Sunday, January 17, 2010
Bingka Kentang.(Kuih Bakar Kentang)
Bahan-bahan.
1 cwn kentang rebus(dlm 2 biji yg sedang)
1 1/2 cwn tepung gandum
3 cwn santan
1 cwn gula
3 sb butter
4 biji telur
sedikit garam
pewarna kuning
sedikit bijan
2 sb minyak utk sapu pd loyang.
Cara-cara.
1. Kentang di rebus dan dilecek.
2. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender kecuali bijan dan minyak.Kisar sebati.
3. Sementara itu panaskan oven 175c.Sapukan minyak di sekeliling loyang dan masukkan dlm oven sebentar.
4. Keluarkan loyang dan tuang adunan tepung tadi dan taburkan bijan di atasnya.
5.Bakar selama 45 minit dan tambah 5 minit lagi utk garingkan bahagian atas.
6.Biarkan betul2 sejuk barulah di potong.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
memang dah lame nak cari resepi nih..bebudak dok kat overseas selalu buat kuih nih...penuh nostalgia!!tq yatie!
ReplyDeletebetul tu mokwonik,masa yatie kat UK dulu,ada akak tu ajar buat kuih bakar kentang ni....masa tu yatie tak berapa minat nak buat....bila dah rasa sedap,yatie terus minat nak buat kuih macam2....memang nostalgia...
ReplyDelete