Thursday, August 11, 2011

Puding Kastad Laici


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Inilah dessert yg biasanya saya buat utk juadah berbuka puasa, dah kira menu wajib bila bulan puasa ni. Biasanya puding ni makan dngn koktel je, tapi kami sekeluarga lebih suka makan dngn laici sbb suka dngn rasa laici dan kuahnya yg harum tu. Terpulanglah pada selera masing2 ya. Resepi ni mudah je,sama je mcm buat puding berkuah, cuma kali ni makan dngn laici...jadilah puding kastad laici.... saya mmng suka puding yg lembut mcm ni...terasa nyaman je lalu kat tekak, lebih2 lagi bila di makan sejuk. Ok jom kita semak resepinya....



Bahan2 Utk Puding
  • 1 cwn tepung kastard
  • 4 1/2 cwn air
  • 1/2 cwn susu cair
  • 1/2 cwn gula
Cara-Cara
  1. Satukan tepung kastard bersama gula, susu cair dan air. Gaul semuanya.
  2. Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan kacau sentiasa. Biasanya dlm anggaran 20 minit. Setelah agak pekat, matikan api dan tuang dlm bekas2 kecil atau loyang.
  3. Biarkan sejuk sebentar dan simpan dlm peti sejuk. Setelah beku barulah boleh di hidangkan.
Bahan Utk Kuah
  • 1 tin buah laici
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air biasa (air masak)
  • 1 cwn gula( terpulang pd masing2 ya..)
  • ketulan ais secukupnya
Cara-Cara
  1. Masak gula bersama air(sekadar gula hancur je..). Setelah itu biarkan sejuk.
  2. Setelah air gula sejuk, bolehlah tuang laici dan susu.
  3. Ambil puding tadi dan masukkan kedlm mangkuk...tuangkan kuah yg bercampur laici.
  4. Sedap di makan ketika sejuk. Boleh juga di letak ketulan ais.
**Biasanya saya guna air masak biasa campur dngn susu cair dan gula saja. Lepas tu tuangkan buah laici.Gaul sebati dan letak sedikit ketulan ais. Barulah di hidangkan bersama puding kastard.

15 comments:

  1. wah sedapnya, nak try lah nanti =)

    ReplyDelete
  2. tak tahan tgk buah laici tuu...

    qhaifanurin.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. sALAM Kak...

    Sejuk rasa tengkuk ni...huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. Salam kak yatie!!! Kita dah Ada verangan angan jugak nk buat puding berkuh gini rasa mcm nk buatlah pulak! Hihihi Sedapnyer bata kn pose hirup kuah dia sejuk2 :D

    ReplyDelete
  5. ya, kak zu pun nak cuba jugalah..thanks for sharing

    ReplyDelete
  6. perhhh...terliurnya tengok kakk....

    ReplyDelete
  7. suka hatinya jika dpat makan benda sejuk di waktu panas begini. Nanti saya boleh nak mencuba pulak..hihi saya memang suka yang simple camnie

    ReplyDelete
  8. Gulp! Nak puding kak...haish sedapnya :)

    ReplyDelete
  9. kastad2 ni mmg faveret sangat. tengok pun mcm senang je buat dia. thanks kak yatie. :)

    ReplyDelete
  10. Assalam Yatie maniss....amboii puding kastad laici tu semanis Yatie tau akak tengok... Ni makan sejuk2 mmg x igt doniaaaa la kan.. Masak apa hari ni Yatie.. akak blur dah ni...hehe :) baru 11 hari puasa tuuu...adeiii

    ReplyDelete
  11. Wah sedapnya tgk..puding kastard laici nie..mmg tergerak nk cuba nnt..tgk pon dh terliur..hehe..selamat berbuka ye kak atie..

    ReplyDelete
  12. Samalah menu kita..puding kastad berkuah..yg semestinya sedapkan. buah laici..kat sini tak da...
    tengok kerutuk telur dibawahpun sedap...nanti nak cuba..rempah kerutuk masih ada stok...

    ReplyDelete
  13. sedap2.. suka dengan rasanya kak tambah makan sejuk2.. rasa nak buat lak

    ReplyDelete
  14. Assalam Yatie....sedapnya puding tu..Akak buat bancuh dan minum her air laici tu....nanti nak try memudingkannya pulak!~

    ReplyDelete
  15. salam k.yati...fuhh sedap tul nampaknya puding nih..mesti dpt byk kan buat nih...semalam lieza masak ikan pari maasak hijau k.yatie tu..fuhh sedap lah...pestime makan ikan pari goreng..biasa lieza makan yg bakar jer..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails