Thursday, January 21, 2010

Ayam Rendang Pedas.

Ok sebenarnya hari ini saya masak rendang ayam tapi pedas ala2 mcm negeri sembilan. Boleh juga guna resepi ini utk masak daging, tapi pada saya ianya sesuai lagi gunakan ayam.Oklah tak perlu cakap banyak mari kita lihat resepinya....



BAHAN-BAHANNYA

1 ekor ayam, dipotong 12
700 ml santan pekat
2 helai daun limau purut
2 kuntum bunga kantan, belah dua setiap kuntum
4 helai daun kunyit, mayang halus
2 keping asam gelugor
2 camca besar kerisik
Garam dan sedikit gula
80 g cili padi hijau (boleh kurang kalau tak tahan pedas)*
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 inci halia*
5 batang serai, hiris halus*
1 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA

1. Dalam kuali, satukan bahan kisar, masukkan pula santan, daun limau purut dan asam gelugor. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan ayam tadi dan masak hingga pekat.

2. Tambah kerisik dan bunga kantan, perisakan dengan garam dan sedikit gula. Kacau sekali sekala dan tambah hirisan daun kunyit bila rendang hampir kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, ketupat dan lemang.

3. Boleh gunakan ayam pencen(tua) tetapi mestilah di masak lebih lama sedikit dan lebihkan air.

3 comments:

  1. Salam Yatie...mesti sedap rendang tu pakai cili padi lagi...

    http://treatntrick.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. assalam pn yatie,

    cuma posting aneka jenis rendang ayam & daging je. takde resepi rendang sayur kampung spt rendang pucuk ubi, rendang pegaga & rendang maman?

    sy nak sharing 1 fanpage yg ada info mengenai rendang pucuk ubi :-
    https://www.facebook.com/RendangPucukUbiBonda

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails