Macam biasalah, saya suka buat kuih guna sukatan cawan je....kdng2 tu malas nak keluarkan penimbang bahan2 kuih. Syukur alhamdulillah bingka roti jagung yg saya buat ni cantik dan cukup lemak,lembut dan semestinya sedap. Saya lebih suka guna susu cair dari santan dlm membuat bingka roti ni (Sebenarnya masa nak buat bingka ni, stok santan kotak saya habis...so saya gunalah susu cair dlm tin...tak sangka rasanya sedap juga). Mat pun pernah pesan, bukan bermakna tak cukup bahan, kuih kita tak menjadi.....pepandailah gunakan bahan2 gantian yg sewaktu dngnnya. Tapi janganlah lari jauh sangat ya....takut rasanya pun lain. Terpulanglah pada selera kawan2 semua. Resepi asal bolehlah lihat di SINI. Jom kita tngk bahan2 yg di perlukan....selamat mencuba, mmng sedap bingka roti jagung ni.
Bahan-Bahan- loyang 10 inci
- 3 biji telur
- 1 cawan gula halus/kastor
- 100 gm mentega, dicairkan
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 12 keping roti putih, didadu
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 liter santan/ susu cair-saya guna 1 tin susu cair dlm tin 400ml dan selebihnya saya tambah air
- 1 cawan jagung krim dalam tin
- Dalam satu bekas, satukan telur dan gula, kacau hingga larut. Tambah mentega dan masukkan tepung dan garam, kacau rata. Tuang santan/susu dan kacau hingga semua sebati.
- Masukkan roti tadi dan biar terendam selama 15 - 20 minit. Masukkan jagung krim, kacau hingga rata dan tuang dalam acuan kuih bingka yang telah disapu mentega.
- Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 1 jam atau pun hingga masak. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari tin dan dipotong....
salam kak yatie, wah sedap ni..hari tu dh masuk list tapi x buat juga lagi...singgah mkn sini dulula...hehe
ReplyDeleteada lebih2 lagi ka???...
ReplyDeletesalam kak..
ReplyDeletemmg sedap bingka nih... masih terasa-rasa kat anak tekak... nak tumpang sarapan sini kak... boley? tak malu gtu kan! hihi
salam yatie...dah tgk smlm tp nk komen x blh plak..klu yg ni nk seloyang blh kot..*uish,melampau! :))
ReplyDeleteSalam Yatie...Kak Lin Ziarah Di Pagi Ahad...
ReplyDeleteBingka Roti Jagung Ni Mmg Sedap....Kak Lin Dah Pernah Makan Tapi Belum Pernah Buat....
kak yatie, nak bingka roti tu..nmpk sedappp sangat...yg garing2 tu lagi mas sukaa...
ReplyDeleteYatie : sedapnya....kita tgh xde mood nak buat kuih muih ni sbb mixer rosak...hehehe
ReplyDeletesalam kenal...orang rumah saya minat bingka ubi..tapi boleh try bingka jagung nie...
ReplyDelete