- 2 cwn gula castor ~ ita guna 1 3/4
- 5 biji putih telor ~ suhu bilik
- 2 sdk esen vanila
1
- 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
- pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau
Cara-cara
- Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang.
- Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. sapukan juga baking paper dengan butter.
- Panaskan oven pada suhu 170C.
- Ayakkan tepung, baking powder dan garam ~ ketepikan.
- Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan.
- Masukkan esen vanila
- Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
- Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
- *Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung
- Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan *timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar
- Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
- Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.
- Bila dah masak letak atas redai
- Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
- Kemudian boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
- *Jangan tindih2 kan kek bersama-sama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.
Untuk Cream Cheese Frosting
Bahan
- 250 g cream cheese
- 120 g gula
- 120 g butter
Cara-cara
- Pukul semua bahan dengan mixer sehingga ringan dan gebu.
- Sedia untuk digunakan.
- Untuk melapis.
- Mulakan dengan satu lapis kek mengikut warna kegemaran.
- Sapu sedikit cream cheese diatasnya dan ratakan.
- Dengan menggunakan pengayak ayak serbuk coklat siatas laisan cream cheese tadi.
- Letak lapisan kek yang berwarna lain pula diatasnya dan ulang stepa ini hingga habis.
- Setelah lapisan yang terakhir jangan ayakkan serbuk coklat sebaliknya buat lapisan cheam cheese agak tebal dan kemaskan kek dengan menyapu keseluruhan cream cheese tadi disekeliling kek.
- Hias mengikut kreativiti masing-masing.