Friday, February 10, 2012

Talam Roti Paun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni kita layan kuih Talam Roti Paun pula. Macam biasalah tuan rumah mmng peminat setia kuih kukus/tradisional ni, jadi mmng tak heranlah kuih2 mcm ni je kat blog saya. Pada yg suka tu bolehlah mencubanya, pada yg kurang gemar tu..lihat jelah ya. Manalah tau satu hari nanti bertukar selera pada kuih2 mcm ni...sape tau kan. Pada pengemar kuih2 kukus ni bolehlah mencubanya. Kuih ni sedap sangat, terasa lembut dan lemak manisnya. Kalau di sejukkan lagilah sedap. Resepi asal adalah dari Chef Asma dan saya telah ubah pada sukatan cawan metrik supaya mudah buat rujukan di masa akan datang. Lain kali kalau nak buat lagi, senang dan tak payah keluarkan penimbang...sukat guna cawan je. Terima kasih pada tuan punya resepi...jom kita semak resepinya.




Lapisan Bawah
  • 13 keping roti putih Gardenia- di carik2
  • 2 biji telur
  • 50 gm raisin-Yatie tak letak
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 150 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 1/4 sk vanilla essence
Cara-caranya
  1. Satukan semua bahan-bahan dan rendamkan roti selama 30 minit (sehingga lembut)
  2. Masukkan dalam loyang 10x10x2"(Sapu minyak dulu sekeliling loyang dan alas plastik)
  3. Kukus selama 25 minit.
  4. Apabila masak angkat dan cakar dengan garfu.
  5. (Jika terdapat sedikit air di permukaannya, sendengkan loyang dan buangkan air guna sudu atau kertas tisu, pastu baru cakar2kan sedikit dan tuangkan adunan lapisan tengah)
Lapisan tengah
  • 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 2 biji telur
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit perisa pandan
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan2, kacau rata dan tapis ke dalam periuk.
  2. Masak hingga naik wap, guna api sederhana je. Masa ni sentiasa kacau guna whisk je...jngn terlalu pekat atau terlalu cair, adunan seolah2 susu pekat je.
  3. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit ( Apabila masak, cakar dengan garfu)
Lapisan atas
  • 1/2 cwn tepung kastard
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/4 sk garam
  • 1/8 sk vanilla essence
  • 3 biji telur
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • sedikit pewarna kuning/oren (tak letak pun takpe)
Cara-caranya
  1. Ikut seperti lapisan tengah. Satukan semua bahan2 dan tapiskan.
  2. Masak jangan terlalu pekat & jangan terlalu cair. Guna api sederhana dan sentiasa di kacau supaya tak berketul2.
  3. Tuang adunan ke atas lapisan tengah dan kukus selama 25 minit.
  4. Sentiasa lap tutup pengukus. Saya lap setiap 5 minit, permukaan kuih kelihatan rata dan licin.
  5. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk bolehlah di potong guna pisau plastik.

21 comments:

  1. kemas nyeeeee kuih akak...
    akakkkk yatieeeeeee.. lama saya tak menjenguk kat sini. puas balik kampung ke kak? hehe..

    ReplyDelete
  2. Salam kak yatie! oh talammmm talammmm mmg kita suke, kita leh geng ni kak sbb kita antu talam hihihi... cantek! mesti sedap rasanyer. masuk list dulu :D

    ReplyDelete
  3. wow...menarik sangat...mesti cuba ni...mesti sedap. :)

    ReplyDelete
  4. Sedap nampaknyer kak, pernah juga saya buat talam roti style sendiri,mmg lemak je rasa..

    ReplyDelete
  5. dari pintu FB ke pintu sini pulak.. utk pemandangan yg lebih jelas.. hihihi.. sedapnya yatie.. cantik warnanya n sgt kemas lapisannya..

    ReplyDelete
  6. Cantik menarik memang ratu talam niyatie,potong guna ruler ke hehehehe gurau je je

    ReplyDelete
  7. As'salam Yatie

    cunnya kuih talam ni, ter kasih Yatie berkongsi resipi, k.ct dah salin dulu resipi ni baru tinggal komen...hehehe

    senang2 nanti k.ct nak cuba juga, sebab Hubby lebih suka kuih2 talam berbanding kek2 ni katanya...hehehe

    ReplyDelete
  8. wow...sounds scrumptiously tasty..
    just found your space..amazing space you have..
    excellent posts with lipsmacking cliks..
    Am your happy follower now..;)
    do stop by mine sometime..
    Tasty Appetite

    ReplyDelete
  9. Aslmkm Yatie. Rajin nya mencuba kuih2 talam tu. Along tak abis belek pun lagi buku ChefAsma tu. Nampak cantik nya kuih yg Yatie buat ni.

    ReplyDelete
  10. salam k yatie... cantik emas kuih tlm akak..mcm2 jenis tlm akak dh buat..akn ku cuba..tqvm

    ReplyDelete
  11. Salam Yatie,
    First time dengan nama talam begini.Sangat cantik yatie buat dan saya pun dah terasa nak makan dah hihi kena buatlah nampaknya. Thanks yatie for sharing.

    ReplyDelete
  12. salam yatie.
    Tergoda tengok talam ni..

    ReplyDelete
  13. Assalam Yatie...waaah talam lapis roti...ni mesti sedap mcm talam lapis diplomat akak try hari tu...cuma gantikan dgn roti gardenia nampaknya eh...mesti nak kena try nnt....seblm tu bagi akak rasa 2 ketuii, ada lg x Yatie cayang...? Xda ehh...huhuu (*jalan lenggang bayam balik rumah...)

    ReplyDelete
  14. salam kak yatie.. kuih talam ni akak guna santan kotak ke santan segar?

    ReplyDelete
  15. Salam Yatie, saya pernah juga dengar talam ni tapi belum ade yg berkongsi resepi. Sekarang bolehlah mencubanya. Terima kasih kerana berkongsi:)

    ReplyDelete
  16. wahhh beraneka kuih talam k yatie buat...pantas sekalilah gelaran ratu kuih talam tu utk akak.syabas kak!

    ReplyDelete
  17. Kak Yatie, berkenan tgk kuih talam ni..nanti saya nk cubala..haha sama minat ngan akak juga suka kuihx2 talam ni.tq sharing kak yer:)

    ReplyDelete
  18. salam k.yati !
    talam dah wat ! simply gorgeous ! thnks for the recipes :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails