Tuesday, April 24, 2012

Puding Laici Dangdut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni layan Puding Laici Dangdut yg sangat sedap. Lebih sedap lagi bila di makan sejuk..fuhhhh terasa nyaman je lalu kat tekak. Saya kerap buat puding ni sbb satu family suka sangat, kalau buat tu kena beli laici lebihlah. Hamka paling suka makan laici, biasanya satu tin tu dia sorang je yg makan. Kalau dah habis barulah dia makan pudingnya...ngelat betullah Hamka ni.

Bila makan puding ni mesti teringatkan mak dan ayah di kampung. Mereka berdua mmng suka sangat puding ni. Kalau balik kmpng mesti suruh saya buatkan. Tapi skrng tidak lagi sbb mak dah buat sendiri. Menurut mak, ayah saya suka sangat, kalau mak buat tu mmng tak putus2...bila dah tinggal sikit je kat petiais, mesti mak dah buat lagi sbb takmo kecewakan permintaan ayah saya. Sedihlah kalau suami nak makan puding dan rasa confident je ada kat petiais, tapi dah abes....susah dan berat hati nak mengatakan tidak ada/dah habis...kan...So jalan selamat, mak buatlah sampai jemu..tapi setakat ni mmng tak pernah jemu sbb mmng sedapkan.

Terima kasih pada Kak Liza pemilik resepi asal puding laici dangdut ni. Sebelum ni pernah juga buat diSINI. Ramai kawan2 yg telah mencubanya, pada yg belum cuba tu...mmng wajib cuba sbb mmng sedap sangat, lagipun mudah je membuatnya. Jom semak resepinya lagi.




Bahan-bahan

  • 10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 biasa (28 gm)
  • 2 liter air
  • 2 cawan gula (Yatie letak 1 1/2 cawan je)
  • 2 tin laici (asingkan airnya)
  • 1 tin susu cair
Cara-Cara
  1. Masak agar-agar hingga mendidih.
  2. Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. (jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)
  3. Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
  4. Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
  5. Kemudian sejukkan dalam fridge.
  6. Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi. Boleh juga di makan bersama susu cair.
(*Agar-agar ini memang sangat lembut seperti taufufa tu..kalau dalam bekas besar, skop aje dengan senduk bila nak makan.)

18 comments:

  1. wahhhhhhhhhhhh.. awat selera kita selalu sama, nak semangkuk ya.. hehehe

    ReplyDelete
  2. aduhh cerita kak yatie ni buat saya cek dlam purse ada brape keping duit sehinggit. nak gi kedai gak esok cari laici. kikiki... biar pun hujan lebat tapi puding ni dah menggoda tekak ku. wat to do..huhu

    ReplyDelete
  3. mesti cuba ni puding versi dangdut...hehe...sedap...

    ReplyDelete
  4. sedapnya kak yatie... lia nak cari tupperware mcm yg kak yatie guna ni lah..senang nak bagi anak2 makan... :)

    ReplyDelete
  5. Salam kak yatie! sedap mkn sejuk2 puding niii, ada kuah mmg kita suke :D kita dtg ambik resepi sekali :D tenkiuuu!!!

    ReplyDelete
  6. sedaplah ! nak try buat lah nanti. cara die pun senang je :D

    ReplyDelete
  7. salam kak... kek lumut versi nestum tuh masuk list jugak.. sbb dah tau kesedapannyaaa... pergh! puding laici nih mmg sodapppp teringat masa mkn umah kakummi.. siap bertambah lagik! hikhikhik...

    ReplyDelete
  8. salam kak ..adoiii nnti kene cube jgk la...menu feveret ni...meleleh air liurr

    ReplyDelete
  9. syik asyik asyiiiikkk... tetiba berdangdut kak hihi.. mmg asyik la nengok puding ni hah..

    ReplyDelete
  10. SAlam Kak Yatie.. hadoiii nampak sedap sungguh! resipe pun simple aje tu... rasanya mesti best! lepas makan nak kena gelek ke Kak??? ni yang teruja nak mencuba ni... :)))

    ReplyDelete
  11. aduhhhh...
    sedappnya puding laici..
    lama dah mas tak buat...

    ReplyDelete
  12. Nampak sedap..terasa sejuk kat tekak..Alangkah baik nya kalau dah ada depan mata..Boleh ngap...Nak kene buat ni..

    ReplyDelete
  13. Assalam Kak Yatie, sedapnya tgk puding laici akak ni..nk kena cari laici jugalah nanti..terliur sudah:)

    ReplyDelete
  14. Salam kak yatie.... hehe nama serupa pulak.. baru sekarang saya nak meninggalkan jejak, selama ni jadi silent reader dari kak yatie tinggal di oversea hingga lah balik ke Malaysia.. suka sangat jengok blog ni..

    Tak boleh tahan tajuk entri yang dihujung tu "dangdut" lepas makan mesti berdangdut tu.. ehe :-))

    ReplyDelete
  15. memang syok makan puding waktu panas2 ni kan kak..hehhehe

    ReplyDelete
  16. Weeeeeyyy Yatie cayang...betul2 menggoda puding tu...teringat2 akan teksturnya yg gegar2 mcm tu....melorot masuk tekak...nak nak musim panas ni, nak cari yg sejuk2 jerrr... ^__^

    ReplyDelete
  17. salam kaka Yatie..
    hmmmmm, sejuk alur tekak..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails