Monday, April 25, 2011

Ikan Goreng 3 Rasa

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Sebenarnya menu ikan goreng tiga rasa ni saya masak 2 hari lepas. Sibuk sangat mengemas sebab nak pulang ke kampung, sampai takde masa nak ngadap lappy ni. Resepi asal adalah dari Cik Cerder@myresepi.com dan saya kopipes dari Mas yg mmng rajin memasak pelbagai jenis menu yg sedap2 tu. Kalau singgah rumah Mas, mmng tak mengecewakan, ada saja menu terkini dan semestinya menyelerakan. Terima kasih Mas kerana memberi idea utk masak ikan goreng tiga rasa ni. Resepi ni mudah dan yg penting ianya sedap sangat...memang terasa kelainannya bila di tambah bawang besar yg telah di goreng dan di kisar halus. Kalau tak percaya...anda cubalah sendiri...baru tau rasanya....jom kita semak bahan2 yg di perlukan.



Bahan- Bahan

  • 1 ekor Ikan bawal / siakap - saya guna ikan kembung dlm 6 ekor
  • 3 biji bawang besar kuning - potong nipis
  • 2 ulas bawang putih - ketuk
  • 2 cm halia dicincang halus / ketuk
  • 3 sudu makan cili kering kisar - ikut pedas
  • 1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis - saya ganti pada 1 btng kulit kayu manis yg kecik je
  • 1/2 cawan susu cair
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikitserbuk kunyit
Cara membuatnya :
  1. Lumurkan garam dan serbuk kunyit pada ikan dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan.
  2. Masukkan bawang besar ke dalam kuali yang sama. Goreng sehingga kekuningan dan angkat. Kisar hingga hancur.
  3. Masukkan bawang putih, halia dan cili kisar ke dalam kuali. Goreng sampai garing.
  4. Masukkan susu cair dan serbuk kulit kayu manis. Biarkan menggelegak.
  5. Masukkan bawang goreng kisar,garam, sedikit gula, kacau sebati dan masukkan ikan. Biarkan sehingga kuah pekat.
  6. Angkat dan sedap dimakan dengan nasi panas.

6 comments:

  1. ikan goreng 3 rasa memang sedap, faberet anak akak ni, suka sgt mkn dgn telur dadar & sayur kailan ikan masin..hidang nasi panas2,,perghh terangkat tu..hehe

    ReplyDelete
  2. masak 3rasa ni ikan apa2 pun tetap sedap

    ReplyDelete
  3. akak..mas dah 3 kali masak ikan goreng 3 rasa ni...
    sedappkan kak...
    amboiii...baik punya promot tu...sayangggg akak...

    ReplyDelete
  4. Menu yang ringkas cam nila yang sedap dimakan...tak yah susah masak gulai ke masak lemak ke...kan Yatie kan...:-)

    ReplyDelete
  5. selamat malam kak yatie..
    ayu ada stok ikan kembong....

    pon..pon.. thanks laling

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum akak...
    menu nie memang best... nnt nk try cara nie plak... :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails