Sunday, January 24, 2010

Baked Macaroni And Cheese

Salam sejahtera semuanya. Hari ini saya tak masak nasi,anak2 nak makan western food jadi saya buatlah baked macaroni and cheese. Resepinya mudah je lebih kurang macam masak lasagna,yang bestnya macaroni ni bila di potong nampaklah lubang2 yg cantik tu...Ok kita lihat resepi yang mudah ini...





Bahan-bahan.

(A) Macaroni.
  • 1 paket macaroni
  • air secukupnya untuk merebus macaroni
  • sedikit minyak zaitun
  • sedikit garam
(B) Sos Merah.
  • 1 biji bawang besar(cincang halus)
  • 2 ulas bawang putih(cincang halus)
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 1 botol sederhana sos spaghetti Prego ( prego tradisional sauce)
  • (200 gm) daging cincang
  • hirisan hot dog(takde pun takpe)
  • 2 keping daun bay (saya guna dried bay leaves)
  • sedikit garam dan sedikit gula
(C) Sos Putih.
  • 2 sudu besar mentega/minyak zaitun
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 700 ml susu segar
  • 4 keping sliced cheddar cheese
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
(D) Topping - Mozarella cheese

CARA-CARA.

(A) Makaroni -
  1. Panaskan air, minyak zaitun dan garam hingga mendidih.
  2. Masukkan macaroni dan rebus hingga empuk.
  3. Angkat dan toskan(lalukan dngn air paip/sejuk)
(B) Sos Merah:-
  • Sediakan kuali/periuk.Panaskan periuk dan letak sedikit minyak zaitun. Setelah panas,tumis bawang besar dan bawang putih. Masukkan daging hancur dan gaul sebati. Masukkan pula sos tomato dan sos prego dan gaul sebati. Masak hingga mendidih dan daging masak sehingga kuah agak pekat. Ketepikan dan sejukkan.
(C) Sos Putih:-
  • Panaskan butter/minyak dengan api perlahan, masukkan tepung gandum dan gaul sebati sekejap.(gaul cepat2)
  • Masukkan susu segar, sliced cheddar cheese dan serbuk lada hitam. Kacau hingga adunan sedikit pekat dan berkilat. Angkat dan ketepikan.
CARA MELAPIS.
  1. Masukkan 1 1/2 cawan macaroni ke dalam loyang/casserol tahan panas dan rata-ratakan.( sapu dengan sedikit butter pada dasarnya).
  2. Sudukan separuh adunan sos merah ke atas macaroni dan ratakan.
  3. Sendukkan pula sos putih ke atas sos merah tadi.
  4. Taburkan mozarella cheese.
  5. Ulang step 1, 2, 3 dan 4 hingga penuh bekas.
  6. Bakar macaroni pada suhu 160 C selama 35 - 40 minit atau hingga permukaannya nampak keemasan. (Lebih enak dimakan ketika panas atau dihidang suam. Boleh juga dipanaskan dengan microwave sebelum dihidangkan)
Selamat Mencuba.

1 comment:

  1. Salam Yatie...dah lama nak try tapi tak buat-buat gak lagi.Tengok gambar Yatie kat atas..tak tahan lak nengok, rasanya nak kena gak buat nanti.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails