Wednesday, February 24, 2010

Nasi Mandhi

Salam semuanya. Hai bertemu kembali, kalau dah ada lauk mesti ada nasinya. Hari ni saya merajinkan diri untuk masak Nasi Mandhi. Saya pun tak tahu kenapa di beri nama nasi mandi...bunyinya macam orang tak mandi pulak. Jangan marah ya tuan punya resepi. Resepi ini saya ambil dari rumah Kak Ummi(Home Sweet Home) dan Kak Ummi dapat dari Puan Raidah dan Mamasya. Terima kasih ya pada akak2 semua yang sudi berkongsi resepi yang mudah dan sedap ini. Kak Ummi minta izin copy resepinya ya. Kalau kawan2 di luar sana nak tahu rasanya...cubalah ya..



Bahan-Bahan
*4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
*3 camca besar minyak sapi
*4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut(saya guna 4 1/2 cwn air)
*1 biji bawang besar ~ hiris halus
*3 ulas bawang putih ~ hiris halus
*1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
*1/3 cwn kismis
*Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
*Sedikit pewarna kuning- guna
*1 sk kunyit campur dgn sikit air
*Garam secukup rasa.

Cara-cara
  1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu.
  2. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
  3. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
  4. #Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
  5. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
  6. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
(#) Step (4) ni tak buat sbb tak ada arang kat rumah..ada kat kedai, maleh nak membakar setakat nak letak seketuiii..hehee) Orang lain jgn ikut akak eh..rajin2 sikit.

5 comments:

  1. akak dah buat sekali nasi mandhi ni, tp tak secantik yg sepatutnya wlupun rasanya sungguh sedap!!! kena cuba lagi nanti.

    ReplyDelete
  2. huuu .. dan dan tu rasa lapar sangat ... tak abis keje lagi ni .. sabo usus ku ..saboo

    ReplyDelete
  3. Ain>> takpe ain...yg penting ada rasa..cuba lagi..

    ReplyDelete
  4. Jijah>> sabor2...mai makan kat umah akak je...

    ReplyDelete
  5. salam..nasi mandi ni asalnya dari arab saudi... memang tepat cara pembuatannya,cuma bagi saya yang duk kat saudi dah bertahun ni nak kongsi satu lagi langkah yang sangat penting,ianya arang. ya...nasi ni kena diarangkan barulah sedap. caranya, lepas nasi masak, bakar arang sampai merah,dalam periuk nasi,letak mangkuk kaca dengan 5 sudu minyak masak,lepas tu letak arang tadi dlm 4 ketul.tutup periuk rapat2.cubalah.....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails