Monday, October 3, 2011

Roti Sosej Berkeju Rangup

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni kita bf dengan Roti Sosej Berkeju Rangup. Sebenarnya dah lama buat roti mcm ni, tapi tak sempat nak ambil gambar dah habis. Biasalah bila roti di gandingkan dngn keju dan sosej mmng menjadi kegemaran anak2 saya. Tak sampai hati pula nak biarkan lama diaorang menunggu lama utk menjamu selera. Jadi tak sempatlah nak ambil gambar. Kali ni saya buat lagi dan sempatlah roti ni berposing. Resepi asal KNor letak slice cheese, kali ni saya buat 2 jenis separuh letak cheese dan separuh lagi tak letak. Anak2 lebih suka yg ada slice cheese kat dalamnya. Terpulanglah pada selera masing2 ya.

Terima kasih pada KNor kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni, izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya. Sebelum ni nampak juga Mas dan Izah buat roti sosej berkeju rangup ni. Kalau kawan2 nak cuba tu, bolehlah semak resepi spt di bawah ni.



Bahan- Bahan
  • 10 keping roti putih
  • 10 batang sosej ~ direbus sekejap dan toskan
  • 10 keping slice cheese
  • 1 biji telur ~ dipukul sedikit
  • breadcrumbs @ serbuk roti secukupnya
  • minyak utk menggoreng
Cara membuatnya :
  1. Gelek roti hingga leper (boleh buang kulit tepi jika suka)
  2. Letakkan sekeping slice cheese dan letakkan pula 1 btg sosej.
  3. Sapukan hujung gulungan roti dengan sedikit telur (untuk melekatkan)
  4. Gulung dengan kemas. Buat hingga habis.
  5. Dengan menggunakan brush, sapu keseluruhan roti dgn telur yg dah dipukul sedikit tadi.
  6. Golek2kan ke dalam breadcrumbs dan goreng dalam minyak yg dah dipanaskan.
  7. Goreng hingga golden brown, angkat dan toskan.
  8. Hidangkan bersama sos kegemaran spt sos cili, mayonis dan jalapeno cheese.

9 comments:

  1. salam kakyatie...sedapnya kalau dapat cicah ngan sos cili....sosej lak tak dek kat umah.aiseeyyy..kalau dak boleh buat hari ni...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum akak...
    wah dah lama x buat gini... anak2 mmg suka makan.. tambah2 lg irfan tu... kalau ada yg nie.. benda lain x nak tgk dah... asal nampak soseg mmg x tolak.. :)

    ReplyDelete
  3. sedapnya, dah lama nampak resepi ni tapi tak terbuat² pun hehe

    ReplyDelete
  4. sedapnyer tu yatie.. tak bf lagi nih.. meh sepirig :)

    ReplyDelete
  5. sedap3 roti sosej ni..
    anak2 mas suka sangat....

    ReplyDelete
  6. jarang sosej ni saya rebus selalu goreng je..
    ni pun salah satu bekalan anak saya ke sekolah..

    ReplyDelete
  7. Adoiii sedapnye.. jadi lapar la plak perot ni tengok sosej berkeju...

    ReplyDelete
  8. mmg jimat guna kaedah Kak Nor ni kan..saya dah pernah wat gakla cuma takde keju..hehe...

    ReplyDelete
  9. kak yatieee...
    sedap sedap.. bread crumb banyak lagi dlm stok, cume sosej je tak de.. trasa2 nak krup krap makan gini..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails