Thursday, November 4, 2010

Nasi Serai

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Inilah nasi serai yg saya masak utk di makan bersama ayam masak merah beriani tadi. Rasa nasi serai ini seakan2 nasi ayam, jadi terpulanglah pada kawan2 semua utk gandingkan bersama lauk kegemaran masing2. Terima kasih sekali lagi pada K.Nor kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ini. Izinkan Yatie C&P resepinya di sini ya. Nasi serai ini saya masak lebih dari resepi asal, jadi kenalah gandakan sedikit bahan2 rencah yg lain. Maaf ya akak sebab Yatie ubah sikit ikut kesesuaian sendiri.


Bahan-bahan
  • 3 cawan beras siam/beras basmathi
  • 4 cawan air
  • 1 labu bawang besar ~ didadu kecil
  • 3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
  • 2 helai daun pandan
  • 1 btg kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih(saya letak 2 je)
  • 3 bj buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 btg serai ~ dititik/ketuk
  • 1 kiub pati ayam
  • garam
  • 2 sudu besar minyak sapi ~ k.nor guna windmill
Cara-cara
  1. Panaskan minyak sapi dan masukkan bawang besar dan daun pandan.
  2. Goreng hingga bawang layu dan wangi, masukkan bawang putih, kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang.
  3. Masukkan serai dan kacau lagi.
  4. Goreng lg hingga wangi dan masukkan beras.
  5. Kacau2 sekejap dan masukkan air secukupnya.
  6. Masukkan kiub pati ayam dan garam.
  7. Kacau sedikit hingga semua sebati dan masak lah sehingga nasi masak.
* utk dptkan nasi yg lembut dan gebu, rendam kejap beras yg dah dibasuh bersih lebih kurang 10 - 15 min dan toskan.

7 comments:

  1. salam yatie, mekasih ya sudi try nasi serai ni..sedap ek.. alhamdulillah..

    ejjas la yatie, ikut selera tukang masak, ikut keperluan dlm rumah, ikut bahan2 yg ada kat dapur.. semua tu atas tukang masak kan, tak salah pun kan.. dah jd biasa kan bab2 derhaka tang masak2 nih :) asal menjadi dah hehe.. hanya org yg tak faham bab masak2 ni jer yg suka bising2 benda remeh cam tu kan :)

    ReplyDelete
  2. salam kak...
    makan ngan lauk / gulai apa best.. 1st time dgr nasi serai nie.. bahan pun cam senang.... leh cuber try test nieh...

    ReplyDelete
  3. rasa nasi ni macam nasi ayam yer kak....sedapp tu...masuk list lagi..he..he..

    ReplyDelete
  4. salam yatie...bagus gak sekali sekala tukar selera...kalau asyik nasi putih je...tak de selera gak dibuatnya...nak buat pun senang..

    ReplyDelete
  5. salam kak... aduhhhh kompom wangi baunyer.. dah masuk list tp tak tau bila nak buat...

    ReplyDelete
  6. K.Nor= wkmsalam,mmng sedap dan wangi je nasi serai ni...sambil makan sambil cium nasi..terima kasih kak resepi yg best ni...

    Mimie= wkmsalam, mmng sedap nasi ni...cubalah, makan ikut lauk kegemaran mimie ya....ayam masak merah pun sedap gak..

    Mas= mmng sedap Mas, wangi betul bau serai
    tu...mesti buat tau....

    Ima= Wkmsalam, mmng sedap sesekali makan nasi berempah ni..cubalah...

    Hana= wkmsalam, mmng sedap dan wangi je nasi ni...cubalah, pasti satu family suka sangat..

    ReplyDelete
  7. Nak cuba buat esok,nmpk sdp....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails