Sunday, November 7, 2010

Sambal Udang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ini pula sambal udang yg saya masak utk di makan bersama lauk tempe tumis lengkuas tadi. Ramai dah tau masak sambal udang dan inilah resepi yg biasa2 je tetapi sedap bagi kami sekeluarga. Kalau sudi bolehlah mencubanya.


Bahan-bahan
  • 600 gm udang sederhana besar
  • 1 cwn cili kering kisar* -(20 btng cili kering, rebus/rendam dngn air panas)
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • Sedikit belacan*
  • 1 biji bawang besar- di hiris2
  • 1/2 cwn air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 cwn minyak masak utk menumis
Cara-cara
  1. Kisar bahan yg bertanda *.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang besar yg di hiris sebentar je.
  3. Masukkan bahan kisar tadi. Tumis hingga terbit minyak.
  4. Masukkan air asam jawa,garam dan gula. Kacau sebati.( Gunakan api sederhana je)
  5. Akhir skali masukkan udang dan kacau sebati.
  6. Perasakan,( biasanya sambal udang sedap manis sedikit) sekiranya rasa dah ok, bolehlah di angkat dan di hidangkan.

4 comments:

  1. dap ni makan panas2.. mak mertua panggil pun tak dengar... kah3

    ReplyDelete
  2. sedapnya sambal udang...mas suka...kena udang fresh...lagi powerr..

    ReplyDelete
  3. Yusa= mmng sedap masak mcm ni....mak mertua panggil layan kejap pastu sambung mkn lagi....tambah nasi lebih..kih3...

    Mas= mmng kalau fresh lagi best...goreng je pun dah sedap..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails