Monday, February 27, 2012

Donut Kentang Lagi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni bf apa ya? Tak kisahlah kita sarapan apa, asalkan tak dibiarkan perut tu kosong. Walau sikit, ambillah makanan buat alas perut supaya kita mempunyai tenaga di pagi hari utk melakukan tugasan dngn baik dan ceria. Ok hari ni kami sekeluarga bf donut kentang je. Sebenarnya buat donut ni malam tadi, pagi ni tinggal panaskan je...mudahkan. Lagipun anak2 mmng suka sarapan yg ringan2 je mcm donut ni. Kalau yg berat2 sikit tu takut sakit perut dan menganggu masa pembelajaran di sekolah. Resepi donut ni dah selalu sangat saya buat dan mmng lembut dari malam ke pagi...dan dari pagi ke malam..he3..tentu fahamkan.

Terima kasih pada penyumbang resepi. Kawan2 boleh juga rujuk di SINI.



Bahan-Bahan

  • 500 gram tepung gandum
  • 200 gram kentang/ keledek yang telah direbus dan dilenyek
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit)
  • 200 ml air suam ~ Yatie uli doh guna tangan je, so masukkan air sikit2 ya dlm 1/2 cwn je
  • 3 sudu besar marjerin/butter
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil yis
Caranya.
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
  2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..

12 comments:

  1. salam ziarah kak yatie..
    pagi ni mai bf donut kentang kat sini...hehehe

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak mendonut...sedap ni kalau dapt tg panas2 sambil minum teh-o.... yummy!! bak seketoi dount Yatie...

    ReplyDelete
  3. kak yati..
    gebusssnya donut tu..
    buat mas rasa nak mendonuttt jerk..he3

    ReplyDelete
  4. Assalam yatie molatnyaaaa donut dia geram tengok,saya selalu buat guna keledek tapi guna rcp ni jugak

    ReplyDelete
  5. Assallamualaikum Kak Yatie..

    Montok2nya donut akak.. berongga2 di bahagian dalamnya...Apa khabar kak? Lama tak jenguk sini...

    ReplyDelete
  6. Assalam Yatie cayang...tabik spring tul dgn Yatie nih...rajin betul dia....akak dah masuk monson malas2 dah ni...hehee...sedang mencari2 ruang untuk memulakan istirehat yg agak panjang.... Moga Yatie terus kongsi resepi2 sedap yea....cayanggg diaaa...muaahhss!!

    ReplyDelete
  7. salam yatie..mmg nampak beza klu buat donut guna kentang,lembuttt jer kan.Aritu bagi MIL donut,dia tanya camna atie buat lembutttt...Bestnya MIL dah memuji..hihi

    ReplyDelete
  8. As Salam yatie..
    lama mama tak buat donut.. mmg best kan kalau dinut yg kite buat tuh gebus & lembut kan3x :)

    ReplyDelete
  9. assalam yatie, nmpk pun halus n mulus je donut kentang ni

    ReplyDelete
  10. gebunya donat tu.. kena try resepi ni..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails