Monday, January 31, 2011

Bun Kari

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Pagi ni saya makan bun kari. Bila hari hujan ni asyik nak makan yg panas2 je...so saya buatlah bun kari utk sarapan anak2 dan suami. Sambil buat kerja dapur, saya uli tepung, sementara tepung naik kita bolehlah buat kerja lain spt mengemas dan sebagainya. Anak saya mmng suka roti2 yg ada inti, mlm tadi saya buat inti kari lebih, macam2 boleh di buat dngn inti yg sedia ada. Bila nak guna mudah je dah tersedia inti tu. Lepas ni dah ada yg minta buatkan karipap dan pau...layan jelah. Resepi roti ni saya ambil dari Mat Gebu, Mat pula ambil dari Mamafami yg mmng pakar membuat roti tu, dan intinya lebih kurang sama mcm kita buat inti karipap. Memang sedap roti kari ni, terima kasih pada penyumbang resepi, izinkan saya kopipes kat sini pulak ya.. Resepi Basic Sweet Dough ni kita boleh buat macam2 jenis roti. Terpulang pada kreativiti masing2 ya.




Basic Sweet Dough
Bahan-Bahannya :-)
  • 400 g tepung roti (high-protein flour)
  • 6 gm garam
  • 4 gm bread improver
  • 5 gm gluten (saya ganti dgn bread softerner)
  • 80 gm gula halus
  • 11 gm instant yeast
  • 1 biji telur gred A
  • 190 m air ( = 190 ml)
  • 30 gm mentega
  • 30 mg lemak sayur
Cara membuatnya :-)
  1. Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan lemak sayur, kedalam mangkuk adunan, uli hingga menjadi doh, tambah lemak sayur dan mentega, terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, licin dan anjal.
  2. Rehatkan 10 minit, tutup dengan kitchen towel.
KAEDAH LAIN :-
  1. Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan "on" bila lepas 30 minit, biarkan lagi 10 minit dalam breadmaker, kemudian keluarkan doh dan ikuti langkah seterusnya...
  2. Bahagi2kan doh tadi (40 g setiap bahagian). Bentukkan ikut kreativiti masing2, sama ada diisi inti, dibuat roti sosej atau pun dibuat roti ala2 sanggul, ditabur keju atau badam...
UNTUK BUN KARI :-
  1. Bagi2 kan doh kepada 16 bahagian (atau mengikut kuantiti yang diinginkan), leperkan doh, isi satu camca besar inti, dan cantumkan.
  2. Bulat2kan, susun dalam dulang pembakar yang telah disapu dengan mentega.
  3. Buat hingga siap. Sapu sedikit air pada permukaan doh roti.
  4. Tutup dengan kitchen towel dan biar 45 minit
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 15 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas....
Bahan Inti :-)
  • 2 cawan kentang yang telah didadu,
  • 1 tin tuna dalam tin, toskan- saya guna 200 gm daging hancur
  • 1 biji bawang besar, dadu kecil
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1/2 cm halia, cincang halus
  • 1 1/2 camca besar serbuk kari ikan
  • 1/2 camca teh serbuk lada hitam (optional)
  • 1 tangaki daun kari
  • 1/2 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya :-)

UNTUK INTI :-
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan daun kari hingga wangi.
  3. Masukkan rempah kari, serbuk lada hitam (jika guna) bersama air. Masak hingga terbit minyak. Masukkan daging hancur dan kentang, gaul rata. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga kering sedikit. Angkat dan sejukkan.

12 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Kak Yatie sedapnya.

    ReplyDelete
  2. Sedap pulak tengok roti tu...cuma akak ni belum ada BM (alasanlah tu) hehehe...,

    ReplyDelete
  3. sedappnya bun kari ni...
    nak 4 ketoi kak..

    ReplyDelete
  4. apsal k yati ni gajin sgt ekk hehe...jeles i tau tgk roti yg berkilat kilat pipinye tu.. :)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum yatie..bun kari...yeaayyy mmg fav ni :p~ haish,mana x molat :))))

    ReplyDelete
  6. lama mie xmkn bun yg berinti kari nih.. terasa2 pulak kesedapannya....nk anto pinggan la kasi kak yatie isi dlm 5 6 ketui camtu....lalalallala

    ReplyDelete
  7. salam yatie - sarapan kita sama :) tapi tocang lina tak berapa kemas dan cantik mcm yatie buat la :

    ReplyDelete
  8. sedapnyer... yatie.. tadi ita baru buat bun pandan ni dah tunjuk yg ni pulak.. aduh!!... tak tahan tengok inti dan roti yg montok tu....
    tukarlah dgn bun pandan...
    btw thanks tuk resepi bun pandan tu... gebu aje ek! sedap makan panas2 lawan plk dgn kopi panas2...

    ReplyDelete
  9. wah gebusnya bun akak ni...ada inti lak tu...sedapnya...kalau dapat seketoi ni lagi sedap ni..ekekeke

    ReplyDelete
  10. bila tengok roti akak ni, baru chun perasan, inti kentang macam ni lagi power kan. mungkin sebab tekak melayu kot. dok teringat kat karipap :p

    ReplyDelete
  11. wah,sedapnyaa bun ni kak yatie...hr tu shima try wat roti jer,guna tepung gandum jer....bila sejuk leh baling kat dinding...ekeke..

    ReplyDelete
  12. Nampak mcm sedap...tapi kalau diganti inti tu dengan kaya..boleh juga kan?..:)ANEKA RESEPI TERKINI

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails