Tuesday, November 16, 2010

Cendawan Goreng Tepung

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Inilah menu petang tadi..saya masak cendawan goreng tepung. Biasanya saya beli je kat kedai, alang2 beli pisang goreng, beli sekali cendawan goreng. Kali ni saya goreng sendiri...sbb apa tau...sbb dah ada resepi sendiri. Resepi ni saya nampak di rumah Izah dan Mas yg rajin memasak tu. Terima kasih pada adik2ku kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ini...izinkan akak C&P resepinya di sini ya.


Bahan -Bahan
  • 250 gm cendawan tiram
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu makan rempah kari
  • 1 sudu kecil serbuk cili - Mas tambah,
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 @ 2 biji telur - Mas guna putih telur
Caranya:
  1. Cendawan dibersihkan dan disiat-siat mengikut saiz yang diingini. Toskan sehingga kering atau lapkan dengan towel bersih.
  2. Satukan kesemua tepung, rempah kari, serbuk cili dan garam ke dalam mangkuk besar dan gaul sebati.
  3. Kocokkan telur ke dalam mangkuk yang lain.
  4. Panaskan minyak. Celupkan cendawan ke dalam telur, kemudian ratakan ke dalam campuran tepung tadi dan goreng.
  5. Goreng sehingga warna keperangan dan rangup. Siap dihidang.

7 comments:

  1. Salam kak yatie! selamat hari raya aidiladha!!! byk tulang jgn lupa antar siam tawww!! hihihi... sedapnyerrr cendawan goreng! mkn ngan sambal kicap waduhhhhh... ngencesssss ki looo... orak ono stok cendawan nang sebok! mintak cendawan akak eak kikiki

    ReplyDelete
  2. salam kak,yatie... selamat ari raya aji kak.. sangat jeles taun ini akak beraya bersama keluarga.. takpe takpe..tinggal bape ari lg nk count down.. hehehe... smlm hubby bli dua peket cendawan tiram .. tak tau nak msk apa..leh la masuk list yg nih...

    ReplyDelete
  3. salam kak, selamat hari raya aji kak....mek siam tu dah beraya dah..he..he..
    mas pun dah banyak kali wat cendahwan goreng ni...sedapp kann kak..

    ReplyDelete
  4. kak yatie..selamat hari raya aidiladha... nak sikit cendawan goreng...ingat nak buat jugak la petang ni..

    ReplyDelete
  5. salam Yatie selamat hari raya aidil adha sedap tu cendawan tepung

    ReplyDelete
  6. salam yatie- wah best nyer kita pun ada cendawan kat umah boleh cuba ni

    ReplyDelete
  7. Salam kak yatie...
    selamat hari raya haji qira ucapkan... sedapkan cendawan goreng nie kan..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails