Thursday, January 14, 2010

Ayam Masak Merah.

Hai,bertemu kembali.Sebenarnya hari ni saya masak ayam masak merah.Rasanya macam sedap sikit(perasan).Jadi saya nak kongsi resepilah dengan kawan2 semua.Kalau ada kawan2 yg sudi nak mencuba tu, inilah resepinya....


Bahan-bahan.

  • 1 ekor ayam
  • 1 sk serbuk kunyit(goreng ayam)
  • 1 sk garam(goreng ayam)

  • 8 ulas bawang kecil(saya guna bwng besar je 1 biji...senang)
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 15 btng cili kering
  • 2 btng serai
  • 1 inci lengkuas

  • 1 cwn sos tomato
  • 1 sb kerisik

  • 1 btng kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 bji cengkih
  • 1 biji bawang besar(hiris)

  • garam,gula sebagai perasa
  • minyak utk mengoreng ayam dan menumis
  • Daun sup sebagai hiasan.
Cara-cara.
  1. Potong ayam ikut suka,basuh dan toskan.Lumur serbuk kunyit dan garam dan goreng hingga separuh masak.Ketepikan dulu..
  2. Blend bawang kecil, bawang putih,halia,cili kering,serai dan lengkuas.
  3. Panaskan kuali dan letak minyak utk menumis.
  4. Tumis bawang besar yg di hiris bersama2 dngn kayu manis,buah pelaga,bunga lawang dan cengkih.
  5. Masukkan bahan2 yg di kisar. Tumis hingga naik bau/naik minyak.
  6. Masukkan sos tomato dan sedikit air(agak2 je).
  7. Masukkan garam, gula dan kerisik.Gaul hingga sebati.
  8. Akhir sekali masukkan ayam yg telah di goreng tadi.
  9. Biarkan sambil di gaul sebati.Dah siap boleh di hidangkan.
  10. Taburkan daun sup sebagai hiasan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails