Bahan-bahan
1 kg sotong> di cuci, rebus sekejap dan toskan
2 sb serbuk besar ketumbar
2 sb jintan manis
4 ulas bawang putih> di kisar
1 biji bawang besar> di kisar
1 inci kunyit hidup> di kisar
1 inci halia>di kisar
15 tangkai cili kering(5 sb cili kisar)
1 inci lengkuas> di titik
1 batang serai> di titik
1 cwn santan
2 helai daun limau purut
2 sudu kerisik
Garam dan gula secukup rasa.
Minyak untuk menumis
Cara-Cara
- Panaskan minyak dan tumis bahan yang di kisar sehingga wangi.
- Masukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis.
- Masukkan lengkuas, serai, kerisik dan daun limau purut, masak hingga wangi.
- Tuangkan santan dan masak hingga mendidih.
- Biarkan pekat dan akhir sekali masukkan sotong.
- Gaul sebati dan matikan api. Bolehlah di hidangkan.
salam yatie. k.ita tgh 'cuti' memasak sbb esok nk balik kg hubby, BIL bertunang. cuma memasak kek & kuih2 utk dibawa balik esok. engagement on monday tp mlm tu juga balik sini sbb selasa hubby kena kerja... errr...sbb x masak lauk, nk mintak sotong tu dlm 6 ekor ke, sekor sorang...hehehe
ReplyDeletewaalaikumsalam kak ita, setakat 6 ekor tu boleh je...tapi takpe, akak punya pasal yatie bagi lebihlah...
ReplyDelete