Monday, August 1, 2011

Daging Goreng Ala Kaprau

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Alhamdulillah dah satu hari kita berpuasa, moga kita di beri kesihatan yg baik utk terus menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Ok, hari ni saya masak daging goreng ala kaprau, mmng pelik sikit nama masakan ni, tapi rasanya...walaweiii sedap banget. Tngk bahan2 ringkas dan mudah menyediakannya. Alhamdulillah satu family suka masakan ni, dan sudah pastinya akan ada menu ulang tayang lepas ni. Terima kasih pada KJee kerana berkongsi resepi yg sedap ni, izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya. Kali ni saya kopipes dari K.Nor Secubit Garam, mmng betul kata K.Nor...sedap sangat daging masak mcm ni. Ianya sesuai juga di buat menu bersahur. Jom kita semak bahan2nya.



BAHAN2:
  • 250 gms daging batang pinang dihiris nipis (atau ayam)
  • 2 sudu besar paste tomyam
  • cili api diketuk2 (ikut kepedasan, Yatie letak 10 cili api merah dan 4 cili api hijau)
  • 2 labu bawang besar (dibelah lapan dan dicerai2kan)
  • 2 ulas bwng putih-Yatie tambah mcm K.Nor, di cincang halus
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos cili
  • daun selasih (Yatie tak letak sbb takde, ganti dngn 4 helai dau limau purut je)
CARA:
  1. Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu paste tomyam selama ½ jam. Kemudian tumis 1 labu dulu bawang besar yang telah dikerat 8. Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar. Setelah agak garing, masukkan hiriisan daging yang telah diperap dan goreang hingga daging kecut.
  2. Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng. Masukkan daun selasih yang telah dipetik2, dicuci dan ditoskan. Kemudian masukkan juga baki 1 labu bawang besar. Setelah bawang besar layu, padamkan api dan hidang.
* K.Nor guna 1 biji bawang besar jer dan tumiskan dulu 2 ulas bawang putih (sebab dah terbiasa bila masak mesti nak tumis bawang putih sket. Bawang putih kan banyak khasiat hehe)
* K.Nor tak guna daun selasih tp guna daun limau purut.

7 comments:

  1. yatie letak daun limau ya.. k.nor pun suka yg letak daun limau dari letak daun selasih.. sedap kan.. :)

    ReplyDelete
  2. nampak menyelerakan..boleh cuba untuk buat lauk berbuka nanti.. ^_^

    ReplyDelete
  3. Salam kak yatie!!! dtg malam2 niii hihihi mata dah berair jerr niiii :D Sedap resepi ni kita dah buat tp tak n3 sbb gmbr tak terang hihihi... guna ayam jerrr sbb stok daging tak de :D nanti nak buat jugaklah guna daging :D Akak makan apa sahur nanti? :D

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum akak yatie...
    diana pun dah lama dok berangan nak masak daging goreng ala kaprau nie.. tp smpi cuti nie pun x buat2 lagi.. huhuu..
    tgk daging tu mmg menyelerakan.. makan masa berbuka mmg best tu kan akak

    ReplyDelete
  5. salam kak yatie.. nanti boleh la masak daging ni hari tu nampak rumah siapa tah lupa dah rasa nak masak dah hari tu.. jadi lupa plak...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikumwbh kak Yatie...woishhhh daging goreng ala kaprau ada rasa thai tomyam ni....mesti sedap ni. Boleh wat ayu nak iftar dalam rice cooker jes...ekekekke:)

    ReplyDelete
  7. salam k yatie..
    tq as nak masak la ptg ni..jom kt pkat2 cb yer:)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails