Basic Sweet Dough
Bahan-Bahannya :-)
- 400 g tepung roti (high-protein flour)
- 6 gm garam
- 4 gm bread improver
- 5 gm gluten (saya ganti dgn bread softerner)
- 80 gm gula halus
- 11 gm instant yeast
- 1 biji telur gred A
- 190 m air ( = 190 ml)
- 30 gm mentega
- 30 mg lemak sayur
- Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan lemak sayur, kedalam mangkuk adunan, uli hingga menjadi doh, tambah lemak sayur dan mentega, terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, licin dan anjal.
- Rehatkan 10 minit, tutup dengan kitchen towel.
- Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan "on" bila lepas 30 minit, biarkan lagi 10 minit dalam breadmaker, kemudian keluarkan doh dan ikuti langkah seterusnya...
- Bahagi2kan doh tadi (40 g setiap bahagian). Bentukkan ikut kreativiti masing2, sama ada diisi inti, dibuat roti sosej atau pun dibuat roti ala2 sanggul, ditabur keju atau badam...
- Bagi2 kan doh kepada 16 bahagian (atau mengikut kuantiti yang diinginkan), leperkan doh, isi satu camca besar inti, dan cantumkan.
- Bulat2kan, susun dalam dulang pembakar yang telah disapu dengan mentega.
- Buat hingga siap. Sapu sedikit air pada permukaan doh roti.
- Tutup dengan kitchen towel dan biar 45 minit
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 15 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas....
- 2 cawan kentang yang telah didadu,
- 1 tin tuna dalam tin, toskan- saya guna 200 gm daging hancur
- 1 biji bawang besar, dadu kecil
- 2 ulas bawang putih, cincang halus
- 1/2 cm halia, cincang halus
- 1 1/2 camca besar serbuk kari ikan
- 1/2 camca teh serbuk lada hitam (optional)
- 1 tangaki daun kari
- 1/2 cawan air
- Garam dan gula secukup rasa
UNTUK INTI :-
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
- Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan daun kari hingga wangi.
- Masukkan rempah kari, serbuk lada hitam (jika guna) bersama air. Masak hingga terbit minyak. Masukkan daging hancur dan kentang, gaul rata. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga kering sedikit. Angkat dan sejukkan.
Assalamualaikum..
ReplyDeleteKak Yatie sedapnya.
Sedap pulak tengok roti tu...cuma akak ni belum ada BM (alasanlah tu) hehehe...,
ReplyDeletesedappnya bun kari ni...
ReplyDeletenak 4 ketoi kak..
apsal k yati ni gajin sgt ekk hehe...jeles i tau tgk roti yg berkilat kilat pipinye tu.. :)
ReplyDeleteassalamualaikum yatie..bun kari...yeaayyy mmg fav ni :p~ haish,mana x molat :))))
ReplyDeletelama mie xmkn bun yg berinti kari nih.. terasa2 pulak kesedapannya....nk anto pinggan la kasi kak yatie isi dlm 5 6 ketui camtu....lalalallala
ReplyDeletesalam yatie - sarapan kita sama :) tapi tocang lina tak berapa kemas dan cantik mcm yatie buat la :
ReplyDeletesedapnyer... yatie.. tadi ita baru buat bun pandan ni dah tunjuk yg ni pulak.. aduh!!... tak tahan tengok inti dan roti yg montok tu....
ReplyDeletetukarlah dgn bun pandan...
btw thanks tuk resepi bun pandan tu... gebu aje ek! sedap makan panas2 lawan plk dgn kopi panas2...
wah gebusnya bun akak ni...ada inti lak tu...sedapnya...kalau dapat seketoi ni lagi sedap ni..ekekeke
ReplyDeletebila tengok roti akak ni, baru chun perasan, inti kentang macam ni lagi power kan. mungkin sebab tekak melayu kot. dok teringat kat karipap :p
ReplyDeletewah,sedapnyaa bun ni kak yatie...hr tu shima try wat roti jer,guna tepung gandum jer....bila sejuk leh baling kat dinding...ekeke..
ReplyDeleteNampak mcm sedap...tapi kalau diganti inti tu dengan kaya..boleh juga kan?..:)ANEKA RESEPI TERKINI
ReplyDelete