Friday, January 8, 2010

Kuih Nangka Comel.

Sebenarnya tekak saya ni teringin nak makan nangka.Maklumlah kat negara orng ni terhad sikit benda2 macam tu.Kalau ada pun dalam tin punya.....aritu saya pergi ke kedai Vietnam.Kedai ni ada juga menjual barang2 Asia....tetapi amat terhad.Setelah di tinjau2....terjumpalah saya apa yg di hajatkan.Wallaa....nangka dlm tin. Dlm hati dah terfikir nak buat kuih yg berkaitan dngn nangka ni.Apalagi inilah projek kuih saya....dlm tin pun tak apalah....
Inilah resepinya utk di kongsi bersama.



Bahan-Bahan.

2 cwn tepung beras
1 cwn tepung ubi
11/2 cwn gula pasir
1/2 cwn air utk masak gula.
1 sk garam
2 helai daun pandan
nangka secukupnya(cincang dadu)
7 cwn santan(1 biji kelapa) saya guna santan dlm tin 400gm,jadikan 7 cwn jumlahnya
Sedikit warna hijau( tak letak pun tak apa) saya letak warna hijau sbb warna kegemaran anak-anak warna tu.

Cara-caranya.

  • Masak gula dan daun pandan bersama setengah cwn air(bagi gula larut je)
  • Dlm mangkuk lain masukkan tpng beras dan tpng ubi bersama garam.
  • Masukkan santan dan air gula tadi....kacau sebati
  • Masak dngn api sederhana selama setengah jam atau pekat dan berkilat

Cara masak.

  • Panaskan pengukus dan biarkan air mendidih.
  • Bungkus dngn kain penutup kukusan
  • Dlm bekas kecil2 sapu minyak sekelilingnya
  • Letak separuh adunan tadi ke dlm mangkuk kecil dan letak nangka yg di cincang tadi dlm 5 ketul.
  • Ambil lagi adunan tepung tadi dan tutup diatas permukaan nangka.
  • Setelah siap bolehlah di kukus selama 10 minit.
  • Biarkan sejuk barulah dikeluarkan dari acuan.

Kuih ni sesuai letak dlm bekas kecil sbb senang nak di keluarkan bila dah masak.
Kalau guna loyang biasa, boleh juga ...tapi bila di potong nangka tu jadi tanggal sedikit...
Saya bawa cetak/mangkuk kecik2 tu dari Msia...utk kegunaan kuih bila diperlukan....hi3...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails