Ok kali ni saya cuba resepi dari Mat Gebu. Alhamdulilllah menjadi cantik je kuih ni. Cuma kali ni ada lebihan ubi, jadi saya semuakan je...jadilah lapisan ubi tu tebal sikit. Tak kisahlah, lagipun anak2 dan suami mmng suka bahagian lapisan ubi tu. Terima kasih Mat kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan akak kongsikan kat sini pula ya. Jom kita semak bahan2nya.
Bahan Utk Lapisan Bawah
- 600 gram parutan ubi kayu
- 160 ml santan cair
- 200 gram gula pasir
- 50 gram gula melaka
- Sedikit pewarna coklat (optional)
- 1 helai daun pandan
- 600 ml santan
- 40 gram tepung gandum
- 70 gram tepung beras
- sedikit garam
UNTUK BAHAGIAN BAWAH :-
Satukan santan, gula pasir, gula melaka dan daun pandan. Masak dengan api perlahan hingga gula larut. Tapis dan sejukkan. Sediakan tin kek berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan plastik bersih. Sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Panaskan kukusan. Satukan air gula merah yang telah sejuk tadi bersama ubi parut, kacau rata2 dan tuang dalam tin tadi, ratakan dan kukus 20 minit dengan api sederhana. Mat tutup permukaan tin dengan tudung periuk.
UNTUK LAPISAN ATAS :-
Bancuh semua bahan untuk lapisan atas kecuali garam, kacau rata dan tambah garam secukup rasa (jangan banyak, kasi rasa lemak saja). Tapis bancuhan tadi. Kemudian tuang (kacau dulu) perlahan2 atas ubi tadi, gunakan kaedah meletak senduk atas lapisan bawah dan curah adunan ke dalam senduk dan biar ianya melimpah. Kukus lagi dengan api sederhana selama 25 minit, tutup permukaan tin dengan tudung periuk. Bila masak biar kueh betul2 sejuk sebelum dipotong.
CATATAN MAT GEBU :-
Sebelum tuang untuk bahagian kepala, mat angkat bahagian kukus yang ada tin tadi ke tepi sinki, kemudian ambil paper towel dalam 2 helai, berhati2 letakkan di atas permukaan lapisan bawah tadi (lapisan ubi), tujuan biar paper towel tadi menyerap air yang terhasil pada permukaannya, kemudian perlahan, tarik keluar paper towel tadi. Lepas tu baru mat tuang bahagian kepala dan sambung mengukus....Selamat mencuba!!..
wah cantik kejadian talam ubi ni..kemas lak tu potongannya.Yatie ni mmg pakar bab kuih cenggini.
ReplyDeletesalam Yatie..cantiknya lapis atas dan bawah tu.Kuih yang sesuai untuk dijadikan juadah berbuka...
ReplyDeletecantiknya talam yati tu..geram akak tengok.:)
ReplyDeletecantiknya... kemas gitu... sukanya ngan kuih talam nie.. tp x reti nak buat sndiri.. hehhehe...
ReplyDeletealamak terliur pulak..nk buat jugak laa ..
ReplyDeletekaka yati .. lawanya talam ubi tu.. geram tgk ita suka kak talam ubi .. sedapnya kak.. kena balik msia baru leh makan..:(
ReplyDeletebest..semalam gi chow kit baru je beli ubi..niat nak wat bingka ubi ..tapi bila tengok ni tergoda plak
ReplyDeleteSalam kak yatie!!! cantekknyer talam akak! mak kita dulu2 suke buat talamn ubi niii tapi kita jual mahal, yer la masa dulu2 tak minat kuih2 gini tp skrg ni bila nmpk nak buat tp tu lah, takd e ubi pulak kat sini, sedapnyer! suke korek bwh2nyer jerr :D
ReplyDeletesalam yatie...kesukaan atie gak tp dah lama xmkn...xdak ubi!...cantik jer potongan talam ubi nih...
ReplyDeletememang admire betul potongan kuih talam akak.. kagum tak habisss habiss saya nii
ReplyDeleteAssalamualaikum Yatie,
ReplyDeleteSedapnya lama tak makan ...saya bab kukus mengukus nie tak pandai lah
@lina_pg
ReplyDeletetq, Yatie mmng minat buat dan suka makan kuih2 mcm ni...potong guna pisau plastik je...
@cikmanggis
ReplyDeletewkmsalam, mmng sedap kuih ni..buat sendiri, lagilah boleh ulang2 makan...hehehehe..
@anymz
ReplyDeletemekaceh kak, mailah buat kuih talam ubi ni...
@Diana @ Melley Mey
ReplyDeletetq, kalau teringin tu, bolehlah mencubanya...mudah dan sedap tawwww...
@deqlis
ReplyDeletebuatlah Deqlis...puashati tawww wat sendiri....
@Juwita Jamaludin
ReplyDeletetq Ita, takpe..bila balik msia nnti makan puas2 ya...akak suka kuih yg berasaskan ubi...sedap sngt..
@Nazrah
ReplyDeletewat bingka ubi pun sodap gak....takpe wat dua2 je..hehehe...nnti bagi akak sikit ya....
@ijayuji
ReplyDeletewkmsalam, alalalala ciannya...kalau dekat akak dah bagi rasa kuih ni..akak pun suka yg bahagian ubinya..tu yg buat tebal sikit tu...kih3..
@♥♥azatiesayang ♥♥
ReplyDeletewkmsalam, mmng sedapkan talam ubi ni...kalau tak ramai rakyat kat umah tu, beli je yg dah siap..tapi tulah kdng2 bila beli ni...tak menepati citarasa kita kan....kdng2 ok gak...
@izahdaut
ReplyDeletetq Izah, alaaaa akak tunggu kuih ni betul2 sejuk barulah di potong guna pisau plastik..gerenti cantik dan kemas..Izah wat kuih2 talam pun ok gak..
@noor
ReplyDeletewkmsalam, takpe cubalah buat, lama2 mahir gak bab kukus2 kuih ni..
askum kak yatie,pagi ni seawal 6pagi saya dah bangun untuk cube resepi talam ubi ni .sebab lepas zohor saya akan ke shah alam......ade kenduri rumah makcik...Alhamdulillah jadi...thanks so much kak.....
ReplyDeleteassalam kak,saya adalah peminat setia resepi akak,saya nak tanya kenapa saya buat talam ubi ni permukaan atasnya(bahagian putih) bila sejuk dia merekah.....tlng saya ya kak selesaikn masalah ini....
ReplyDelete