Sunday, February 16, 2014

Kek Batik Arora

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 mcm ni sedap layan kek warna warni ni. Kek ni sedap dan lembut je, kena pula di letak 5 perisa dlm kek ni, mmng sedap. Kalau makan kek ni sedap digandingkan dngn teh O panas....perghhhh..mmng best. Sebelum ni mmng ramai kwn2 blogger masakan dah buat kek ni, saya pun pernah mencubanya....mmng sedap sangat. Kebetulan tekak ni teringin benar nak makan kek, tu yg merajinkan diri buat kek yg mudah2 je. Kadang2 kek simple mcm ni yg cepat laku. Terima kasih pd Cida berkongsi resepi ni. Pada kwn2 yg belum mencuba tu, saya cadangkan supaya cuba buat kek yg mudah ni....mmng berbaloi....sedap sngt. Jom semak resepinya dulu...




Bahan-bahan- loyang 8x8 inci
  • 250 gm mentega
  • 100 gm gula castor
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 6 biji telur gred A
  • 250 gm tepung gandum
  • 2 sudu teh baking powder
  • 5 jenis pewarna dan perisa
Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 170 ~ 180 darjah celsius
  2. Griskan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper
  3. Satukan tepung gandum dan baking powder, kemudian diayak- ketepikan dulu.
  4. Sementara itu, pukul mentega dan gula sehingga kembang dan memutih
  5. Tambahkan susu pekat manis dan terus pukul hingga adunan sebati
  6. Masukkan telur sebiji demi sebiji( pastikan telur tu dah rata baru masukkan satu biji lagi) hingga habis.
  7. Masukkan campuran tepung dan baking powder tadi ke dlm adunan dan pkl lagi hingga sebati.
  8. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian
  9. Letakkan setiap bahagian dengan pilihan perisa dan warna yang disukai. Gaul rata.
  10. Tompok-tompokkan setiap warna dalam loyang hingga habis
  11. Setiap tompokan 1 senduk
  12. Masukkan dalam oven, dan bakar dengan menggunakan api bawah selama 45minit ~ 1 jam.
  13. Atau sehingga kek telah di masak dengan sempurna

5 comments:

  1. salam Yatie, nampak macam sedap dan pasti nya sedap lah tu kan, dgn warna2 yg menarik sangttt akak nak try lah simpan resepi dulu ni..

    ReplyDelete
  2. Hamboii... meriahnya kek dia... mesti sedap tu...

    ReplyDelete
  3. cantiknya kek akak...nguuuu....teringin nak buat yang ni lak

    ReplyDelete
  4. Cuba bg contoh perasa dan warna yg digunakan.

    ReplyDelete
  5. Cantiknya kek Arora ni Yatie...menarik sangat warnanya. Loayng jenis apa yang di gunakan ye?
    http://dapurlangkawi.com/blog/4-tips-memilih-loyang-untuk-kek-dan-biskut/

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails