Tuesday, February 14, 2012

Kek Batik Arora

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Malam tadi saya merajinkan diri buat kek yg glamour namanya iaitu Kek Batik Arora. Tak sabar nak buat dan merasa kek ni, lebih2 lagi bila nampak Ita dan Ady buat...menarik dan ceria je warna kek ni. Kek ni lembut dan moist je, rasanya seakan2 kek pelangi atau kek marble. Terima kasih pada Cida kerana berkongsi resepi kek ni, izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Ikut resepi asal kena tompok2kan, tapi akak terlupa wat belang2 mcm biasa..jadilah rupa mcm kek pelangi. BTW kek ni mmng sedap sangat. Kalau nak tau rasanya, kenalah cuba buat..Jom semak resepinya.





Bahan-bahan
  • 250 g mentega
  • 100 gram gula castor
  • 1/2 cawan susu pekat manis ~ ita letak 3/4 cawan
  • 250 g tepung gandum
  • 6 biji telur
  • 2 sudu teh baking powder
  • 5 jenis pewarna dan perisa
  • 1 sudu teh ovelate ~ ita tambah
Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 160 ~ 180 C
  2. Sediakan loyang ukuran 8 inc
  3. Griskan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper
  4. Satukan tepung gandum dan baking powder
  5. Kemudian di ayak ~ ketepikan
  6. Dalam bekas mixer
  7. Pukul mentega, ovelate dan gula sehingga kembang dan memutih
  8. Tambahkan susu pekat manis dan terus pukul hingga adunan sebati
  9. Masukkan telur sebijik demi sebijik ( pastikan telur tu dah rata baru masukkan satu bijik lagi) hingga habis
  10. Tutup mixer
  11. Masukkan campuran tepung dan baking powder tadi dan kaup balik hingga rata
  12. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian
  13. Letakkan setiap bahagian dengan pilihan perisa dan warna yang disukai
  14. Gaul adunan rata
  15. Tompok-tompokkan setiap warna dalam loyang hingga habis
  16. Setiap tompokan 1 senduk
  17. Masukkan dalam oven, dan bakar dengan menggunakan api bawah selama 45minit ~ 1 jam.
  18. Atau sehingga kek telah di masak dengan sempurna

26 comments:

  1. cantiknye. cam pelangi je..dah lame tak buat kek colour2 cmni..tgk kek kak yati nie buat teruja pulak..cantik sungguh.

    ReplyDelete
  2. salam Yatie..
    cantiknya yatie...
    tak berkelip mata memandang..
    warnanya tu mmg memukau..

    ReplyDelete
  3. wah cantik nya..mesti sedap ni..

    kena cuba ni..thanks for sharing

    salam perkenalan from me ..hanimmdzain@blogspot (segalanya tentang kehidupan)

    ReplyDelete
  4. Salam kak yatie! aduhhhhh.. kita mmg sukeeeeeeeeee sgt kek2 gini lah! dah byk kali kita ulang2 ayat yg sama ya kak? hihihi.. mmg siyesss suke dgn kek2 butter gini :D dah list tp sejak2 byk menu yg nak didahulukan terpaksa hold dulu :D nmpk moist sgtnyer!

    ReplyDelete
  5. salam yatie amboi megekek yee cantik warna dlm kek tu meriah... suka tang pepel calor..rupanya resepi pun mudah

    ReplyDelete
  6. cantik nya....geram tengok..nk makan pun sayang ni...

    ReplyDelete
  7. asslm kak..
    wow colorful kek ni..suka tgk color tu..

    ReplyDelete
  8. Sampai sini dah kek batik ni...suke kaler2 yang Yatie guna...ceria.sumenya...molek je coraknya...:)

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Yatie. Sue suka tgk kek ni tau. Bercolour2. Bahannya pun mudah ja.:-)

    ReplyDelete
  10. whoaaa!! cepatnya kek ni dr JB terus ke utagha! Kaler2 dia sungguh menakjubkan la kak!

    ReplyDelete
  11. terpegun dihujung jendela... melihat kek ni

    ReplyDelete
  12. cantik le kalernya kak. hrrmmm nampak gayanya demam arora bakal melanda

    ReplyDelete
  13. as-salam kak Yatie
    AHHHHH!!! This looks gorgeous! I love the swirls :)

    ReplyDelete
  14. Memang cute diapunya gabungan warna..ceria je nampaknya

    ReplyDelete
  15. Yatie cayangggg...akak pun dah buat ahad kelmarin, ntah bila nak posting...que pjg sgt nih...hehehee.. Xpa la ala pelangi pun...akak mmg wat tomfok tomfoookk...hehehee

    ReplyDelete
  16. memang sangat cantik dengan warna yang amat menarik... teringin juga nak buatnya..

    ReplyDelete
  17. salam kak yatie...
    cantik colour tu..geram sgt tp macam mana nak buat sampai jadi alunan colour macam tu..
    boleh kak yatie ajarkan ?

    ReplyDelete
  18. Salam Kak Yatie....cantik sgt kuih tu mmg teringin nak wat...tema kasih bg resepi...dah byk resepi k.yatie saya amik dan cuba buat

    ReplyDelete
  19. salam kak yatie...nak tanya sikit... kek nie x letak esen vanila,x bau telur ke?.....coz anak2 bukannya suka sgt bau telur yg kuat...

    ReplyDelete
  20. Datang nak melawat kek arora yg tgh meletop2 ni... waaaah, cantek ler Yatie punya ni.

    ReplyDelete
  21. salam...cantik nya color n layer dia akak.....

    ReplyDelete
  22. Kak, akak amik tempahan tak? boleh tak kalau nak tempah untuk bulan 5 nnti? reply kt email sy ye, aini@gates.my

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails