Bahan A :
1 tin susu cair ( guna Nestle Ideal)
5 sudu besar gula
3 biji telor
1 sudu kecil esen vanila
Bahan B :
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telur gred
4 sudu besar serbuk koko/1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat
Bahan C :
2 sudu bear gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas (atau boleh guna 2 sudu besar madu)
Cara-cara :- Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan.
- Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang (6" x 3" tinggi).
- Masukkan ½ cawan (saya letak ¾ cawan) adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau hingga masak.
- Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang-seli hingga habis.
- Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan.
- Potong dan hidang.
- Sedap di makan bila di sejukkan dlm peti ais.
0 comments:
Post a Comment