Monday, December 24, 2012

Murtabak Lapis Kraker

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Murtabak lapis kraker ni saya buat masa hari minggu. Masa tu balik kampung, dapatlah rasakan mak dan ayah di kampung. Syukur Alhamdulillah, semuanya suka. Diaorang pelik pulak bila saya kata murtabak ni tak guna tepung, malahan guna biskut kraker atau lebih di kenali dngn panggilan biskut lemak. Murtabak ni sedap sangat dan ianya sangat mengenyangkan. Murtabak kraker ni amat sesuai utk sarapan pagi ataupun buat minum petang. Terima kasih pada penyumbang resepi asal. Kawan2 juga boleh lihat di SINI. Jom semak resepinya.




Bahan-Bahan:-(loyang 9x9x3inci)
  • 18 keping biskut krackers (Yatie guna 27 keping sbb buat 3 lapis)
  • 500 ml santan (*Yatie letak 400 ml je)
  • 1 tin susu cair (Yatie letak 1 cawan je)
  • 6 biji telur
Untuk Lapisan Daging
  • 400 gm ayam/ daging kisar
  • 3 biji bawang besar dicincang halus
  • 1 paket kecil serbuk kari daging- Yatie letak 3 sudu besar
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang lobak merah diparut
  • 1 tangkai cili merah- di cincang (Yatie tambah)
  • daun bawang daun sup dicincang
  • 3 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa, sedikit gula
Cara Masak Inti
  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia hingga halus. Campurkan pada rempah kari sehingga menjadi pes basah.
  2. Panaskan minyak tumis pes basah sehingga gareng dan naik baunya. Masukkan bawang besar dan daging cincang.
  3. Masukkan 1/4 cawan air dan masak sehingga daging empuk.
  4. Masukkan garam, lobak merah dan daun bawang dan daun sup. Angkat dan sejukkan.
Cara Buat Lapisan Kraker.
  1. Rendamkan 9 keping krackers dalam campuran susu dan santan tadi. Rendam dlm 1 minit je.
  2. Oleskan 9 x 9 dulang pembakar dengar mentega.
  3. Susun krackers yang telah dicelup tadi ke dalam loyang.
  4. Lapiskan dengan lapisan daging.
  5. Pukul ringan telur dan tuangkan separuh dari telur ke atas lapisan daging tadi.
  6. Susun lagi krackers atas lapisan daging dan telur tadi.
  7. Tuangkan lagi separuh dari susu tadi.
  8. Ulangi proses lapisan sehingga habis, lebih kurang tiga lapis.
  9. Akhir sekali tuangkan baki susu sehingga habis. Bakar selama 45 minit pada kadar 190C. (Yatie buat 2 lapisan daging dan 3 lapisan biskut kraker, bahagian atas di akhiri dengan biskut krakers)

13 comments:

  1. Krakers tu kalau direndamkan tak patah ke? Nak rendam lama ke kejap?

    ReplyDelete
  2. nampak sedap...kat rumah byk biskut ni..kalau rajin boleh buat...kalau tak rajik boleh KIV...

    ReplyDelete
  3. cantik jerkan.. lebih baik murtabak ni dari murtabak mamak, hehe

    ReplyDelete
  4. Specialnya resepi... Tie, minta izin nanti ada masa nak try!

    ReplyDelete
  5. nampak yummy! nak try buat..da masuk dlm list..

    thanks share resepi..hehe

    ReplyDelete
  6. Dah lama nak buat ni tak terbuat2 lagi... nampak marvelous.

    ReplyDelete
  7. emm kak..sungguh2 menylerakan..

    ReplyDelete
  8. salam yatie..nekcik pun suka buat dan makan ..sedaap mcm muratabak singapor!

    ReplyDelete
  9. t.kasih dek yatie manis kusss
    pagi tadi kak buka dapo yatie nampak jer terus kak print resepi. dan terus buat jam 11.30 siap bakar.. dan terus makan.. tpi kak ilah buat inti ala2 rendang...

    ReplyDelete
  10. Assalam yatie, mcm murtabak raja yg sangat popular di klantan..tebal mcm tu, mesti sedap nih

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails