Thursday, November 25, 2010

Ikan Bakar Bersama Kuah Asam

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hari ni saya masak ringkas je iaitu ikan bakar bersama kuah asam dan sayur bayam bening/masak air. Sejak dua tiga hari ni tekak saya perit jadi mmng sesuailah lauk2 mcm ni. Di sini saya kongsikan bersama resepi kuah air asam istimewa. Resepi ni saya ambil dari Bee-ribs di MyR. Terima kasih kepada penyumbang resepi. Air asam ni sesuai di cicah bersama apa2 jenis ikan bakar...bau kerisek tu yg membuatkan air asam ni istimewa. Kali ni saya makan bersama ikan cencaru bakar...makan seekor pun tak cukup...sedap sngt...



Bahan-bahan
  • 10 bji cili api
  • 3 biji cili merah
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1 biji tomato
  • 2 sb kerisek
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • garam (secukup rasa)
  • Belacan (sebesar ibu jari) - bakar dulu.
  • sedikit gula-saya tambah
Cara-cara
  1. Tumbuk cili api, cili merah dan belacan hingga hancur.
  2. Bawang besar & tomato - potong dadu.
  3. Masukkan bahan tumbuk dan no (2) dalam satu mangkuk. Masukkan air asam jawa dan kerisek.
  4. Gaul rata dan masukkan garam secukup rasa. Dah boleh makan..

10 comments:

  1. sedap nih
    ikan dah ader esok bley buat
    hihihi...oishii

    ReplyDelete
  2. sedapnya air asam.....
    masih pahit2 mulut yer kak...cian akak..moga cepat2 sembuh yer...

    ReplyDelete
  3. Lauk idaman kalbu..hehehhe..lapo perut jadinya..Td tgk kat rumah kak nor, ada ikan bakar gak..ni kat sini plak..huhhuhuh

    ReplyDelete
  4. ringkas tapi sedap lauk mcm ni...
    boleh tambah nasi bila makan...hehehe

    ReplyDelete
  5. SAYA SUKA BLOG AWAK LA!

    http://pludcorner.blogspot.com/2010/11/saya-suka-blog-awak-la.html

    ReplyDelete
  6. Salam:)

    memang suka makan ikan bakar..:)
    selain air asam..cicah budu pun sodappppp...:):)

    ReplyDelete
  7. Lady Ayu,
    Tak kisah ikan apa...yg penting kuah air asam ni...perghhh mmng sedap sngt...

    Mas,
    Tekak masih perit lagi Mas, tapi selera makan ada jek...kih3...

    Ibh,
    Lauk mcm ni ringkas tapi sedap....

    ReplyDelete
  8. Suzi,
    Betullah..akak mkn sampai 2 ekor sendiri...nasib baik bakar banyak....hah3..

    Pn Kartini,
    wkmsalam, kalau ada budu pun sodap gak...kena sangat dngn ikan bakar dan air asam ni...

    ReplyDelete
  9. Cplud Miera,
    terima kasih dik...akak amat2 menghargainya....

    ReplyDelete
  10. Nak try lah, tpi tk pnah letak kerisik.. Mlm ni huby nk bakar ikan nk jamu kwn2 dia so saya nk try kuah asam nie.. Arap2 jadi laa..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails