Friday, February 26, 2010

Strawberry Muffin

Salam sejahtera di pagi jumaat yg mulia ini.Harap2 kawan2 semuanya sihat di samping keluarga dan tugas seharian. Bagi saya serta keluarga, alhamdulillah sihat walafiat. Hari ni saya buat muffin strawberry untuk bekalan anak2 ke sekolah. Biasalah budak2 selain perisa coklat...perisa strawberry lah kegemaran diaorang.Resepi ni saya ambil dari rumah CMG. Minta izin saya cnp ya Che Mat.



Bahan-Bahan
180 gm mentega
140 gm gula halus
2 biji telur gred A
100 ml susu segar
220 gm tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh strawberry emulco

Cara-cara
  1. Putar mentega bersama gula hingga putih. Tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis. Gaul rata.
  2. Masukkan strawberry emulco dan gaul hingga sebati. Sudukan adunan ke dalam muffin cup atau paper cup yg dialas dalam acuan muffin sebanyak 3/4 penuh.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 18 - 20 minit (bergantung pada oven masing2). Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidangkan...

5 comments:

  1. akak pun dah copy resipi muffin CMG ni, cuma lum berkesempatan nak buat. Al maklum le kemalasan.hehe

    ReplyDelete
  2. Ain>> takpe...bila free nanti, bolehlah buat ya...

    ReplyDelete
  3. slm...kak yatie...sya da try resepi akak alhamdulillah berkat resepi akak ni sya mula wat bisnes...TQ KAK

    ReplyDelete
  4. nmpak cm sedap je ...nk try wat le...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails