Monday, January 4, 2010

Plain Cheesecake

Hari ini hari Ahad, so masih cuti lagi, apalagi tugas saya seperti biasalah lepas masak tengahari, anak2 dah bertanya apa mama nak buat untuk minum petang. Hai budak2 belum makan tengahari lagi dah tanya kuih untuk minum petang pula.

Apalagi saya memang suka cuba resepi2 baru. Jadi inilah hasil kerja saya didapur untuk hari ini. Hari ini saya buat Plain Cheese cake. Bila nak makan, terpulang pada masing2 untuk letak topping kat atas cheese cake tu.

Ada yang letak strawberry syrup, ada yang letak blueberry filling dan saya lebih suka yang plain je.....rasa original....Layan.......








Bakar kek secara water bath/bain marie...letak air panas di dulang.

Sebenarnya banyak resepi cheesecake yang telah saya cuba. Resepi ini adalah salah satu terbaik yang saya buat. Saya ambil dari resepi Biduri di myresipi dan saya letak base dibawahnya.

Resepi Plain cheesecake

Bahan base.

15 keping biskut Merry(manis)
50 gram butter (cairkan)

-> Biskut dikisar halus
masukkan 50 gram butter cair
gaul sebati dan tuang kedalam loyang yang diatas kertas minyak.
Tekan padat dan letak dalam fridge sehingga keras.

Bahan krim

* 250g cream cheese
* 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
* 2 sudu besar jus lemon
* 3 sudu besar tepung gandum
* 2 biji telur
* 90g gula

Cara cara

. Sementara itu, panaskan oven 170 degree.
. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
. Masukkan ke dalam loyang yang berisi base tadi dan bakar selama 40-45 minit.
. Bakar secara waterbath.
. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

2 comments:

Related Posts with Thumbnails