Sebenarnya hari ni rajin sikit. Lepas siap masak je terus nak buat kuih. Biasanya anak2 yg sibuk suruh buat kuih itu dan ini....hari ini biar saya layan tekak sendiri nak makan apa. Apalagi kuih kegemaran sayalah.....kuih lapis. Hari ini saya nak buat kuih lapis koko. Biasanya saya buat perisa pandan atau rose...tapi hari ini nak buat yg lain sikit....Mari kita cuba resepi ni..
Bahan-bahan.
1 1/2 cwn tepung gandum
2 sb rata tpng beras
2 sb rata tpng jagung
1 sk garam
1 cwn gula pasir
5 cwn santan
3 sb rata serbuk koko
4 sb air suam utk bancuh koko.
pewarna kuning.
Cara-cara.
1. Satukan kesemua tepung didlm mangkuk.Masukkan garam dan gula pasir.
2. Masukkan pula santan dan gaul sebati.(saya masuk dlm blender kesemuanya)
3. Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian letak pewarna kuning dan satu lagi letak bancuhan koko.
4. Panaskan kukus dan balut penutupnya dngn kain.
5. Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dngn plastik di dasarnya.
6. Apabila air dah mendidih,letak loyang tadi.Masukkan adunan koko 1 senduk dan kukus selama 5 minit.
7. Setelah itu lapis pula adunan kuning selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
8. Lapisan akhir sekali kukus selama 15 minit.
9. Bila dah siap, sejukkan selama 1 jam dan boleh di potong.
0 comments:
Post a Comment