Wednesday, December 18, 2013

Ayam Sambal Serai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Inilah ayam sambal serai yg saya gandingkan dngn nasi mentega kismis tu. Walau ringkas tapi sedap sangat. Suami dan anak2 makan bertambah2..tak putus2 ckp sedap sangat. Alhamdulillah. Banyak kali dah masak ayam sambal serai ni sbb ianya mudah, mcm masak sambal ayam biasa tu, cuma kita tambahkan serai yg lebih..sbb tu namanya ayam sambal serai. Kalau nak cuba tu, leh cuba resepi ni.




Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam dipotong 12
  • 1 labu bawang besar- di mayang.
  • 3 batang serai dititik
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan serbuk kunyit(utk goreng ayam)
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk di kisar:
  • 4 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 btng serai- hiris halus dan kisar bersama
  • 1 cawan cili kisar
Cara Menyediakannya
  1. Ayam yg telah di potong, di cuci dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng separuh masak.Angkat ayam dan toskan minyaknya.
  2. Tumiskan bawang besar yg di mayang hingga sedikit layu. Masukkan bahan2 yang telah di kisar dan tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan serai yg di titik tadi dan gaul lagi.(Tambahkan sedikit air sekiranya perlu)
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor. Masukkan pula garam dan gula...perasakan.
  5. Setelah rasanya ok, bolehlah di angkat dan matikan api.
  6. Angkat dan boleh di hidangkan bersama dengan nasi putih, nasi mentega kismis, nasi jagung atau nasi minyak.

5 comments:

  1. Assalamualaikum yatie ayam klu dimasak sambal mmg laju jer makn.ditambah lagi dgn aroma serai...lagilah bertambah nasi dipinggan.

    ReplyDelete
  2. bahan2nya simple ja,kan..tp pasti rasanya sangat sedap...

    ReplyDelete
  3. Sedapnya yatie... simple jer bahannya.. boleh akak cuba ni... apa pun simpan resepi dulu..

    ReplyDelete
  4. Sedang mencari resepi nk masak arini, jupe blog ni. Nk try nnt.
    tq yer. Ada masa ke teratak saya pula yer.
    ummuque.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails