Bahan-bahannya:
- 1 ekor ayam dipotong 12
- 1 labu bawang besar- di mayang.
- 3 batang serai dititik
- 2 keping asam gelugor
- Garam dan serbuk kunyit(utk goreng ayam)
- Garam dan gula secukup rasa
- 4 biji bawang merah
- 1 labu bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 btng serai
- 1 cawan lada kering kisar(dlm 20 btng)
- Ayam yg telah di potong, di cuci dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng separuh masak.Angkat ayam dan toskan minyaknya.
- Tumiskan bawang besar yg di mayang hingga sedikit layu. Masukkan bahan2 yang telah di kisar dan tumis sehingga naik bau.
- Masukkan serai yg di titik tadi dan gaul lagi.(Tambahkan sedikit air sekiranya perlu)
- Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor. Masukkan pula garam dan gula...perasakan.
- Setelah rasanya ok, bolehlah di angkat dan matikan api.
- Angkat dan boleh di hidangkan bersama dengan nasi putih, nasi jagung atau nasi minyak.
As'salam yatie
ReplyDeleteKecur pagi2 nampak menu ayam sambal serai yang menyelerakan ni. memang tercari2 apa menu yang nak dimasak untuk hari ni. Insya'Allah kalau mood rajin bolehlah mencuba resipi ni nanti :)
Salam Yatie.Apa2 massakan yang brserai msti wangi kan?Sambalnya nampak sedp.
ReplyDeletesalam Yatie...memang feberet anak2 ni...ayam yg ringkas tp sedap...nanti nk try jugalah..
ReplyDeleteSalam kak yatie...lain kali nak bercuti ke Johor pulak. Boleh la rasa resepi kak yatie...hehehe
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeletelahaiii bestnyer kak nampak merah menyala je. dah menjejes dah air liur saya menengokkannya. patut la akak slalu ada menu ayam, sebab hubby akak pun suke kan. saya ni hubby slow sikit kalau buat ayam. sob sob... tumpang makan kak kat sini
salam kak...
ReplyDeletekalau dah masak ayam ni dgn nasi lemak, tak yah lah lagi masak sambal bilis kan kak?
Huh!!! Kita lapar blk sis tgk menu ni.. ;)
ReplyDeleteSalam Yatie. Uishhh .. KC tgk ni tergoda. Raya Haji ni nak balik Johor. Nak tumpang raya rumah Yatie bolehhh??? *Dgn muka tak malu* Huhu
ReplyDeleteAssalamualaikum akak yatie cayang.. Sedaaaaap!!! Diana dah masak dah.. Baru jer siap memasak nie.. N dah makan dah diana.. Memang terbaik ler ayam sambal serai nie.. Mkn lg ngan nasi lemak basmathi.. Sedaaap sesgt.. Terima kasih akak..
ReplyDelete