Wednesday, February 3, 2010

Puding Roti Marble

Salam sejahtera semuanya. Hari ni saya buat puding utk minum petang. Rasanya ramai kawan2 blog dah buat puding ni. Resepi asal puding ni adalah dari Hana di Jepun. Ramai rakan2 dah mencubanya termasuklah saya. Alhamdulillah menjadi dan rasanya teramatlah sedap,lebih2 lagi bila di sejukkan.Ok mari kita lihat resepinya...




Bahan-bahan

* 4 keping roti
* 2 biji telur
* 1/2 cawan susu pekat
* 170ml susu cair
* 8gm serbuk agar2 (1 sudu besar)
* 1/2 cawan gula
* 2 sb butter/marjerin dicairkan
* 3 1/2 cawan air (guna cwn biasa 230ml)
2 sudu besar serbuk koko (boleh gunakan coklat emulco)

Cara membuatnya:


1. Didihkan 3 cwn air, serbuk agar2 dan gula kedalam periuk.
2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan kedalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih..matikan api.
4. Bahagikan kepada 2 bhgn, satu bahagian warna asal dan satu bahagian letak koko.
5. Kacau cepat2 dan sebati,pastikan serbuk koko tak berketul2.
6.. Tuang kedalam loyang secara berselang seli...sesenduk demi sesenduk, sesenduk warna asal dan sesenduk warna coklat, ulang sehingga habis..(ketika melapis hendaklah dgn cepat sbb puding nie, mudah sejuk dan membeku...
7. Bila siap, bolehlah disimpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam dan enak dimakan ketika sejuk.

12 comments:

  1. Salam pengenalan Hayati. Nama akak sophie tapi lebih dikenali dengan fuzidss di alam siber. Sedapnya kuih ni insyaAllah akak cuba ya nanti.

    Thanks

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam,sophie/fuzidss...thanks coz singgah and 4ollow too.....puding ni memang sedap dan mudah utk membuatnya...kalau nak tukar warna lain pun boleh...cubalah...

    ReplyDelete
  3. yatie, kita tukar ketam dengan puding ni. ok tak?

    ReplyDelete
  4. Salam Yatie, cantik betul puding marble tu ye. dulu pernah cuba buat tapi tak jadi secantik yg yatie buat huhuhu

    ReplyDelete
  5. tukar dengan ketam, sudah semestinya boleh kak ita...

    ReplyDelete
  6. waalaikumsalam aidah,mungkin kebetulan kot yatie punya cantik sikit je....

    ReplyDelete
  7. salam puding.... posto posto... yummyy

    ReplyDelete
  8. assalammualaikum....yatie ..mlong byk jumpa resipi dari yatie dalam blog rohayu la......

    ReplyDelete
  9. minat memasak n teringin sgt nk buat bila tgk resepi2 yg lazat2 ni..tp selalu frust bila apa yg saya wat xmenjadi sbbnya saya xpandai masak..hehehe..tp xputus asa...hehehe nk try yg nie plak..! thanks Puan Hayati.. =)

    ReplyDelete
  10. kak..pakai roti apa ek?roti gardenia ke?maaf kak sy mmg xtau..

    ReplyDelete
  11. SAYA DAH LAMA TERINGIN NAK BUAT PUDING NI..TAPI TAK TAU CARANYA...LPS NI BOLEHLAH BUAT.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails