Saturday, April 30, 2011

Puding Balqis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya buat Puding Balqis resepi K.Nor. Lama dah nak buat puding ni, asyik tertangguh je. Mulanya nak buat Puding Tauhu resepi K.Nor, memandangkan guna agar2 strip...tak jadilah nak buat. Lagipun dah lama tak beli agar2 strip, yg ada kat rumah ni pun cuma stok agar2 serbuk..mudah memasaknya. Bila dah beli agar2 strip nanti, bolehlah cuba resepi Puding Tauhu tu. Apa pun puding balqis ni sedap sangat...lebih2 lagi bila di makan sejuk....terasa nyaman je tekak....makan satu tak cukup, rasa nak lagi dan lagi dan lagi dan lagiiiiiii.....berapa banyak lagi daaaa....

Terima kasih K.Nor kerana berkongsi resepi puding yg sedap ni. Izinkan Yatie kopipes kat sini pula ya. Kalau singgah blog K.Nor ni, banyak menu2 yg sedap2 dan menarik perhatian. Rasanya banyak lagi menu puding yg akan saya cuba...terima kasih sekali lagi...




Bahan-bahan
  • 1 paket agar2 serbuk (10gm)
  • 450ml air
  • 150ml susu cair
  • 2 biji telur gred A
  • 5 sudu besar gula
  • 3 sudu besar marjerin/butter
  • 1 sudu teh esen vanila
  • pewarna mengikut citarasa masing2
Cara-Cara
  1. Masakkan serbuk agar2 dgn air dan gula hingga mendidih dan masukkan marjerin dan susu cair. Masak lagi hingga mendidih sambil dikacau.
  2. Masukkan vanila dan padamkan api. Biarkan seketika (lebih kurang 15 - 20 minit) sehingga agar2 suam2 panas.
  3. Pukul telur hingga betul2 kembang (buang tali pusat telur utk menghilangkan bau hanyir telur) dan masukkan adunan agar2 kedalam bekas berisi telur td. Kacau hingga sebati.
  4. Bahagi adunan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna yg disukai. Kacau hingga serata warna adunan puding td.
  5. Sendukkan adunan puding kedalam bekas atau loyang secara selang seli hingga habis. Untuk meletakkan lapisan yg kedua tu pastikan diletak perlahan-lahan di bahagian tepi dan jgn dibahagian tengah supaya ia tak bolos masuk dalam lapisan yg pertama.
  6. Sejukkan dalam peti ais sebelum menghidang.
# Bg yg menggunakan hand mixer, utk dptkan telur yg betul2 gebu, pukul putih telur dahulu hingga kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk, telur2 tu tak tumpah). Lepas tu baru masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lg hingga kembang dan gebu.

13 comments:

  1. amboi kak yatie, hijau kuning dessert kita hari ni yer...haha sedapnya puding ni kak..nanti boleh cuba ni..:)

    ReplyDelete
  2. adussss cantiknya puding....mesti sedap kan!

    ReplyDelete
  3. assalam yatie,tadi tengok umah naz,sekarang umah yatie plak.mabeles tu..

    ReplyDelete
  4. salam yatie, k.nor pun sama gak.. bila kena guna agar2 tali rasa ermmm...... MMMMM punya banyak la mari tu.. k.nor mmg beli agar2 serbuk cap bintang emas tu secara papan.. angkut banyak terus kat kedai borong.. senang nak masak jer agar2 pun dah ada kan.. :)

    mekasih ya sudi try puding balqis ni..k.nor pun dah lama tak buat :)

    ReplyDelete
  5. nak try jugak besok...Yatie, akak nak tanya, kalau pukul telur pakai whishk aje, boleh tak? kena asing putih dulu ke?

    ReplyDelete
  6. comelnya puding tu kak....terasa keenakannya kat tekak nih...cantik amat!

    ReplyDelete
  7. Assallamualaikum kak..
    Ada di sini pula puding ni yer... Senang kan kak nak membuatnya...

    ReplyDelete
  8. amboiii..cantiknya puding balqis tu...
    berseri2 warnanya...

    ReplyDelete
  9. Amboi! menjadi pudingnya hehehe..

    Isteri@Ibu cute ada tag nama Cik yatie untuk join Contest...

    htpp://hairuliza-anakku.blogsport.com/

    ReplyDelete
  10. Salam Yatie.... cantik molek sungguh.... nak buat belum larat lagi ni.... hehehe

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum akak..
    cantiknya puding nie.. namanya pun cantik... puding balqis... suka tgk.. nak try juga tapi diana nie memang kurang reti buat puding2 nie.. huhuu..

    akak.. nnt singgah kat dapur diana yer.. ada sedikit tugasan untuk akak... ;)

    ReplyDelete
  12. salam yatie...tergoda akak...harus dicuba...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails