Monday, December 3, 2012

Happy Birthday To Me - Yatie


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Masa berlalu terlalu pantas, kejap je dah akhir tahun. Hari ini bersamaan 3 dec merupakan hari yg paling indah utk di ingati dlm hidup saya. Setiap tahun pada tarikh inilah membuatkan hati saya gembira dan terharu sekali. Tarikh inilah saya terkenangkan ibu yg melahirkan, menyusukan, membesarkan dngn penuh kasih sayang dan mendidikku. Pengorbanannya terlalu besar hingga tak terucap dngn kata2. Kini daku memahami bila diriku bergelar ibu. Membesarkan dan mendidik anak dari sejak di lahirkan hinggalah dewasa. Kesabaran itu amat penting walau sesekali kita di uji dlm membesarkan anak2. Doa sentiasa mengiringi walau di mana jua anak berada. Terima kasih ibu atas jasa dan pengorbananmu selama ini. Daku amat menyayangimu hingga akhir hayatku.

Buat ayah tersayang, terima kasih atas kasih sayang selama ini. Terima kasih atas pengorbananmu membesarkan anakmu ini, mencari rezeki utk keluarga tanpa mengeluh penat dan lelah. Masih teringat lagi saat pulangmu dari bekerja, wajahmu tetap tersenyum bila melihat ibu dan kami anak2mu menanti di rumah. Tidak pernah sekali pun merunggut dngn dugaan yg diberi, malah sentiasa  berusaha utk mencari rezeki utk kami sekeluarga dan hinggalah berjaya memberi kesenangan pada keluarga. Syukur Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah kerana memberikan kami sekeluarga rezeki yg berkat dan melimpah ruah hingga hari ini. Moga ianya berkekalan hingga ke akhir hayat. Aamiin. Berkat kesungguhan dan pengorbanan ayahku...

Buat suamiku, terima kasih kerana menyayangi dan memahami diri ini. Sesungguhnya tiada ucapan yg paling istimewa dariku sempena hari kelahiranku selain terima kasih yg tak terhingga. Terima kasih kerana menjadi temanku, suamiku dan sahabatku selama ini. Terima kasih kerana mendidikku selama ini dan terima kasih kerana menjadi ayah yg penyayang pada anak2 kita..Sesungguhnya daku amat menyayangi dirimu dan moga mahligai yg di bina selama ini berkekalan bahagia hingga ke syurga. Aamiin.

Buat anak2ku, terima kasih kerana menyayangi dan menghormati ayah dan ibumu selama ini. Sesungguhnya kamu semua adalah penyeri hidup kami. Moga anak2ku sentiasa taat perintah Allah dan ibu ayahnya walau di mana juga anak2ku berada.Aamiin.

Buat sahabat2ku, teman2ku di FB,alam nyata/ alam cyber samada jauh dan dekat, terima kasih atas doa dan ingatan selama ini. Sesungguhnya anda semua adalah teman di kala suka dan dukaku. Terima kasih yg ucap selamat di fb atau yg sms. Daku amat gembira dan terharu....Terima Kasih sekali lagi..

Terima kasih buat blogger Ayu@Citarasa Rinduan...betul2 buat akak terharu ni....



Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkanlah dosa2 kedua orang tuaku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkanlah mereka, murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya dan lindungilah mereka. Aamiin, aamiin ya robbal aalaamiin...

30 comments:

  1. Happy Birthday Kak. Touching pulak sue baca N3 akak ni. Semoga Allah memberkati hidupmu kak.

    ReplyDelete
  2. Selamat hari lahir kak yatie...kami blogger2 masakan sayang kat akak....pengsan kejap >___<

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Che Mat...waduhhhh pengsan gak niiiiiii....he3...

      Delete
  3. Happy Birthday yatie..
    Moga ddlm kesejahteraan, diberkati Allah & diluaskan lagi rezeki ameen...

    salam ukhwah

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Lahir Kak Yatie.. Semoga Allah memakbulkan semua doa2 akak. Amin..

    ReplyDelete
  5. happy bornday!
    smoga terus berusaha dalam hidup dan menjadi ceria selalu,
    no sad sad,
    saya suka semua resepi dalam blog nie,selalu tengok,
    heee,happy bornday sekali lagi!!

    ReplyDelete
  6. Happy birthday Yatie....moga di rahmati Allah dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  7. happy birthday Yatie semoga dipanjangkan umur yg berkat dan rezeki yang halal dan melimpah ruah dan happy family hingga ke akhir hayat aminnn

    ReplyDelete
  8. Happy birthday Yatie..... owalaaaaa.... merembes banyu moto mboco tulisanmu...

    ReplyDelete
  9. happy birthday kak yatie..


    sayang kak jua

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum...lama x komen kat sini...selamat ari lahir kak yatie, moga bahagia dunia dan akhirat....

    ReplyDelete
  11. selamat hari jadi kak yatie...semoga panjang umur dan murah rezeki

    ReplyDelete
  12. Selamat Hari Lahir Kak Yatie.....semuga sentiasa diberi cahaya keimanan, ketaqwaan, kebahagiaan dunia dan akhirat....

    ReplyDelete
  13. Selamat Hari Lahir kak Yatie .. Semoga terus sukses dalam kehidupan ini dan diberkati Allah hendaknya .. Dari saya sekeluarga ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin..terima kasih Ben atas ingatan dan ucap selamat...akak amat2 menghargainya...

      Delete
  14. Assalamualaikum Kak Yatie.. Selamat Hari Lahir.. Semoga Allah swt memberikan yang terbaik utk Kak Yatie dan keluarga tersayang.. Salam sayang dari Ani..

    ReplyDelete
  15. selamat hari lahir kak yatie..semoga Allah sentiasa merahmati akak sekeluarga..Amin

    ReplyDelete
  16. Selamat Hari Lahir Yatie. Semuga doa mu di makbulkan Allah, amin.

    ReplyDelete
  17. HappY BirthdaY to You..
    HappY BirthdaY to You..
    HappY BirthdaY dear Kak Yatie..
    HappY Birthday to You!!! ^_^

    May you have a fantastic and rocking years ahead kak! :)

    ReplyDelete
  18. Eppy birthday k. Yatie... Yr blog light up my day...

    ReplyDelete
  19. Hppy belated bday Yatie... semoga bahagia selalu... tahniah! comel2 belaka anakandanya...

    ReplyDelete
  20. selamat hari lahir kak..semoga diberkati Allah..

    ReplyDelete
  21. selamat hari lahir kak yatie..semoga bahagia dan sukses semuanya..

    ReplyDelete
  22. happy birthday kak yatie..
    sentiasa didalam rahmatnya..dipermudahkan rezeki dan sentiasa bahagia brsama kluarga tercinta ..aminnn

    ReplyDelete
  23. happy birthday kak yatie, moga sentiasa dlm lindunganNya

    ReplyDelete
  24. Syukur Alhamdulillah saya mempunyai teman2 yg baik yg sentiasa prihatin terhadap diri ini..saya amat2 menghargainya...terima kasih atas ucap selamat dan atas ingatan...moga hidup kita sentiasa di berkati dan dirahmati Allah SWT. Aamiin...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails